![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Rakam. Cetak. Simpan |
Salam. Semoga pembaca blog saya sihat selalu. Amin.
Saya teringat kata-kata beracun dari seorang jurufoto yang berpengalaman. Berpengalaman dalam mengambil gambar yang bakal menjadi sejarah untuk negara. Tidak jemu mendendangkan ayat yang sama. Beliau juga seorang yang antara jurufoto yang terlibat ke Ukraine selepas tragedi MH17.
Siapa? Biarlah rahsia dulu. Ada masa saya ceritakan kelak. Mungkin juga ada yang sudah mengenalinya.
Saya juga banyak dapat tips dan ilmu dari blog dan facebook beliau.
Ayat yang tidak jemu disebut. adalah rakam cetak dan simpan untuk hari akan datang.
Mungkin sehari, setahun tidak menjadi istimewa. Tetapi selepas 10 tahun ia bakal menjadi sesuatu yang istimewa. Seperti gambar saya di dalam entry Wordless Wednesday #5 -detik indah dan Wordless Wednesday #4 - pentingkah merakam gambar?
Saya juga banyak dapat tips dan ilmu dari blog dan facebook beliau.
Ayat yang tidak jemu disebut. adalah rakam cetak dan simpan untuk hari akan datang.
Mungkin sehari, setahun tidak menjadi istimewa. Tetapi selepas 10 tahun ia bakal menjadi sesuatu yang istimewa. Seperti gambar saya di dalam entry Wordless Wednesday #5 -detik indah dan Wordless Wednesday #4 - pentingkah merakam gambar?
Tahun 80-90an
Teringat lagi saya ketika membelek album lama yang hampir hilang dek dimakan album sendiri. Suatu masa dulu pasti ada gambar anak-anak sedang mandi dalam keadaan bogel. Gambar saya sendiri tidak terkecuali. Sehingga hari ini saya pun masih belum faham kenapa gambar bogel ketika mandi?. Tetapi dapat rasakan sesuatu yang manis bila tengok semula gambar tersebut.
Pembaca blog saya masih ada gambar seperti yang saya maksudkan?
Kalau masih ada bagus. Ambil jalan terbaik dengan scan dan simpan elok-elok didalam external hardisk atau di tempat yang lain yang lebih selamat. Ianya sangat indah bila tengok bersama-sama keluarga. Ini juga antara cara menghasilkan kebahagiaan dalam keluarga.
Almira Faqihah
Jika suatu masa dulu sebelum ada berbagai teknologi dan kemudahan, banyak gambar saya dirakam oleh Arwah Abah saya. Apakah setelah hari ini dengan kebanjiran teknologi saya biarkan waktu yang berlalu begitu saja? Sudah tentu tidak. Almira Faqihah, Cahaya mata pertama saya ketika ini, Saya cuba sehabis baik dan sebanyak mungkin menyimpan gambar dari kecil sehingga hari ini. Ianya pasti menjadi sesuatu yang berharga buatnya bila dewasa kelak.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Senyuman ketika mandi |
Senyum lebar bila dapat main air. Dari kecil saya dididik supaya tidak takut air, ari sejuk, air panas, air sungai mahupun air laut. Jadi saya juga cuba mendidik supaya suka akan air bukan takut air. Ada masa saya biarkan Almira berendam, ada masa saya mandikan saja (jika ada hal tertentu). Walaubagaimanapun jangan biarkan anak-anak yang berendam ini terlepas dari pandangan mata. Sudah bermacam-macam berita yang kita dengar. Sentiasa alert. Kalau boleh temani mereka. :)
Setakat ini saja dulu entry ini. Insyaallah ada masa saya kongsikan lagi.
Jumpa Lagi
Masa & Kenangan
Masa dan kenangan memang berkait rapat. Macam persamaan matematik. cth 2x = y. bila ada perubahan di X maka akan ada perubahan di Y. Kesimpulannya. Semakin masa berlalu semakin tinggi nilai gambar itu. "Trust me i'm photographer"
Setakat ini saja dulu entry ini. Insyaallah ada masa saya kongsikan lagi.
Jumpa Lagi
ye betul..sesuatu kejadian itu perlu di rakam sebg kenangan..nanti Almira dh besar mesti dia suka bila aga gambar kenangan time kecik2 dulu..akan buat beliau tersenyum dan bersyukur mempunyai ayah seorang photographer