Hobi | Kenangan Memancing

memancing, hobi, criticalseachild, ketenangan
Gear memancing pertama.

Salam. Memancing. Hobi yang bermula 2009.
Hasil sebulat suara ofismate yang belum kenal erti memancing sebenar. Sebelum bersama ofismate, hobi ini sudah pun saya mula dengan abang ipar. Dari langsung tak reti pancing sampailah ada sedikit ilmu untuk dicurahkan. Kebanyakan dari ofismate pun belum ada pengalaman yang banyak dalam dunia memancing.
"Mimpi apa tetiba cerita bab pancing ni? Buang tebiat?" mungkin itu ayat yang bakal keluar dari mulut ofismate yang dah lama mengajak kembali ke hobi ini. Lama dah tinggalkan. Panjang juga kalau nak diceritakan dari mula. Cumanya saya cerita bab pancing atau memancing ini disebabkan dua entry sebelum ini.



Dalam entry diatas ini ada saya ceritakan mengenai Ikan Semilang dan Jeti Nelayan Jelutong. Kedua entri ini ada sedikit berkait satu sama lain. Berhampiran Jeti Nelayan Jelutong ada satu lokasi antara favourite saya dan ofismate mula memancing. Ya... Lokasi ini dah pun, pupus ditelan pembangunan. Ditelan ketamakan manusia yang membunuh alam semulajadi. Rasa sayu pun ada bila ingat semula memori ini. Lokasi dimana tertawannya ikan semilang yang terbesar dalam sejarah diri sendiri. Lokasi dimana berjaya melukakan tangan dan kaki yang gila memancing. Sebab batu-batu disini sangat licin dan tajam.



Kisah ini masih tersimpan rapi. Disebabkan oleh usaha seorang rakan yang update dalam sebuah blog. Blog tersebut bukan saja tidak lagi aktif, mungkin juga sudah berhantu dan usang. Tetapi masih boleh dilawati. 2009 boleh dikatakan semua masih 'single' belum berkahwin memang bebas nak kemana. Kemudian tercipta nama group "CriticalSeaChild" @ anak laut kritikal. Ya, memang kritikal sehingga hari ini belum dapat kembali meneruskan hobi yang mengajar erti sabar, rezeki itu hak milik Allah, dan mengajar erti ketenangan.

Kalau di dalam entri Wordless Wednesday #18 | Ikan Semilang memang kelihatan ikan semilang macam terlalu besar hasil kamera trick. Yang sebenarnya saiznya tidaklah terlalu besar. Tengok gambar di bawah.

Saiz sebenar Ikan Semilang 2009 pertama terbesar

Ya masih teringat lagi pengalaman pertama menaikkan ikan yang agak besar dan berat dengan gear yang murah 3 ball bearing. Pada awal rasa seperti mata kail sangkut di celah batu. Tapi tak putus asa berusaha dan usaha, rupanya ikan semilang yang dulunya saya pernah melihat seorang Apek menaikkan sama besar ditempat yang sama. Alhamdulillah rezeki saya berjaya naikkan pula selepas beberapa bulan. Kalau tengok bagaimana bengkoknya rod pancing boleh agak tak berapa beratnya? Saya sendiri pun tak pasti berat sebenar tapi yang pasti rasa isinya memang sedap. 

Semoga tahun 2015 akan kembali memanggil semula Critical SeaChild untuk turun menawan ikan-ikan gelama, senangin, duri, semilang dan pari. Memancing tepi laut ini tak perlukan belanja yang besar. Mungkin dalam RM 100 boleh cukup untuk lengkap turun memancing. Hobi yang telah lama ditinggal mati. Masing-masing ada komitmen tersendiri. Harap bertemu kembali.

Jumpa Lagi.

p/s: saja nak rungkaikan sikit mengenai entri sebelum-sebelum ini. Tetiba cerita bab jeti dan ikan. Tapi dalam hati rindu hobi lama :)




