![]() |
Sabtu Yang Ceria | Istimewa dari blogger |
Salam. Sabtu Yang Ceria. Seceria gambar diatas.
Mana tidaknya cek peti surat hari ini, banyak pula sampul yang di terima. Cuma White Coffee tu terus ke rumah. Tetapi saya tiada di rumah ketika Abam Poslaju menghantar bungkusan. Abam Poslaju call, saya cakap tinggal saja dekat jiran. Alang-alang terima bungkusan poslaju saya pun cek sekali peti surat. Tak sangka pula sampai banyak ni yang diterima. Berapa lama tak cek peti surat ni.
Bila terima banyak macam ini. Terfikir juga ada join Giveaway atau segmen ka? Rasanya dah lama tak join giveaway. Bagi merungkai apa yang terlintas di fikiran, kena buka semua sampul ni.
Alhamdulillah, Syukur rezki berblogging.
jeng..jeng..jenggg....
Elken White Coffee 5 in 1 - Pesona Mustika
![]() |
Elken White Coffee 5 in 1 Pesona & Mustika |
Elken White Coffee 5 in 1 dari blog Pesona & Mustika. Blog ini kepunyaan seorang Cikgu dari Keningau iaitu Ciktu Etuza. Seorang yang sangat rajin dalam berblogging serta blogwalking. Entri yang kerap kali berpesan agar selalu SENYUM. Tetapi saya masih tertanya-tanya mengenai hadiah ini. Setahu saya tiada lagi giveaway atau contest yang saya join dalam masa terdekat ini. Harap cikgu etuza jelaskan ya.
Pengepit Kuku Dari Korea
![]() |
Pengepit Kuku Korea |
Sampul Kedua yang saya terima. Sekali lagi menjadi tanda tanya. Siapa penghantarnya waaaaa..... tiada nama blog, tiada nama blogger. Tolong angkat tangan ya. Blogger yang rajin ke korea ni saya rasa sis JM. Dari tulisan pun saya rasa sis JM atau ada orang lain? Siapa punya hadiah ini tolong ngaku ya. Terima Kasih saya ucapkan. Boleh buat untuk mengetip kuku Cik Puteri.
Penanda Buku & Beg Syiling
![]() |
Penanda Buku & Beg Syiling |
Sampul Ketiga. Hadiah dari giveaway yang di anjurkan oleh Diari Jejaka Hangat dan disponsor oleh kak Kathy R'bain. Terima kasih. Suka akan penanda buku yang tertulis " Membaca santapan minda" menaikkan semangat saya untuk terus membaca.
Penanda Buku dan Fridge Magnet dari Vietnam Serta Pinggan Tupperware
![]() |
Penanda Buku, Fridge Magnet & Pinggan Tupperware |
Sampul Keempat. Pinggan Tupperware (rasanya) Penanda buku dan Fridge Magnet dari vietnam datang dari blog Life is Beautiful milik Dr Shikin Zainal. Kalau tak silap untuk komentor di blog. Terima Kasih Dr Shikin. Cik Puteri mesti suka pinggan tupperware ini. Penanda buku memang saya sangat sukakan sebab banyak buku yang saya baca berperingkat. Ada yang baca di ofis ada yang dibaca di rumah. Awesome.
Kalau tak silap saya masih ada satu lagi kiriman di poslaju yang belum sempat saya ambil. Isnin ini kena terus ke poslaju. Setiap poslaju diberi masa 14 hari dari tarikh yang ditulis di notis untuk di ambil.
Terima kasih kepada semua blogger yang baik hati. Menaikkan semangat saya untuk terus berblogging dan berblogwalking. Moga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, serta ilmu yang berguna buat semua blogger yang baik hati.
#rezekiberblogging
Jumpa Lagi.
Apepun, tahniah Arz.
Cikgu Etuza kena buat penjelasan... Hehe..
Yang korea tu rasanya dari k.JM.
Macam handwriting k.JM.