#Cabaran20Hari Erti Puasa

#Cabaran20Hari Erti Puasa

Salam. Erti puasa. Cabaran1Hari. Rasanya setiap kali Ramadhan tidak henti-henti kita diingatkan erti puasa sebenar. Supaya kita dapat menyempurnakan ibadah yang menjadi salah satu rukun umat Islam. Disamping itu diterangkan syarat sah puasa, perkara yang membatalkan, niat puasa, dan macam-macam lagi mengenai puasa dan pengisiannya. Puasa sudah semestinya ibadah yang wajib dilaksanakan di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan, bulan yang mulia, bulan dimana didalamnya ada satu "malam seribu bulan".

Ramadhan al-Mubarak

Erti Puasa yang sebenar adalah menahan lapar dan dahaga,serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari. (subuh-maghrib) Walaupun diajar inilah erti puasa sebenar bagaimana pula erti puasa mengikut peringkat umur? Jom baca lagi.

Zaman Kanak-kanak (4-7 tahun)

Erti puasa di zaman kanak-kanak. Seingat aRz ketika usia ini, ermmm macam belum ada erti puasa. Walaupun diterangkan apa itu puasa. Tapi tahu orang lain sedang berpuasa. Memang nikmat sangat makan depan abang dan kakak yang sedang puasa. Kadang-kadang ada juga abang curi-curi luku kepala sambil kata "tak puasa punya budak". Jeles la tu. Usia ini belum diwajibkan berpuasa. Tapi kalau dah belajar dan boleh berpuasa memang bagus. Bila besar tak liat. Nanti takla sertai Geng Plastik Hitam.

Erti puasa, #Cabaran20Hari, day 1 challenge,
Google Image

Zaman Sekolah Rendah ( 7-12)

Erti puasa ketika peringkat umur ini, dirumah sudah digalakkan, disekolah cikgu mula tanya "siapa tak puasa hari ini, tak puasa tak dapat duit raya". Jadi ketika ini sedang sedaya upaya berpuasa. Takut kena ejek dengan kawan-kawan berpuasa. Apatah lagi kalau budak perempuan gelak-gelak sambil ejek "tak puasa takleh raya, takdak duit raya". Kalau tak puasa memang hilang kemachoanlah. Habis waktu sekolah ketika berjalan pulang, kalau boleh bukan lagi berjalan tapi macam nak merangkak. Macam tak makan sebulan. Buat-buat penat sangat harap mak kata "kalau tak larat puasa setengah hari". Kalau darjah satu mungkin boleh lagi. Kalau dah darjah 3 alamat buka puasa dengan tali pinggang abah jawabnya.

Disebelah malam pula ikut keluarga menunaikan tarawih di masjid kampung, yang jadi syoknya sebab ada kawan. Solat 8 rakaat ja tapi balik rumah sama waktu dengan tok imam. Sebabnya pi main mercun. Kalau mak tau rasanya sahur dengan tali pinggang abah juga haha....

Zaman Sekolah Menengah

Erti puasa ketika sekolah menengah sudah mula mempraktikkan ERTI puasa sebenar. Bersahur, berpuasa, berbuka puasa, tarawih dan pengisian yang lain. Tapi bab sahur cukup liat. Kalau abang yang kejutkan alamat bergaduhlah. Mana tidaknya kejut dengan penampar. Muahaha.... tapi kalau abah kejutkan mudah ja bangun. 

Zaman Menjadi Suami dan Abah

Erti puasa ketika ini sudah semestinya lebih mempraktikkan erti puasa sebenar. Perlu memahami lebih mendalam erti puasa. Sebab ketika ini sudah menjadi ketua keluarga. Sekarang ini mungkin mudah lagi sebab Cik Puteri belum sampai masa untuk berpuasa. Bila dah besar nanti perlu terangkan padanya erti puasa sebenar, perkara-perkara yang membatalkan puasa, syarat sah puasa, pengisian, dan macam-macam lagi. Sekarang sudah terasa dunia sudah berputar. Kalau dulu aRz seorang anak, kini menjadi seorang abah. Mudah-mudahan dapat mendidik erti puasa sebenar.

