Cik Puteri ke Klinik Ibu dan Anak
Salam. aRz rasa ini kali pertama ceritakan mengenai pemeriksaan kesihatan secara berkala/berjadual Cik Puteri. Sejak lahir hingga sekarang memang kerap aRz dan Cik Puteri saja ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Ini bagi memantau kesihatan dan tumbesaran anak-anak.
Rasanya ibubapa lain pun punyai pengalaman yang sama. Disebabkan kekerapan aRz bersama Cik Puteri sahaja tanpa ditemani Puan Isteri maka kerap soalan ini kedengaran "Cik mak dia (mama cik puteri) mana?"
Soalan ini memang selalu kena hadap. Susah nak jawab. Tarik nafas, senyum maut satu lalu jawab " Mama dia kerja jauh sikit dari sini, susah nak keluar" sambung lagi " Jadi saya jela yang bawakan"
Jururawat tu pun jawab "owh". Rasa rugi jawab banyak patah perkataan. Mungkin itu satu soalan prosedur yang perlu ditanya. Memang kekadang aRz sendiri pun rasa janggal. Boleh dikatakan Klinik Ibu dan Anak ini dipenuhi wajah ibu-ibu saja. Bapa jarang-jarang nampak, kalau ada pun menemani isteri mengandung buat pemeriksaan. Mungkin juga jururawat tu rasa bapa tak banyak tahu pasal anak. Tapi semua soalan aRz jawab dengan cemerlang.
![]() |
Sambil menunggu nombor giliran dipanggil ajak Cik Puteri selfie dulu. Supaya tak rasa sangat menunggu berjalan. Cik Puteri pun layankan aja abahnya.
Walaubagaimanapun Klinik Ibu dan Anak yang aRz datang membuat pemeriksaan ini memberikan layanan yang sangat baik. Cuma biasalah bila ramai sangat orang hari tu memang ada sedikit kelewatan. Kalau dulu seawal jam 8 pagi aRz dah tercengat di klinik tu tapi sekarang dah tau waktu yang sesuai dan cepat. Rasa macam tak mahu nak cerita takut-takut semua datang waktu tu. Tapi biarlah Cik Puteri pun dah besar. Waktu yang agak baik dan kurang masa menunggu adalah sekitar jam 10 pagi, kalau nak lagi best jam 11 pagi. Pagi tadi pun dalam jam 11 pagi aRz sampai tak sampai 20 minit dan boleh balik wuhhuuu...memang syokla.
Cuma jangan terlalu lewat kemungkinan tiada doktor untuk memeriksa anak anda. Kebiasaan doktor ada disebelah pagi. Penting juga berjumpa dengan doktor tanya pendapat dan sebagainya. Lagi-lagi jika bayi anda ada masalah. Anda memang perlukan nasihat daripada doktor. Jangan biar berlarutan jika bayi anda ada tanda-tanda tidak sihat dan sebagainya. Apatah lagi sekarang cuaca agak panas dan banyak kes demam denggi.
Ini saja perkongsian dari aRz. Syukur alhamdulillah Cik Puteri semakin membesar dan sihat. Mudah-mudahan dijauhi dari sebarang penyakit serta membesar menjadi anak yang solehah.
Akhir kata Selamat Hari Jururawat teruskan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. Jasamu dikenang sepanjang zaman. Moga Allah membalas segala pengorbananmu.
Akhir kata Selamat Hari Jururawat teruskan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. Jasamu dikenang sepanjang zaman. Moga Allah membalas segala pengorbananmu.
Jumpa Lagi.