Perkhelahan Bersama Keluarga di Pantai Tsunami
Salam. Bagaimana cuti hari pekerja tempoh hari? Ada aktiviti menarik?
Hari Pekerja 1 Mei tempoh hari aRz luangkan masa untuk bersama keluarga di tepi pantai.Ianya adalah aktiviti biasa yang dilakukan oleh keluarga aRz sejak kami kecil lagi berkelah di tepi pantai. Abah adalah orang yang lebih suka mendidik anaknya menyukai alam semulajadi dari menghabiskan masa di pusat membeli-belah. Jadi setelah ketiadaan abah hampir 17 tahun, kami sekeluarga masih meneruskan aktiviti ini bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan. Setiap keluarga memerlukan hari-hari berkualiti seperti ini. Tapi dimanakah tempat kami meluangkan hari berkualiti bersama pada kali ini.
Untuk pengetahuan anda, tempat yang dituju merupakan tempat yang pernah meragut nyawa pengunjung yang datang ke sini ketika Tsunami 2004 berlaku. Sebelum aRz pergi lebih jauh sedikit perkongsian mengenai Tsunami yang berlaku dahulu.
Untuk pengetahuan anda, tempat yang dituju merupakan tempat yang pernah meragut nyawa pengunjung yang datang ke sini ketika Tsunami 2004 berlaku. Sebelum aRz pergi lebih jauh sedikit perkongsian mengenai Tsunami yang berlaku dahulu.
![]() |
My Daughter and I |
Tsunami 2004 di Pantai Miami
Pantai Miami, merupakan antara pantai yang dilanda Tsunami pada tahun 2004 yang telah meragut beberapa nyawa. Sebelum kejadian tsunami dikatakan banyak kumpulan ikan menghampiri pantai. Kini hampir 11 tahun pantai ini mula dikunjungi semula oleh penduduk sekitar mahupun luar negeri. Kejadian Tsunami 2004 juga telah meragut hampir 250,000 nyawa dari 14 buah negara. Semoga kita semua dilindungi dari kejadian bala bencana seperti ini. Ianya juga satu kejadian supaya kita mengerti akan Kebesaran Kekuasaan Allah S.W.T dan kita hanyalah hambaNya. Sepetutnya patuh dan taat pada seluruh perintahNya.
![]() |
pantai Miami, Pulau Pinang |
Berkhelah di Pantai Miami, Pulau Pinang
Perkhelahan kami bermula selepas solat jumaat, walapun masa agak singkat tetapi ianya memberi peluang bagi kami sekeluarga meluangkan masa bersama, bersembang, bertanya khabar dan bergurau senda. Seronok sebenarnya aktiviti seperti ini. Apa yang lebih penting adalah memberi pendedahan buat Cik Puteri bersama makcik pakcik dan sepupu yang lain serta membiasakan Cik Puteri dengan air laut. Disini akan memberi sedikit pendedahan untuk Cik Puteri supaya lebih berani.
Untuk pengetahuan anda semua setelah berlakunya kejadian Tsunami tempohari, kerajaan telah mengambil inisiatif membangunkan Menara Pemerhati Pantai ( Baywatch Tower) supaya dapat memberikan amaran lebih awal sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak disangka. Ianya satu inisiatif yang baik perlu dipuji. Bukan saja berkhelah di tepi laut malah kalau di tepi sungai sekalipun perlu berjaga-jaga supaya tidak terleka terutama apabila bawa kanak-kanak.
![]() |
Miami Beach Baywatch Tower |
Kali ini Mama Cik Puteri tidak dapat bersama kerana ada kerja yang perlu diuruskan. Cik Puteri menaiki kereta Mak Long dia dan aRz bersama dengan anak sedara dalam kereta yang lain.
![]() |
Rasa macam muda #vscocam |
Sebenarnya nak cerita sikit keluar dari tajuk ini. hehe. Gambar diatas aRz bersama anak sedara. Untuk pengetahuan anda yang berbaju merah antara anak sedara paling putih semasa kecil. Tapi sekarang dah bertukar kaler. Mungkin sebab banyak bermain panas.
