Incik Ibunya Mana?

Cik Puteri ke Klinik Ibu dan Anak

Salam. aRz rasa ini kali pertama ceritakan mengenai pemeriksaan kesihatan secara berkala/berjadual Cik Puteri. Sejak lahir hingga sekarang memang kerap aRz dan Cik Puteri saja ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Ini bagi memantau kesihatan dan tumbesaran anak-anak. 

Rasanya ibubapa lain pun punyai pengalaman yang sama. Disebabkan kekerapan aRz bersama Cik Puteri sahaja tanpa ditemani Puan Isteri maka kerap soalan ini kedengaran "Cik mak dia (mama cik puteri) mana?"
Soalan ini memang selalu kena hadap. Susah nak jawab. Tarik nafas, senyum maut satu lalu jawab " Mama dia kerja jauh sikit dari sini, susah nak keluar" sambung lagi " Jadi saya jela yang bawakan"

Jururawat tu pun jawab "owh". Rasa rugi jawab banyak patah perkataan. Mungkin itu satu soalan prosedur yang perlu ditanya. Memang kekadang aRz sendiri pun rasa janggal. Boleh dikatakan Klinik Ibu dan Anak ini dipenuhi wajah ibu-ibu saja. Bapa jarang-jarang nampak, kalau ada pun menemani isteri mengandung buat pemeriksaan. Mungkin juga jururawat tu rasa bapa tak banyak tahu pasal anak. Tapi semua soalan aRz jawab dengan cemerlang.

cik puteri, arzmoha, parenting, selfie, klinik kesihtan ibu dan anak, kids, kidmodel,

Sambil menunggu nombor giliran dipanggil ajak Cik Puteri selfie dulu. Supaya tak rasa sangat menunggu berjalan. Cik Puteri pun layankan aja abahnya.

Walaubagaimanapun Klinik Ibu dan Anak yang aRz datang membuat pemeriksaan ini memberikan layanan yang sangat baik. Cuma biasalah bila ramai sangat orang hari tu memang ada sedikit kelewatan. Kalau dulu seawal jam 8 pagi aRz dah tercengat di klinik tu tapi sekarang dah tau waktu yang sesuai dan cepat. Rasa macam tak mahu nak cerita takut-takut semua datang waktu tu. Tapi biarlah Cik Puteri pun dah besar. Waktu yang agak baik dan kurang masa menunggu adalah sekitar jam 10 pagi, kalau nak lagi best jam 11 pagi. Pagi tadi pun dalam jam 11 pagi aRz sampai tak sampai 20 minit dan boleh balik wuhhuuu...memang syokla.

selfie, cik puteri dan abah, i love my daughter, kids, girl, parenting, smile, klinik kesihatan ibu dan anak,

Cuma jangan terlalu lewat kemungkinan tiada doktor untuk memeriksa anak anda. Kebiasaan doktor ada disebelah pagi. Penting juga berjumpa dengan doktor tanya pendapat dan sebagainya. Lagi-lagi jika bayi anda ada masalah. Anda memang perlukan nasihat daripada doktor. Jangan biar berlarutan jika bayi anda ada tanda-tanda tidak sihat dan sebagainya. Apatah lagi sekarang cuaca agak panas dan banyak kes demam denggi.

Ini saja perkongsian dari aRz. Syukur alhamdulillah Cik Puteri semakin membesar dan sihat. Mudah-mudahan dijauhi dari sebarang penyakit serta membesar menjadi anak yang solehah.

Akhir kata Selamat Hari Jururawat teruskan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. Jasamu dikenang sepanjang zaman. Moga Allah membalas segala pengorbananmu.

Jumpa Lagi.




Comments

  1. puteri abah yang tomei sangat... semoga cik puteri membesar sihat2 dan ceria selalu.. :)

    ReplyDelete
  2. ini princess kesayangan abah ni....kesian my Dania...dari umur setahun x dapat sepenuhnya kasih sayang ayah...kadang2 perasan sgt dia memerhatikan adik2 sepupu dia bergurau dengan ayahnya,,,xpe la..SA lah ayah...SA lah ibu dia kan....memang SA akan alih perhatian di kalau perasan dia memerhati anak2 orang yg sedang bergurau dengan ayah dia....i just cant see her in that kind of feeling coz dia x pernah cukup kasih syg seorang ayah...Arz...besarkan ur princess dengan kasih syg...ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kak Suria...Amanah yang besar ini akan cuba saya galas sebaiknya.

      Memang bila bersama Cik Puteri henpon dan segala lain letak ketepi. Beri perhatian penuh pada dia...

      Delete
  3. bahagianya, ceria sang puteri bila bersama cinta hati pertamanya,
    arz tahukan, cinta pertama seorang anak perempuan...abah dia la.

    ReplyDelete
  4. Cerianya cik puteri.
    Ayat aRz 'Rasa rugi jawab banyak patah perkataan.' tu kelakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurse kat sini bersungguh buat kerja...bila kita jawab dia balas skit...tapi rajin tanya soalan

      Delete
  5. ok la abah dye bawak kan . baru nmpak sweeetttt , ni kalau anak, mesti mak je amik tahu . ayah tak . abg arz bagus kot .. hahaha #ayatbodek

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh jelas kelihatan ayat bodek ini...

      Delete
  6. cik puteri tu macam pakai lipstik ...
    :)

    ReplyDelete
  7. Cik Puteri pandai bergaya depan kamera tuuhh.:)

    ReplyDelete
  8. knp cik puteri ni comel sgt... jeles kita tau >__<

    ps: abg arz tolng jgn jwb "sbb comel ikut abahnya" T_T

    ReplyDelete
  9. alaaaa teringin nak cepat cepat ada puteri dan puteri juga hehehehhe

    ReplyDelete
  10. yang penting rajin bawa anak pergi pemeriksaan kesihatan. dari buat donno je padahal anak sendiri, tu lagi payah sebenarnya... sedih pula baca komen kak SA tu

    ReplyDelete
  11. amboiiii posingnya.... ;-) comelll

    ReplyDelete
  12. Nurse kat sana muda2 ke? Dah kawin ke belum? Cantik2 tak?ahha

    ReplyDelete
  13. anak abah tul...dh mcm 'photostat'

    ReplyDelete
  14. Anak ngan abah sama naik bab selfie hehehe

    ReplyDelete
  15. Semoga Arz sentiasa menjadi bapa & suami yg cemerlang.. Insyaallah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih