Jangan Hilang Senyumannya

Sihat Sebelum Sakit

Salam. Jangan hilang senyumannya. Itu selalu kata-kata yang bermain di fikiran aRz tatkala Cik Puteri kurang sihat. Sihat Sebelum Sakit. Inilah antara nikmat yang jarang kita sebagai seorang manusia seringkali bersyukur. Mungkin nikmat sihat itu tidak seperti nikmat kekayaan dan nikmat lain. Tetapi apa bila diuji barulah kita sedar bahawa nikmat sihat itu adalah nikmat yang tidak terhingga. Tanpa nikmat sihat itu nikmat yang lain tiada gunanya. Betul. Bila Cik Puteri kurang sihat, dia lebih diam dan kurang bercakap, rasa seperti kurang sesuatu bila Cik Puteri begini.

cik puteri, deman, bear, kids, kidsworld, vscocam, daughter,
Cik Puteri dan Bear kesayangan ketika hendak ke Klinik Kesihatan

Ujian bila Cik Puteri demam dan suara seakan tersangkut serta nafas menjadi terlalu kuat. Seakan ada sesuatu menghalang pernafasan Cik Puteri. Macam aRz katakan di atas nikmat sihat sesuatu yang patut disyukuri. Bila anak sakit, sebagai ibubapa pastinya menjadi runsing. Buat kerja serba tak kena, makan tak lalu, dan tidur pun menjadi susah untuk lena. Bila tidur kerap terjaga sebab risau kesihatan anak.

2 hari dah Cik Puteri demam, bila rasa keadaan semakin teruk cara terbaik bawa ke Klinik Kesihatan atau hospital atau klinik swasta. Jadi aRz ingin rujuk ke Klinik Kesihatan terlebih dahulu kerana maklumat Cik Puteri sudah ada disana. Tetapi Cik Puteri hanya dibekalkan Ubat demam dan antibiotik. Tiada ubat kahak atau batuk. 

Sebenarnya, Alhamdulillah Cik Puteri jarang demam, jadi jarang makan ubat. Bila sesekali macam ni memang susah untuk suapkan ubat. banyak yang diluah berbanding apa yang ditelan.

jangan hilang senyuman, nikmat yang perlu disyukuri, cik puteri dan bear,
Tiada senyuman indah dibibir

Pada sebelah malamnya bawa Cik Puteri ke Lam Wah Ee Hospital dan berjumpa dengan pakar kanak-kanak, setelah keadaan Cik Puteri nampak makin teruk dan mula menggigil akhirnya Cik Puteri diberikan Nebulizer, iaitu sejenis ubat yang perlu dihidu. Alhamdulillah mula menunjukkan perubahan yang positif. Kahak seakan cair, Cik Puteri mula berselera untuk makan. Apa yang paling merisaukan adalah waktu untuk makan ubat. Haaa Cik Puteri agak susah untuk makan ubat. Tetapi sebelah malam ini Cik Puteri seakan menyerah diri menerima ubat. Mungkin Cik Puteri sendiri tidak tahan dengan demam dan sukar bernafas.

Alhamdulillah Cik Puteri semakin sembuh, cuma perlu makan ubat lagi.

Bila Anak Demam Apa Perlu Buat ?

Disini aRz ingin berkongsi sedikit apa yang aRz tahu supaya menjadi manfaat buat orang lain.

Cik Puteri, Lam Wah Ee, kids, pediatik,
Dalam keadaan demam masih punya tenaga memanjat
Sebenarnya aRz kerap dengar nasihat dari kawan, keluarga jangan biar panas terlalu teruk. Banyak kesan yang boleh terjadi bila kanak-kanak demam terlalu panas. Antaranya boleh menyebabkan sawan dan pekak.

Jadi aRz nak kongsikan apa yang aRz tahu. Bila kanak-kanak demam
1. Pantau suhu badan.
2. Kerap mandikan
3.Jika badan masih panas biarkan badan dan rambut basah, ini kerana jika suhu panas, air dibadan dan rambut akan diserap.
4. Jika berlarutan 3 hari perlu rujuk Hospital atau klinik berdekatan. Lagi awal lagi baik.

Syukur dapat melihat Cik Puteri semakin sembuh dan mula bersembang dan senyumannya tidak hilang.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. memang kalo engga enak badan atau pun lagi sakit senyuman pun jadi hilang :)

    ReplyDelete
  2. hmmmm, Alhamdulillah, dh beransur pulih ye.semua ceria kembali anakkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih rara. Insya Allah cepat sembuh

      Delete
    2. Terima kasih rara. Insya Allah cepat sembuh

      Delete
  3. alololo demam ke? semoga cpt sembuh ya

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh cik puteri

    ReplyDelete
  5. get well soon cik puteri comel

    ReplyDelete
  6. ala sian cik puteri.. dah monyok ja muka tu haaa... ni sekarang dah sihat ke belum

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh Cik Puteri. Dah sembuh nanti, lagi bertambah tambah comel =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe, kc pun tak blh lawan comel cik puteri :P

      Delete
  8. Alhamdulillah cik puteri dah sihat, tips yang baik aRz :)

    ReplyDelete
  9. oh kc kalau demam malas nak mandi sbb sejuk hahhaa. moga cpt sembuh puterii

    ReplyDelete
  10. begitulah kasih ayah..moga puteri kembali tersenyum dan bermain riang sperti selalu..

    ReplyDelete
  11. Moga cik puteri dah sembuh sepenuhnya dan kembali senyum ceria

    ReplyDelete
  12. Dua perkara yang selalu manusia sia-siakan. Mada dan kesihatan. Semoga puteri sihat.. Aamiin

    ReplyDelete
  13. cik pueri x sihat abah yg paling risau kan..siapa2 pun kalau x sihat mmg x de mood

    alhamdulillah cik puteri dah sihat

    ReplyDelete
  14. jd ibu bapa mesti risau kalau anak2 demam..

    ReplyDelete
  15. anak KG pun dulu mcm cik puteri...dada turun naik tapi kahak memang xde...nasib baiklah anak KG xsusah makan ubat...dan alhamdulillah...selepas berurut anak KG suda tidak alami sesak nafas mcm dulu

    ReplyDelete
  16. Sian cik puteri. Mak bapak lah yang paling risau kalau anak demam. Asyik baring jek.

    ReplyDelete
  17. boleh juge start minat simpan2 stok vitac chewable shaklee , vitalea children atau nutriferon... heheh

    ReplyDelete
  18. betul tu, kita sering kali lalai nak bersyukur kerana diberi kesihatan yg baik.

    ps: puteri sgt comelnyaaaa..... >_<

    ReplyDelete
  19. Comelnya cik puteri.. Ank demam mmng risau sngt2.. Bila dh alami sndiri, mmng akn thu mcm mna situasinya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih