Jangan Hilang Senyumannya

Sihat Sebelum Sakit

Salam. Jangan hilang senyumannya. Itu selalu kata-kata yang bermain di fikiran aRz tatkala Cik Puteri kurang sihat. Sihat Sebelum Sakit. Inilah antara nikmat yang jarang kita sebagai seorang manusia seringkali bersyukur. Mungkin nikmat sihat itu tidak seperti nikmat kekayaan dan nikmat lain. Tetapi apa bila diuji barulah kita sedar bahawa nikmat sihat itu adalah nikmat yang tidak terhingga. Tanpa nikmat sihat itu nikmat yang lain tiada gunanya. Betul. Bila Cik Puteri kurang sihat, dia lebih diam dan kurang bercakap, rasa seperti kurang sesuatu bila Cik Puteri begini.

cik puteri, deman, bear, kids, kidsworld, vscocam, daughter,
Cik Puteri dan Bear kesayangan ketika hendak ke Klinik Kesihatan

Ujian bila Cik Puteri demam dan suara seakan tersangkut serta nafas menjadi terlalu kuat. Seakan ada sesuatu menghalang pernafasan Cik Puteri. Macam aRz katakan di atas nikmat sihat sesuatu yang patut disyukuri. Bila anak sakit, sebagai ibubapa pastinya menjadi runsing. Buat kerja serba tak kena, makan tak lalu, dan tidur pun menjadi susah untuk lena. Bila tidur kerap terjaga sebab risau kesihatan anak.

2 hari dah Cik Puteri demam, bila rasa keadaan semakin teruk cara terbaik bawa ke Klinik Kesihatan atau hospital atau klinik swasta. Jadi aRz ingin rujuk ke Klinik Kesihatan terlebih dahulu kerana maklumat Cik Puteri sudah ada disana. Tetapi Cik Puteri hanya dibekalkan Ubat demam dan antibiotik. Tiada ubat kahak atau batuk. 

Sebenarnya, Alhamdulillah Cik Puteri jarang demam, jadi jarang makan ubat. Bila sesekali macam ni memang susah untuk suapkan ubat. banyak yang diluah berbanding apa yang ditelan.

jangan hilang senyuman, nikmat yang perlu disyukuri, cik puteri dan bear,
Tiada senyuman indah dibibir

Pada sebelah malamnya bawa Cik Puteri ke Lam Wah Ee Hospital dan berjumpa dengan pakar kanak-kanak, setelah keadaan Cik Puteri nampak makin teruk dan mula menggigil akhirnya Cik Puteri diberikan Nebulizer, iaitu sejenis ubat yang perlu dihidu. Alhamdulillah mula menunjukkan perubahan yang positif. Kahak seakan cair, Cik Puteri mula berselera untuk makan. Apa yang paling merisaukan adalah waktu untuk makan ubat. Haaa Cik Puteri agak susah untuk makan ubat. Tetapi sebelah malam ini Cik Puteri seakan menyerah diri menerima ubat. Mungkin Cik Puteri sendiri tidak tahan dengan demam dan sukar bernafas.

Alhamdulillah Cik Puteri semakin sembuh, cuma perlu makan ubat lagi.

Bila Anak Demam Apa Perlu Buat ?

Disini aRz ingin berkongsi sedikit apa yang aRz tahu supaya menjadi manfaat buat orang lain.

Cik Puteri, Lam Wah Ee, kids, pediatik,
Dalam keadaan demam masih punya tenaga memanjat
Sebenarnya aRz kerap dengar nasihat dari kawan, keluarga jangan biar panas terlalu teruk. Banyak kesan yang boleh terjadi bila kanak-kanak demam terlalu panas. Antaranya boleh menyebabkan sawan dan pekak.

Jadi aRz nak kongsikan apa yang aRz tahu. Bila kanak-kanak demam
1. Pantau suhu badan.
2. Kerap mandikan
3.Jika badan masih panas biarkan badan dan rambut basah, ini kerana jika suhu panas, air dibadan dan rambut akan diserap.
4. Jika berlarutan 3 hari perlu rujuk Hospital atau klinik berdekatan. Lagi awal lagi baik.