Salam Ramadhan al-Mubarak. Hayati dan isi Ramadhan kali ini dengan sebaiknya. Insyaallah

Jumpa Lagi.

#Cabaran20Hari #Day1
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

{ 18 comments.. read them below or add one }

Nazlee Ismail PCL Nazlee Ismail PCL 27 Jun 2015, 12:23:00
Zaman Sekolah Rendah ~ kat sekolah puasa balik rumah pecah !
Zaman Sekolah Menengah ~ kat hostel bila outing, baru la kenal istilah Geng Plastik Hitam..hemm masuk panggungwayang selalu !

antara kenangan terindah yg mendewasakan..tQ arz mengembalikan nostalgia pcl :)
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jun 2015, 12:39:00
sekolah rendah jalan pun tak larat
sekolah menengah dah stedi tapi dugaan dengan kawan-kawan pula
kisah earty kisah earty 27 Jun 2015, 14:07:00
"tak puasa tak boleh raya, tak boleh raya tak dapat duit raya.."
alasan mak ayah dl2 majoriti same je kan..hehe
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jun 2015, 14:26:00
itu mungkin satu suntikan semangat untuk berusaha berjaya puasa
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 27 Jun 2015, 14:27:00
hahaha... zaman kanak2 dulu macam sama ja...

zaman kanal2 sekarang yang macam2...
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 27 Jun 2015, 14:42:00
Salam Ramadhan Al-Mubarak..
Kalau kenang puasa zaman kanak-kanak memang klaka...
X puasa x boleh raya adalah trademark nak suh kita puasa..
Dunia Zumal Dunia Zumal 27 Jun 2015, 16:26:00
Zumal nie pun selalu dengar arwah tok wan cakap tak puasa tak leh raya, sebab nak raya Zumal pun puasa je...
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jun 2015, 19:06:00
Ayat yang. Selalu kita dengar kankan zumal
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jun 2015, 19:07:00
Betul tu. Budak budak memang cukup takut takleh raya
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jun 2015, 19:08:00
Haha budak budak zaman sekarang tak tahu macammana
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 27 Jun 2015, 20:15:00
a ah kan.. betul.. pengertian trhadap puasa tu sering brubah2..
hehehe.. tp makin dewasa kita makin mengerti hakikat puasa yg sebenar..

selamat berpuasa ya =D
baby comel baby comel 27 Jun 2015, 23:00:00
Puasa Yang yok, hahaha tu biasa... tapi tu dulu la. Sekarang dah jadi makcik2 ni lain perasaan tu kan.
Selamat berpuasa!
DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ 27 Jun 2015, 23:07:00
hehehehee.. walaupun penegertian puasa pada kita berubah2 mengikut perubahan umur.. namun nikmat dan keseronokkan berpuasa tetap mengasyikkan... :)
SalbiahM SalbiahM 28 Jun 2015, 00:31:00
masa kecik-kecik yang kita tahu kalau puasa means tak makan.dah meningkat dewasa baru kita tahu ia lebih dari itu..tapi memang parents dulu suka ugut 'x puasa boleh raya'..risau sangat dulu tak dapat pakai baju raya baru..hihihi
izzeyda izzeyda 29 Jun 2015, 08:50:00
hehehe dulu2 senang, kena posa kalau nak raya.. sekarang nih jenuh nak pujuk untuk posa..macam2 ayat bagi pun macam2.. apapun memang cabaran laa nak ajak anak berpuasa..
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 1 Jul 2015, 12:00:00
zaman bdk2 byk ponteng drpd berpuasa
Cik Ash Cik Ash 2 Jul 2015, 05:49:00
zaman kanak2 xpuasa penuh tak boleh duit raya hihihi...
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 2 Jul 2015, 13:38:00
Assalam arz,
hat masa sekolah laaaaaaa paling hazab ghaser kan3
especially sekolah rendah he3

#BloggerUtara

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih