Jom Balik Kampung

Jom Balik Kampung

Salam. Jom balik kampung. Rasanya setiap dari kita pasti merindui kampung halaman. Suasana tenang, udara segar. Berjumpa ibu dan ayah, ahli keluarga yang pastinya ada gurau senda di dalam pertemuan jarang jarang ini. Balik kampung tidak semestinya pada hari raya atau hari tertentu sahaja. Sebaliknya bila merasakan rindu, ada cuti dan kewangan mengizinkan pulanglah. 

jom balik kampung, jauh perjalanan, luas pengalaman, arzmohadotcom, lifestyle,


Teringin Nak Balik Kampung Tapi Tiada Kampung

Ini adalah situasi aRz sebelum kahwin. Macam mana nak balik kalau ahli keluarga, sanak saudara semua di satu negeri. Memang raya di satu negeri sahajalah. Bagi yang mengalami nasib sama seperti ini kenalah mula memandang anak dara berbeza negeri. Tetapi kalau jodoh sama negeri redho lah. Mungkin bukan rezeki. Tetapi kahwin satu negeri ada kelebihan tersendiri. Sudah pasti apa yang tersurat itu adalah yang terbaik untuk diri masing-masing. 

balik kampung, pandu berhati-hati, arzmohadotcom, permandangan indah, gambar cantik,

Bercuti Pulang Ke Kampung

Sebenarnya entri ini juga untuk memberitahu aRz sedang pulang ke kampung isteri kerana ada majlis perkahwinan sebelah isteri. Walaubagaimanapun aRz tetap berblogging. Oleh kerana cabaran yang diberikan oleh ahli EFG "Satu Hari Satu Entri" jadi aRz tetap menyambutnya. Doakan keselamatan aRz dan keluarga pulang ke kampung ya. Setakat ini dululah rasanya.

Jumpa Lagi.

{ 17 comments.. read them below or add one }

Kamsiah yusoff Kamsiah yusoff 4 Jun 2015, 07:07:00
semoga selamat dalam perjalanan..ehh kg kat mana??
Suria Amanda Suria Amanda 4 Jun 2015, 07:26:00
Semoga perjalanan selamat...have a gud rest arz...
Ana Jingga Ana Jingga 4 Jun 2015, 07:41:00
selamat pergi dan selamat kembali buat adik kak ana aRz dan keluarga. Aaminn.
sweetsour93 sweetsour93 4 Jun 2015, 07:53:00
wah berjalan masih ingat blog. hehe. bagus ni. kite kalau balik kampung, lupa semua. excited balik kampung punya pasal. haha. tapi satu lagi, line kat kampung takde ><
Azirahman Azirahman 4 Jun 2015, 08:32:00
semoga selamat perjalanan arz & keluarga pergi dan balik dan dipermudahkan urusan
Best balik kg...nak balik jugak tak lama lagi..
#clickclicknufnang
HAMIDIsP HAMIDIsP 4 Jun 2015, 09:50:00
Semoga sentiasa dijauhkan dari bahaya ketika dalam perjalanan.. Amiin
MasturaDin MasturaDin 4 Jun 2015, 13:18:00
moga dipermudahkan perjalanan pergi n balik..
Jiarizaira Jiarizaira 4 Jun 2015, 16:20:00
Berhati2 dalam perjalanan arzmoha....
ummul azkee ummul azkee 4 Jun 2015, 17:56:00
huhuhu...sama ler takde kg..yg betul2 cm kampung...
Umialya Umialya 4 Jun 2015, 21:44:00
Bagusnya aRz, setiap hari wajib ada entri, akak dah suam2, xder mood + idea sbb bercuti panjang..

Selamat bercuti aRz..
Farrah MF Farrah MF 5 Jun 2015, 07:23:00
Selamat pulang ke kampung, Arz. Moga perjalanan pergi balik lancar :)
Nik Ainaa Nik Ainaa 14 Jun 2015, 21:23:00
bestnya balik kg. rindu kelantan! :'(
arysha_fayyadh arysha_fayyadh 26 Jun 2015, 15:33:00
Assalam arz,
haaaaaa
akak dedolu ada kampung
tapi sekarang dah xdop he3
Unknown Unknown 11 Jul 2015, 17:54:00
rindu bila lama tak balik kampung

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih