Sihat Sebelum Sakit
Salam. Jangan hilang senyumannya. Itu selalu kata-kata yang bermain di fikiran aRz tatkala Cik Puteri kurang sihat. Sihat Sebelum Sakit. Inilah antara nikmat yang jarang kita sebagai seorang manusia seringkali bersyukur. Mungkin nikmat sihat itu tidak seperti nikmat kekayaan dan nikmat lain. Tetapi apa bila diuji barulah kita sedar bahawa nikmat sihat itu adalah nikmat yang tidak terhingga. Tanpa nikmat sihat itu nikmat yang lain tiada gunanya. Betul. Bila Cik Puteri kurang sihat, dia lebih diam dan kurang bercakap, rasa seperti kurang sesuatu bila Cik Puteri begini.
![]() |
Cik Puteri dan Bear kesayangan ketika hendak ke Klinik Kesihatan |
Ujian bila Cik Puteri demam dan suara seakan tersangkut serta nafas menjadi terlalu kuat. Seakan ada sesuatu menghalang pernafasan Cik Puteri. Macam aRz katakan di atas nikmat sihat sesuatu yang patut disyukuri. Bila anak sakit, sebagai ibubapa pastinya menjadi runsing. Buat kerja serba tak kena, makan tak lalu, dan tidur pun menjadi susah untuk lena. Bila tidur kerap terjaga sebab risau kesihatan anak.
2 hari dah Cik Puteri demam, bila rasa keadaan semakin teruk cara terbaik bawa ke Klinik Kesihatan atau hospital atau klinik swasta. Jadi aRz ingin rujuk ke Klinik Kesihatan terlebih dahulu kerana maklumat Cik Puteri sudah ada disana. Tetapi Cik Puteri hanya dibekalkan Ubat demam dan antibiotik. Tiada ubat kahak atau batuk.
Sebenarnya, Alhamdulillah Cik Puteri jarang demam, jadi jarang makan ubat. Bila sesekali macam ni memang susah untuk suapkan ubat. banyak yang diluah berbanding apa yang ditelan.
![]() |
Tiada senyuman indah dibibir |
Pada sebelah malamnya bawa Cik Puteri ke Lam Wah Ee Hospital dan berjumpa dengan pakar kanak-kanak, setelah keadaan Cik Puteri nampak makin teruk dan mula menggigil akhirnya Cik Puteri diberikan Nebulizer, iaitu sejenis ubat yang perlu dihidu. Alhamdulillah mula menunjukkan perubahan yang positif. Kahak seakan cair, Cik Puteri mula berselera untuk makan. Apa yang paling merisaukan adalah waktu untuk makan ubat. Haaa Cik Puteri agak susah untuk makan ubat. Tetapi sebelah malam ini Cik Puteri seakan menyerah diri menerima ubat. Mungkin Cik Puteri sendiri tidak tahan dengan demam dan sukar bernafas.
Alhamdulillah Cik Puteri semakin sembuh, cuma perlu makan ubat lagi.
Bila Anak Demam Apa Perlu Buat ?
Disini aRz ingin berkongsi sedikit apa yang aRz tahu supaya menjadi manfaat buat orang lain.
![]() |
Dalam keadaan demam masih punya tenaga memanjat |
Jadi aRz nak kongsikan apa yang aRz tahu. Bila kanak-kanak demam
1. Pantau suhu badan.
2. Kerap mandikan
3.Jika badan masih panas biarkan badan dan rambut basah, ini kerana jika suhu panas, air dibadan dan rambut akan diserap.
4. Jika berlarutan 3 hari perlu rujuk Hospital atau klinik berdekatan. Lagi awal lagi baik.
Syukur dapat melihat Cik Puteri semakin sembuh dan mula bersembang dan senyumannya tidak hilang.
Jumpa Lagi.