Menu Sahur Mudah dan Cepat

Menu Sahur Adik Bawal Goreng

Menu Sahur. Salam. Mesti setiap yang sudah berkeluarga akan tertanya-tanya apa menu sahur untuk esok harinya dan apa menu untuk berbuka di petang harinya. Hari ini aRz berkongsi sedikit menu sahur aRz yang mudah dan cepat. 

Kebetulan isteri aRz kata "abang nak sahur apa esok".

"Kita sahur menu mudah dan cepat" jawab aRz

"mudah dan cepat" jawab isteri aRz dalam tertanya-tanya.

Terus menggerakkan kereta ke Gerai Adik Bawal Goreng. Beli bungkus pastinya mudah dan cepat hehe.

ikan belah belakang, ayam goreng, bawal goreng penang, bawal goreng jelutong, manu mudah dan cepat, menu sahur murah,

Adik Bawal Goreng, Jelutong, Penang

Ini adalah kali pertama, untuk Ramadhan pada tahun ini bersahur dengan lauk dari kedai. Sebenarnya kedai ini lebih famaous dengan Nasi ayam di sebelah tengahari pada bulan biasa. Tetapi bila masuk bulan Ramadhan gerai ini akan dibuka pada sebelah malam untuk menu sahur. Apa yang anda perhatikan dalam gambar diatas adalah antara lauk sahur yang boleh dipilih. Ikan Belah Belakang, Bawal ataupun Ayam Goreng.

Harga Menu

Macam biasa bila sebut ja menu semua orang pasti tertanya-tanya berapa harga. Setiap menu, harga didatangkan dalam set. Setiap set mengandungi nasi, lauk utama, kuah kari, sambal belacan, ulam kacang kelisa dan kicap + lada.

menu special bawal goreng panas-panas, menu sahur mudah dan cepat, ayam goreng, bawal goreng,
Harga Menu Gerai Adik, Jelutong.

Waktu Perniagaan

Untuk bulan Ramadhan waktu perniagaan adalah seperti berikut.

Adik bawal goreng panas-panas, menu sahur, menu mudah dan cepat, waktu operasi adik bawal goreng, adik bawal goreng jelutong,
Waktu perniagaan adik bawal goreng, jelutong.

Adik juga menyediakan menu yang sama untuk berbuka iaitu pada 4 petang-8malam dan menu untuk sahur pada 11.00 malam - 5 pagi.

Jika anda ingin cepat untuk mendapatkan menu ini sebaiknya datang pada jam 11 malam. Ini adalah pengalaman saya pada tahun tahun lepas dimana semakin lambat semakin banyak tempahan. Lauk ini juga lebih awal habis dari waktu operasi perniagaan.


menu sedap, menu sahur, menu mudah dan cepat, arzmohadotcom, bawal goreng, ayam goreng,
Sahur pagi tadi

Gambar diatas adalah menu yang aRz pilih semalam. Set ayam goreng. Harga satu set hidangan yang aRz beli semalam adalah RM5. Rasa sangat berpuas hati. Jadi kalau anda inginkan menu sahur mudah dan cepat ini adalah salah satu menu tersebut.

Boleh juga makan di gerai tersebut. Tetapi aRz lebih memilih makan dirumah, senang.

Baik jika ingin ke gerai tersebut, mungkin ada yang tertanya-tanya kat mana lokasi Gerai Adik Bawal Goreng Panas-panas ini dengan lebih detail? Boleh rujuk lokasi di bawah. Gerai adik ini terletak betul-betul berhadapan Caltex Jelutong, memang tak ada kedai lain yang BETUL-BETUL hadapan Stesen minyak CALTEX ini.

mungkin boleh rujuk maps di bawah untuk mencari jalan ke Gerai adik ini.




Mudah-mudahan dengan penerangan serba sedikit ini membolehkan anda menjumpai gerai ini. Rasai sendiri keenakan menu yang disediakan.

Salam Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Jumpa Lagi.

{ 17 comments.. read them below or add one }

Yan Ty Yan Ty 26 Jun 2015, 10:57:00
alahai . sedap pula tgok waktu camni.. bertabah Ty .. Huhu
Nieyl Nieyl 26 Jun 2015, 11:21:00
setakat hari ini masih lagi bertahan memasak sahur...
klu tak larat penat...igt nak p makan kedai jugak..hihi
SalbiahM SalbiahM 26 Jun 2015, 11:25:00
tengok siang-siang memang terliur..kreatif betul pemilik kedai.Menu tak banyak tapi kalau sedap memang ramai yang akan datang.
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 26 Jun 2015, 14:20:00
Assalam arz,
salam perkenalan dalam blog naaaaaaaaa
done follow uols number 405 :)

pssttt : iols tau kedai ni kat mana :)
aRz MoHa aRz MoHa 26 Jun 2015, 15:20:00
sabar ya yanty...nanti balik penang boleh merasa
aRz MoHa aRz MoHa 26 Jun 2015, 15:20:00
haha kak sya selalu pi ni. terima kasih sebab follow blog saya
aRz MoHa aRz MoHa 26 Jun 2015, 15:21:00
memang ramai. kalau datang lambat menunggu la
aRz MoHa aRz MoHa 26 Jun 2015, 15:22:00
hai nieyl. sahur di rumah memang terbaik. tapi bila wife kata nak rehat. Cari alternatifla
yoorin melacolea yoorin melacolea 26 Jun 2015, 15:22:00
berbuka kat kedai belum lagi.. takat beli kat param je.. sahur pon x pernah lagi kat luar.. dulu zaman study sahur kat mamak je.. hehee
Jia Rizaira Jia Rizaira 27 Jun 2015, 00:27:00
Wah bagus la kalau ada kedai buka untuk makan sahur...dekat sini kedai mamak buka la kot.
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 27 Jun 2015, 14:44:00
Wah.. murahlah dengan set lengkap macam tuh...
Alhamdulillah semoga peniaga itu dimurahkan lagi rezekinya..
Cik Ash Cik Ash 27 Jun 2015, 20:02:00
Sedap tgk lauk sahur tu ... Ekin masih bertahan masak sahur abg xsuka mkn kedai
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 28 Jun 2015, 00:04:00
hehehe sahur tak leh la makan nasi.. kang kul 11/12 mula kebulur balik..
kat parit buntar ni pun ada kedai femes goreng bawal cemni.. orang sentiasa full house..
Cikna Cikna 28 Jun 2015, 11:43:00
Uisyhhh,Murah tu... Klu cikna hari2 la singgah kdi ni... Mkn kat rumah lg slesa tp kdng2 Lyn gak kt kedai...;-)
izzeyda izzeyda 29 Jun 2015, 08:56:00
ok laa menu yang mudah, cepat dan berbaloi2 harganya..
Eka Tikah Eka Tikah 29 Jun 2015, 12:16:00
alaa, kat Penang jauhnyaa. ><

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih