Jom Balik Kampung
Salam. Jom balik kampung. Rasanya setiap dari kita pasti merindui kampung halaman. Suasana tenang, udara segar. Berjumpa ibu dan ayah, ahli keluarga yang pastinya ada gurau senda di dalam pertemuan jarang jarang ini. Balik kampung tidak semestinya pada hari raya atau hari tertentu sahaja. Sebaliknya bila merasakan rindu, ada cuti dan kewangan mengizinkan pulanglah.
Teringin Nak Balik Kampung Tapi Tiada Kampung
Ini adalah situasi aRz sebelum kahwin. Macam mana nak balik kalau ahli keluarga, sanak saudara semua di satu negeri. Memang raya di satu negeri sahajalah. Bagi yang mengalami nasib sama seperti ini kenalah mula memandang anak dara berbeza negeri. Tetapi kalau jodoh sama negeri redho lah. Mungkin bukan rezeki. Tetapi kahwin satu negeri ada kelebihan tersendiri. Sudah pasti apa yang tersurat itu adalah yang terbaik untuk diri masing-masing.
Bercuti Pulang Ke Kampung
Sebenarnya entri ini juga untuk memberitahu aRz sedang pulang ke kampung isteri kerana ada majlis perkahwinan sebelah isteri. Walaubagaimanapun aRz tetap berblogging. Oleh kerana cabaran yang diberikan oleh ahli EFG "Satu Hari Satu Entri" jadi aRz tetap menyambutnya. Doakan keselamatan aRz dan keluarga pulang ke kampung ya. Setakat ini dululah rasanya.
Jumpa Lagi.