Lokasi Pantai Miami, Pulau Pinang
![]() |
Miami Beach, Penang |
![]() |
Bergambar sekeping |
Mendidik Anak Mencintai Alam Semulajadi
Selain meluangkan masa bersama keluarga, eratkan ikatan kekeluargaan, berkhelah di tepi pantai juga mendidik anak supaya mencintai Alam Semulajadi. Masa inilah nak biarkan Cik Puteri berkaki ayam, merasai tanah. Cik Puteri bila ada sepupu atau kawan sebaya mula tak ingat abah dia. Berlari ke sana berlari kesini.
Setelah melihat kesungguhan dan ketidaksabaran Cik Puteri, Mak Long cepat-cepat tukarkan baju. Kalau ikut aRz tak mahu tukarkan lagi sebab cuaca masih panas. Kanak-kanak bukan kira panas atau sejuk.
![]() |
Black and White : Cik Puteri mula bermain pasir |
![]() |
Black and White : Seronok bermain pasir |
Setelah melihat kesungguhan dan ketidaksabaran Cik Puteri, Mak Long cepat-cepat tukarkan baju. Kalau ikut aRz tak mahu tukarkan lagi sebab cuaca masih panas. Kanak-kanak bukan kira panas atau sejuk.
" ala macam masa dia kecik tak main panas " Nah...sebijik kena, Kakak Sulong (Mak Long) menyindir.
"Tukarlah..tukarlah" aRz mengalah jela.
![]() |
Black and White : Kaki Cik Puteri dipenuhi pasir pantai. |
![]() |
Cik Puteri agak teruja bermain pasir |
![]() |
Cik Puteri Bersungguh main |
![]() |
Gelagat Cik Puteri bersama bekas mainan |
![]() |
Indahnya dunia kanak-kanak |
Gambar diatas : Baru ingat nak rakam gambar Cik Puteri bersungguh main bersama tulisan CIK PUTERI tapi dia bangun terus berlari ikut sepupu yang lain. Biar jela.
![]() |
Bermain Belon Sabun |
![]() |
Lautan yang mendamaikan |
Habis penat main belon, Cik Puteri dan sepupu semua bermain air. Air laut nampak tenang hari ini, jadi biarkan saja Cik Puteri bersama sepupunya. Memang kebiasaan, kalau ada orang lain samada makcik atau sepupu Cik Puteri mula tak nampak abah dia. Mungkin umur sekarang mula ingin berkawan. Jadi biarkan, pada awal aRz pun memilih untuk tidak mandi. Rasa malas mungkin sebab dah lama tak mandi laut. aRz lebih suka air sungai, sejuk dan nyaman.
![]() |
aRz dan Cik Puteri |
Tetapi bila tengok Cik Puteri main di tepi saja rasa kesian pula. Tukar baju terus bawa Cik Puteri ke tengah. Masa ni teringat arwah abah sering dukung anak-anak dia jauh ke dalam, jauh dari pantai dan biar berenang semula ke pantai. Alhamdulillah sempat juga menuntut ilmu berenang dari arwah abah seingat aRz masa tu baru sekolah rendah.
Cik Puteri memang tidak takut air, sebab dari kecik dah biasakan. Walaupun biasa dengan air, Cik Puteri takkan sendiri untuk bermain air, sama juga di rumah takkan sesekali masuk bilik air tanpa Mama atau Abah.
Alhamdulillah. Risau juga jika terlebih berani kan.
![]() |
Bergambar sebelum balik |
Walaupun dalam waktu yang singkat, ia cukup bermakna. aRz lupa nak ambil gambar makanan sebab asyik tengokkan Cik Puteri. Risau juga kalau terjatuh dan sebagainya.
Nasihat aRz kepada yang ingin berkunjung ke sini untuk berkhelah amat disyorkan. Pantainya bersih. Cumanya tandas dan tempat mandi masih dalam pembinaan. Tandas sementara bagi aRz agak kurang menyenangkan. Jadi mungkin dalam 4-5 bulan lagi tandas tersebut akan siap sepenuhnya.
Kesemua gambar ini aRz rakam menggunakan Smartphone Redmi Note 4G.
Jumpa Lagi.