{ 27 comments.. read them below or add one }

Etuza Etuza Etuza Etuza 8 Jan 2015, 07:18:00
ada luka di tapak tangan, ganas ya ikan besar tu...semua tu tak kisah bagi yang minat memancing ikan..tak apa asal dapat ikan ..senang hati. kenangan yang abai kan aRz. Hadiah akan di hantar ya..
lia lia 8 Jan 2015, 09:32:00
Aiyoooo siap luka2 tu... Apa2 pon memancing masih d hati kan ;)
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jan 2015, 11:01:00
cikgu etuza. tangan dan kaki luka sebab jatuh dari batu yang licin. Tetapi ikan ini memang berduri dan berbisa
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jan 2015, 11:06:00
memancing tetap di hati. walaupun pernah luka, jatuh dari batu, tetap terbaik
Etuza Etuza Etuza Etuza 8 Jan 2015, 12:13:00
abadi bukan abai..alamak ejaan tu ...maaf ya
AnonymousAnonymous 8 Jan 2015, 12:39:00
Wah best nye grup ni.. Mesti happening.. Tgk name jew pun dh gempaq..
Cik Pinz Cik Pinz 8 Jan 2015, 13:20:00
Arz memst penyabar orangnya. CP tak boleh memancing sebab kurang sabar
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jan 2015, 13:54:00
"critical" memang happening...sampai hari ni masih pening...bila nak mancing semula
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jan 2015, 13:56:00
haha tak mengapa cikgu etuza. saya pun kekadang salah ejaan
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jan 2015, 13:57:00
nak kata seorang yang penyabar tu tak juga CP. Tapi memancing memang perlu sabar. Adakala rasa seperti ikan menarik tapi belum tentu melekat di mata kail. Ada kala pulang dengan tangan kosong.
Katnyss Deen Katnyss Deen 8 Jan 2015, 14:00:00
Seronoknya tengok bila memancing dapat ikan besar2. For sure puas hati kan. Saya xpernah cuba pon hobi tu. Tapi duk tengok kawan2 duk updates dekat fb pasal hobi diorang tu. Memacam jenis ikan yang diorang dapat tangkap. Seronok gila muka. :)
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jan 2015, 14:29:00
kepuasan dapat ikan tu sukar digambarkan....memang tersenyum satu hari. Bai yang memancing atas bot lagilah puas bila dapat ikan yang memang besar. Bagaimana pun bergantung pada rezeki masing-masing
Nani Nani 8 Jan 2015, 15:07:00
bestnya memancing ni...saya ni p'puan tapi minat sgt memancing...seronok sgt masa memancing kat Kg Geliga kat Kemaman masa muda2 dulu...tapi tu lah, bila dah berkeluarga ni tak dpt dah nak berhobi2 mcm dulu..huhuuuu...
zarul farhana zarul farhana 8 Jan 2015, 17:59:00
uishhh darah... seriau tengok...
memancing mngajat kita erti kesabaran
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim 8 Jan 2015, 20:53:00
wah minat memancing....mesti terror bab ni..
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jan 2015, 21:24:00
terror tu take LA bro khairuddin..sikit sikit saja
aRz MoHa aRz MoHa 9 Jan 2015, 09:45:00
mula-mula belajar nak memancing memang kena biasa berdarah. Berdarah sebab terkena mata kail, jatuh, dan lain lain
aRz MoHa aRz MoHa 9 Jan 2015, 09:46:00
wah pernah memancing juga.... memancing kat sungai pun best jugak.
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ 9 Jan 2015, 13:00:00
ngerinya tgk luka / darah tu...tp dek kerana minat...alah bisa tegal biasa,kan..
SalbiahM SalbiahM 9 Jan 2015, 16:16:00
oh..nilah cerita di sebalik ikan besar tu ye..hehe, pergilah memancing di tasik dulu ke, bagi lepas gian
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 11 Jan 2015, 04:46:00
Erkkk...awat tunjuk gambar berdarah2 tu?
Teruknya akibat memancing...
Datang klinik kena sental ngan ubat ni.
Nak avoid infection.
Anizz Annisa Anizz Annisa 11 Jan 2015, 08:50:00
pitam jap tengok darah banyak..huhu.. ikan kena bisa ikan.. gerun..huhu.. comel je ikannya.. name group unik la..sape yg beri name? :)
Jari Manis Jari Manis 11 Jan 2015, 09:06:00
ohh..kiranya ini kenangan tahun 2009..ingatkan baru semalam pegi memancing :-)

bila sebut kenangan ..ye sis JM pun ada kenangan dalam bab memancing ni..itu pun waktu sekolah rendah dulu memancing di sawah padi..x de lah guna joran yg canggih seperti skrg..guna batang bemban, tali tangsi, mata kail, umpan kekatu or pepatung..siap!..pagi2 lagi waktu cuti sekolah dh turun ke sawah...jika ada rezeki lebih dapatlah ikan puyu, haruan dan keli...
Jari Manis Jari Manis 11 Jan 2015, 09:08:00
Hobi yang telah lama ditinggal mati? bila nak hidupkan kembali...biasanya ada juga si isteri yg tidak gemar suami mereka ni terjebak dengan kaki pancing sbb lama tiada di rumah..
Amy J Amy J 11 Jan 2015, 20:22:00
kalau join sekali dengan ayah and pak cik saya, kompem asyik menghilang je abang Arz nanti... hahaha. ayah saya pantang ada geng pancing
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 15 Jan 2015, 13:05:00
SP pula tak suka memancing dilaut. Kolam boleh la..
Amanina Mads Amanina Mads 25 Jan 2015, 22:29:00
ohh kt area jelutong.. nina xeti pancing kalau tak dh try pancing kt mana2. besaq2 ikan arz tangkap smpai luka2.

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih