Cabaran20Hari Menu Wajib Bulan Puasa
Menu wajib di bulan puasa. Semua orang pastinya ada menu wajib masing-masing. Menu wajib ini bermaksud mesti ada setiap kali berbuka. Asal masuk bulan Ramadhan atau bulan puasa wajib ada. Kalau tidak ada rasa macam tak lengkap.
![]() |
Nasi Goreng Mak Jah (gambar sekadar hiasan) |
Seperti yang semua sedia maklum ini merupakan #cabaran20hari dengan tajuk menu wajib bulan puasa. Menu wajib ini adakalanya berubah adakalanya ia tetap. Hari ini aRz hanya senaraikan 3 sahaja menu wajib di bulan puasa. Asal bulan puasa saja mesti nak beli, nak makan, atau rasa teringin sangat-sangat.
Menu wajib di bulan puasa adalah :
1. Buah Kurma
Ini memang betul-betul menu wajib mesti ada. Rasanya bulan Ramadhan ini paling banyak buah kurma dibeli. Kalau tak makan rasa macam tak lengkap saja waktu berbuka dan waktu sahur.
2. Nasi Kandar
Menu wajib kedua adalah nasi kandar. Menu ini paling wajib ketika berbuka sewaktu bujang. Sehari tak makan nasi kandar rasa macam ada yang tak kena. Rasa macam tengah angau bercinta huhu.... Memang sedap. Nasi kandar kampung melayu antara menu favourite aRz bukan sahaja di bulan puasa.
![]() |
Nasi Kandar Kampung Melayu |
3. Murtabak
Mungkin ini adalah menu wajib bagi penduduk Pulau Pinang bukan sahaja aRz. Jaranglah dengar orang makan murtabak di bulan lain. Tapi di bulan Ramadhan semua pakat cari. Paling mengejutkan tahun ini, menu aRz yang ketiga ini telah pun mencecah harga RM 3, tiada lagi lebih murah.
Baik aRz dah pun kongsikan 3 menu wajib yang perlu ada di bulan puasa atau bulan Ramadhan. Tetapi macam mana pula dengan pembaca blog aRz? Apa menu menarik anda pula? Janganlah malu untuk tinggalkan menu wajib anda di ruangan komen. aRz pun nak tahu juga.
Jumpa Lagi.