Review Sayidah Napisah | Blogging Tidak Halang Berjaya Dalam Pelajaran
Salam. Berblogging tidak halang seseorang untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Begitu juga dengan kerjaya jika sudah bekerja ataupun berkeluarga. Ianya bergantung pada niat masing-masing berblogging untuk apa.


Siapa Sayidah Napisah?
Sayidah Napisah adalah seorang pelajar di UPM yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sains Kepujian Major Matematik. Berasal dari Seremban. Berumur 22 tahun dan masih single. Beliau merupakan salah seorang ahli EFG yang paling kelakar, suka mengusik ahli lain dan orang kata penyeri EFG. Mungkin tanpa Sayidah Napisah group EFG akan muram dan tak seceria sekarang. Sayidah Napisah atau KC adalah empunya blog www.sayidahnapisah.com.
Sayidah napisah atau nama gelarannya adalah Kakcik. Tetapi sekarang semua memanggilnya KC hasil dari singkatan nama Kakcik tadi. KC adalah orang yang memebawa virus HowOld.net sehingga semua pakat nak cek umur masing-masing sambil berharap " owh makin mudalah aku". haha....
Apa Yang Di Sampaikan Di Blog
Kali ini aRz ceritakan sedikit apa yang dikongsikan di blognya. Dari pemerhatian aRz, KC adalah peminat Running Man dan cerita korea. Sudah pasti didalam blognya adalah link drama/movie korea serta link Runningman latest episod. Bagi peminat drama korea dan runningman sememangnya dan sepatutnya follow blog KC. Tidak lupa pula bagi peminat drama melayu seperti Hati Perempuan, Hati Lelaki, Dia Isteri Luar Biasa, Dia Isteri Biasa dan macam-macam lagi
Keduanya blog KC banyak menyampaikan mengenai isu semasa.
Keduanya blog KC banyak menyampaikan mengenai isu semasa.
Sebagai seorang pelajar KC tidak terlepas dari menerangkan kepada semua terutama isu semasa berkenaan pembelajaran, keadaan pelajar dan sebagainya.
Apa yang aRz sempat baca ini adalah salah satu entri KC yang menarik maut lepas stay up nak exam bukan punca aneurysm. Entri ini telah membetulkan tanggapan yang salah dan akan membuatkan pelajar lain menjadi risau.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut apa lagi info menarik yang dikongsikan di www.sayidahnapisah.com jom kita terjah dulu.
Kejayaan Sebagai Seorang Pelajar
Selain dari kejayaan sebagai seorang pelajar yang suka senyum bagaikan duta Colgate Malaysia KC baru baru ini telah dinobatkan di dalam Anugerah Akedemik Terbaik di Majlis Keunggulan Mahasiswa KolejEnam Belas 2015. Satu kejayaan yang membawa pandangan positif orang luar terhadap blogger. Tahniah buat Sayidah Napisah.
Kritikan/Nasihat Untuk Sayidah Napisah
Sebenarnya dalam review ini tak diwajibkan untuk kritik tetapi ini adalah permintaan dari Tetuan blog sendiri. Jadi setelah bertapa beberapa minit di blog KC saya dapat beberapa yang perlu ditambah baik antaranya
1. Hentikan penderaan keatas burung yang dipaksa terbang tak henti-henti.
2. Tukar template atau letakkan page break di setiap entry
3. Saya jarang jumpa entry personal yang ada penceritaan. Cuma ada gambar dan caption dibawah
4. Kurangkan kacau Kak Eny Abdullah muahaha
Berblogging Untuk Apa
Walaupun KC atau Syidah Napisah ini merupakan seorang yang suka mengeliat selepas bangun dari tidur ( haha takdak kena menngena) apa yang dikongsikan matlamat beliau berblogging adalah untuk berkongsi informasi yang bermanfaat pada semua dan semoga menjadi saham di akhirat sana.
Mudah-mudahan KC akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan berjaya juga dalam blogging.
Sampai sini saja review aRz insyaallah kita berjumpa lagi.
blog : www.sayidahnapisah.com
instagram : instagram.com/sayidahlurvechoc
twitter : twitter.com/sayidahlovechoc
Jumpa Lagi
good luck for your life sayidah , saya selalu download vid RM kat blog dye , paling mudah dan senang :)