Syukur dapat melihat Cik Puteri semakin sembuh dan mula bersembang dan senyumannya tidak hilang.

Jumpa Lagi.

{ 27 comments.. read them below or add one }

Ipah Kholipah Ipah Kholipah 29 May 2015, 08:28:00
memang kalo engga enak badan atau pun lagi sakit senyuman pun jadi hilang :)
safurara safurara 29 May 2015, 09:02:00
hmmmm, Alhamdulillah, dh beransur pulih ye.semua ceria kembali anakkk!
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 29 May 2015, 10:43:00
alololo demam ke? semoga cpt sembuh ya
khaty aiman khaty aiman 29 May 2015, 12:02:00
semoga cepat sembuh cik puteri
Maisarah Humaira Maisarah Humaira 29 May 2015, 12:21:00
get well soon cik puteri comel
Qaseh Abadi Qaseh Abadi 29 May 2015, 15:41:00
ala sian cik puteri.. dah monyok ja muka tu haaa... ni sekarang dah sihat ke belum
Nurul Shahira Nurul Shahira 29 May 2015, 16:14:00
Semoga cepat sembuh Cik Puteri. Dah sembuh nanti, lagi bertambah tambah comel =)
aRz MoHa aRz MoHa 29 May 2015, 22:24:00
Alhamdulillah bertambah baik
aRz MoHa aRz MoHa 29 May 2015, 22:26:00
Terima kasih rara. Insya Allah cepat sembuh
aRz MoHa aRz MoHa 29 May 2015, 22:33:00
Terima kasih rara. Insya Allah cepat sembuh
anajingga anajingga 30 May 2015, 00:20:00
Alhamdulillah cik puteri dah sihat, tips yang baik aRz :)
sayidah napisah sayidah napisah 30 May 2015, 01:24:00
oh kc kalau demam malas nak mandi sbb sejuk hahhaa. moga cpt sembuh puterii
sayidah napisah sayidah napisah 30 May 2015, 01:24:00
hehehhe, kc pun tak blh lawan comel cik puteri :P
Ummul Azkee Ummul Azkee 30 May 2015, 21:47:00
begitulah kasih ayah..moga puteri kembali tersenyum dan bermain riang sperti selalu..
Farrah MF Farrah MF 31 May 2015, 09:47:00
Moga cik puteri dah sembuh sepenuhnya dan kembali senyum ceria
Papaglamz Papaglamz 31 May 2015, 11:25:00
Dua perkara yang selalu manusia sia-siakan. Mada dan kesihatan. Semoga puteri sihat.. Aamiin
Jari Manis Jari Manis 31 May 2015, 20:38:00
cik pueri x sihat abah yg paling risau kan..siapa2 pun kalau x sihat mmg x de mood

alhamdulillah cik puteri dah sihat
Amanina Mads Amanina Mads 1 Jun 2015, 22:44:00
jd ibu bapa mesti risau kalau anak2 demam..
ahkak gojes ahkak gojes 8 Jun 2015, 13:41:00
anak KG pun dulu mcm cik puteri...dada turun naik tapi kahak memang xde...nasib baiklah anak KG xsusah makan ubat...dan alhamdulillah...selepas berurut anak KG suda tidak alami sesak nafas mcm dulu
Mia Mia 14 Jun 2015, 08:36:00
Sian cik puteri. Mak bapak lah yang paling risau kalau anak demam. Asyik baring jek.
muhammad nizam muhammad nizam 14 Jun 2015, 21:16:00
boleh juge start minat simpan2 stok vitac chewable shaklee , vitalea children atau nutriferon... heheh
Nik Ainaa Nik Ainaa 14 Jun 2015, 22:10:00
betul tu, kita sering kali lalai nak bersyukur kerana diberi kesihatan yg baik.

ps: puteri sgt comelnyaaaa..... >_<
sya mimie sya mimie 25 Aug 2015, 10:08:00
Comelnya cik puteri.. Ank demam mmng risau sngt2.. Bila dh alami sndiri, mmng akn thu mcm mna situasinya..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih