![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Bulan mengambang |
Salam. Selamat Malam. Malam tersingkap seribu keindahan.
Malam tidak asing dengan kehadiran bulan dan bintang serta hidupan yang aktif pada waktu ini.
Kenapa tiba-tiba cerita tentang bulan pula.
Malam ini kalau pandang ke langit bulan terang benderang. Tetapi mengikut keadaan cuaca ditempat anda. Seandainya langit cerah anda berpeluang melihat bulan yang terang benderang atau bulan penuh. Cantik seperti gambar di atas.
Indahnya bulan di malam ini.
Khas buat pembaca blog saya, saya kongsikan gambar dan sedikit tentang setting yang saya gunakan untuk mengambil gambar bulan.
Seperti gambar di atas, itu kalau mngambil gambar guna henpon atau gadget lain yang ada. Tetapi malam ini saya menggunakan kamera DSLR nikon D3000. Kalau ikutkan harga dan spec kamera ini agak lama dan terlalu rendah specnya. Siapa sahaja boleh miliki sekarang.
Gambar dibawah adalah hasil gambar bulan penuh yang saya baru sahaja ambil. Masih lagi panas hehe.
Dengan menggunakan Nikon D3000 serta lensa Sigma 18-200mm, pada jarak 200mm, kelajuan shutter pada 1/125, f18 serta ISO 100.

| arzmohdhaniffa photography | Bulan mengambang @ bulan penuh |
Bagaimana cantik tak? Tetapi sekiranya ada lensa yang lebih baik lagi mungkin hasilnya jauh lebih cantik.
Persoalannya kenapa saya menggunakan kelajuan shutter speed 1/125?
Ia sebenarnya adalah untuk mengelakkan dari gambar yang diambil menjadi kabur disebabkan pergerakan tangan. Seandainya anda memiliki kamera yang lebih baik anda boleh menggunakan kelajuan shutter yang lebih tinggi lagi.
Sebenarnya boleh saja saya mengurangkan F18 dan tambahkan kelajuan shutter. Tetapi ketika mengambil gambar Puteri saya ada disisi. Jadi saya setting secepat mungkin dan mengurangkan masa yang terlalu lama untuk mengambil gambar ini. Macam biasa kanak-kanak sekarang sangat aktif. Jika saya terlepas pandang terlalu lama ada saja perkara lain yang dibuat.
Itu bulan jika dipandang dari jauh. Bagaimana jika dari dekat.
Dari gambar yang saya rakamkan, kemudian di crop menggunakan perisian photoshop.
Dibawah adalah hasilnya.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Bulan pada jarak lebih dekat |
Kejadian alam semesta jika diperhatikan ada maksud yang tersirat. Seperti bulan. Dari jauh nampak cantik tetapi yang sebenarnya permukaannya berkawah tidak secantik yang kita pandang dari bumi.
Ini saja yang mampu saya kongsikan untuk anda semua
Selamat Malam.
Jumpa Lagi.