Lagu Popular Bulan Ramadhan
Salam. Sedar atau tidak lagu-lagu ini sering dimainkan dan popular ketika bulan Ramadhan. Sebenarnya tak penting pun cumanya bila terdengar memberikan semangat di Bulan Puasa/Ramadhan.Sebelum terlupa hari ini dah pun 3 Ramadhan. Semoga kita semua dapat mengekalkan momentum yang baik di dalam membuat amal soleh Insyaallah.
aRz tak mahu bercerita panjang sangat cuma nak kongsikan lagu yang aRz rasa popular bila tibanya bulan Ramadhan. Mudah-mudahan dapat membangkitkan semangat kita.
Ramadhan - Maher Zain
Ramadhan Tiba - Opick
Harapan Ramadhan - Raihan dan Man Bai
Ramadhan Datang - Tompi
Kun Anta versi Ramadhan - Amar (lagu baru)
Semoga lagu-lagu ini menambahkan semangat kita di bulan puasa. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu MAKNA buat kita bukan pula seribu MAKANAN. Bulan Ramadhan bulan menjaga hawa nafsu. Beringat ketika di Bazaar Ramadhan. Jangan sampai membazir.
Selamat Berpuasa dan Jumpa Lagi.