![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Kids Potraiture |
Salam
Pembaca blog yang setia. Semoga sihat selalu.
Baru rank alexa blog cuba menurun nak berehat pula? Tidak, bukan blog yang akan berehat. Tetapi tuan blog sendiri. Bukan berehat dari 'update' entri terbaru, tetapi berehat dari bersukan seketika.
Sebelum itu, ofis saya boleh dikatakan agak aktif dengan sukan. Memang cool, setiap hari ada saja yang bermain badminton dan futsal pula hanya pada hari-hari tertentu. Apa yang saya maksudkan berehat seketika adalah berehat dari bermain badminton. Pergelangan tangan terasa sakit dan semakin sakit bila mengangkat beban. Jadi kena disiplin untuk berehat seketika buat seminggu dua.
Walaubagaimanapun masih terikat dengan tournament futsal yang dianjurkan oleh rakan-rakan ofis untuk mengeratkan siratulrahim antara staf. Yang penting dapat keluarkan peluh.
Hari ini ramai yang tidak ambil peduli untuk aktiviti keluarkan peluh. Ada yang mengatakan "saya dah buat kerja rumah tak perlu bersukan" ada yang kata " saya kerja di site, memang dah berpeluh" Memang ada aktiviti keluar peluh tetapi tidak sama dengan mengadakan aktiviti bersukan. Dimana dapat keluarkan peluh, menambahkan stamina, dapat merehatkan minda, menghilangkan stress serta banyak lagi.
Ingat kesihatan kena dijaga, jangan sampai dah ada penyakit baru nak buat itu nak buat ini. Masa tu dah tak berguna lagi.
Pesanan ikhlas dari arzmoha

Jumpa Lagi
p/s: Gambar sekadar hiasan | Cik Puteri ketika 1 tahun 2 bulan |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | My Daughter |
oh, ingatkan nak berehat lagi. haha... saya kalau ada sukan kat mana-mana, saya orang first lari dulu. x mnat langsung sukan. badminton je saya terima -.-