#Cabaran20Hari Pengalaman Sahur

Cabaran 20 Hari | Pengalaman Sahur

Sahur. Setiap muslim pasti ada pengalaman bersahur. Samada manis atau pahit dan mungkin juga masin. Sebelum aRz pergi jauh, Sudah pasti ada sikit penerangan mengenai sahur.

sahur, pengalaman sahur, arzmohadotcom. kelalaian ketika sahur, terlepas sahur,

Apa itu sahur

Sahur itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Ulama menyebutnya 1/6 malam. Imam Ibnu Hajr menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. Banyak hadis yang menceritakan mengenai kebaikan bersahur

Nabi SAW bersabda : 

" Perbezaan diantara puasa kami (umat Islam) dan ahli kitab adalah bersahur " (Muslim)
" Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya " (Al-Bukhari dan Muslim)

Baginda Nabi SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur (Riwayat Ahmad)

Waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh)

Jadi rebutlah keuntungan yang ada di dalam bulan Ramadhan sebaiknya.

rujuk DISINI dan DISINI

Pengalaman Sahur

Pengalaman sahur. Baik kali ini aRz cuma nak kongsikan dua pengalaman sahur yang mungkin boleh dijadikan pengajaran atau satu bahan bacaan yang baik di bulan Ramadhan ini.

Tertidur Ketika Panaskan Lauk

Pengalaman sahur ini amat mendebarkan dan bahaya. Ibu-ibu, Emak-emak, kakak-kanak, adik-adik mesti berhati-hati ketika memanaskan  atau memasak. Jangan sesekali baring yang mana rasa macam nak baring sat saja.

Arwah mak ketika panaskan lauk untuk sahur, tetiba masih rasa mengantuk dan kembali baring. Sedar-sedar bau hangit, kuah dah kering sangat. Allah masih sayang kami sekeluarga. Akhirnya sahur minum Milo, kurma dan air masak. Kelalaian boleh menyebabkan kehilangan nyawa atau raya dalam keadaan beraya di balai rakyat.

Terlepas Waktu Sahur

Terlepas waktu sahur sudah pasti ada yang pernah rasa pengalaman seperti ini kan. Pengalaman sahur aRz bukan terlepas kerana tidak terjaga, tetapi ada kisahnya. Lebih kurang dalam umur Cik Puteri 10 bulan, Cik Puteri disyaki Demam Denggi, ditahan Wad Kanak-Kanak Hospital Besar Pulau Pinang. Setiap pagi waktu sahur adalah rutin aRz untuk menghantar makanan kepada isteri. Tetapi tak tahu dimana silapnya, aRz tiba di hospital dengan membawa lauk tetapi azan Subuh sudah pun diazankan. Kedua-dua tak sempat makan sahur. Bukan rezeki kami untuk bersahur pada hari tersebut.

Bagaimana sahur anda pula? Jomlah kongsi dengan saya.

Jumpa Lagi 

#Cabaran20Hari #Day2
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari


{ 21 comments.. read them below or add one }

Amanda Suria Amanda Suria 28 Jun 2015, 05:46:00
Ada x pengalaman kejutkan orang sahur tp dia x bangun2? Ada x?
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ 28 Jun 2015, 06:27:00
alhamdulillah takde lg pengalaman tak bgn sahur...bila ingatkan kesian anak2 kalau tak bersahur..gagahkan diri jugak utk bgn walaupun mata teramatlah berat rasanya..
Farrah MF Farrah MF 28 Jun 2015, 07:20:00
Tertidur time panaskan lauk tu memang bahaya. Mujur tak ada apa2. Tertidur masa tengah makan sahur ada tak? :)
DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ 28 Jun 2015, 07:52:00
Memang bahaya terlupa hangatkan lauk tu. Mujur lah tak apa-apa.
Iktibar untuk kita semua... :)
Aiezza Sue Aiezza Sue 28 Jun 2015, 08:53:00
berbuka dan bersahur kat hospital pon boleh jadi pengalaman bersahur yang tak dapat dilupakan juga tu
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 28 Jun 2015, 09:58:00
Uish.. nasib baik sempat bau hangit..

Kalau tak perasan....
zarul farhana zarul farhana 28 Jun 2015, 22:41:00
uishh trtdo time panaskan lauk bahaya tu
zarul farhana zarul farhana 28 Jun 2015, 22:42:00
uishh trtdo time panaskan lauk bahaya tu
aRz MoHa aRz MoHa 29 Jun 2015, 00:37:00
Lain bunyi ni. Tak pernah kak SA
Aplikasi Pangkalan Data Murid Aplikasi Pangkalan Data Murid 29 Jun 2015, 04:05:00
selalu, minum kopi + kurma 2 biji + air suam.

Nak makan nasi, malas nak masak lauk la plak. hehe
izzeyda izzeyda 29 Jun 2015, 08:38:00
nasib terjaga sebab bau hangit kan.. kalau tak malang tak berbau laa.. alhamdulillah setakat sekarang tak pernah lagi tak bangun bersahur atau terlepas sahur..
Eka Tikah Eka Tikah 29 Jun 2015, 12:11:00
sahur kite makan yg ringan je. hehe. malas nak masak ><
♥TheOnlyFarah♥ ♥TheOnlyFarah♥ 29 Jun 2015, 23:27:00
Pernah jugak tak terjaga sahur.. Tp seharian tue memang rasa lemau jer la..tapi bertabah jugak la sampai waktu berbuka..hee
Qaseh Abadi Qaseh Abadi 30 Jun 2015, 09:16:00
tertido time makan sahur, pernah jadik?
masak bagai nak rak masa malam, kononnya nak sahur nanti..last2 bangun sahur, tak lalu nak makan.. simpan ja la makanan tu.. hehe
SalbiahM SalbiahM 30 Jun 2015, 11:03:00
hihihi...tetibe muka dah dalam pinggan
SalbiahM SalbiahM 30 Jun 2015, 11:06:00
teringat masa darjah dua kot.terlewat bangun, pastu nangis sebab dah tak boleh sahur .Ayah bagi jelah makan nasi sikit.tak sah puasa tu..tapi perasan sah jelah, budak kecik apa tau.
el el 30 Jun 2015, 15:40:00
rsnya pengalaman sahur ni rmai yg mengalami cerita yg sm..

aci x lau terlepas waktu sahur..xpuasa haha
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 1 Jul 2015, 11:36:00
bahaya tu tertidur waktu sahur ;-)
zai zamree zai zamree 1 Jul 2015, 15:57:00
tlepas wktu sahur tu slalu...hihihi
Cik Ash Cik Ash 2 Jul 2015, 05:55:00
bahaya itu tertido time panaskan lauk...

ekin pulak susah nak bangun sahur..

terlambat bangun sahur pernah
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 2 Jul 2015, 13:34:00
Assalam arz,
haaaaaa
hat terlepaih waktu sahur tu ada terjadi sekali tahun lepaih :P

#BloggerUtara

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih