Diantara Kerugian Ketika Berpuasa dan Berbuka
Berpuasa dan berbuka. Indahnya bulan Ramadhan kerana banyak rahmat didalamnya. Jadi perlu direbut sebaiknya. Jangan lupa jaga niat juga kerana Allah SWT.
Kebetulan terbaca di laman milik Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman kesilapan kerap Muslim dalam bulan Ramadhan. Kesilapan ini sebenarnya merugikan bagi mereka yang tidak melakukan perkara ini.
"tidak memperbanyakkan doa ketika berpuasa dan berbuka"
Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)