Gear memancing pertama. |
Salam. Memancing. Hobi yang bermula 2009.
Hasil sebulat suara ofismate yang belum kenal erti memancing sebenar. Sebelum bersama ofismate, hobi ini sudah pun saya mula dengan abang ipar. Dari langsung tak reti pancing sampailah ada sedikit ilmu untuk dicurahkan. Kebanyakan dari ofismate pun belum ada pengalaman yang banyak dalam dunia memancing.
"Mimpi apa tetiba cerita bab pancing ni? Buang tebiat?" mungkin itu ayat yang bakal keluar dari mulut ofismate yang dah lama mengajak kembali ke hobi ini. Lama dah tinggalkan. Panjang juga kalau nak diceritakan dari mula. Cumanya saya cerita bab pancing atau memancing ini disebabkan dua entry sebelum ini.
Dalam entry diatas ini ada saya ceritakan mengenai Ikan Semilang dan Jeti Nelayan Jelutong. Kedua entri ini ada sedikit berkait satu sama lain. Berhampiran Jeti Nelayan Jelutong ada satu lokasi antara favourite saya dan ofismate mula memancing. Ya... Lokasi ini dah pun, pupus ditelan pembangunan. Ditelan ketamakan manusia yang membunuh alam semulajadi. Rasa sayu pun ada bila ingat semula memori ini. Lokasi dimana tertawannya ikan semilang yang terbesar dalam sejarah diri sendiri. Lokasi dimana berjaya melukakan tangan dan kaki yang gila memancing. Sebab batu-batu disini sangat licin dan tajam.
Kisah ini masih tersimpan rapi. Disebabkan oleh usaha seorang rakan yang update dalam sebuah blog. Blog tersebut bukan saja tidak lagi aktif, mungkin juga sudah berhantu dan usang. Tetapi masih boleh dilawati. 2009 boleh dikatakan semua masih 'single' belum berkahwin memang bebas nak kemana. Kemudian tercipta nama group "CriticalSeaChild" @ anak laut kritikal. Ya, memang kritikal sehingga hari ini belum dapat kembali meneruskan hobi yang mengajar erti sabar, rezeki itu hak milik Allah, dan mengajar erti ketenangan.
Kalau di dalam entri Wordless Wednesday #18 | Ikan Semilang memang kelihatan ikan semilang macam terlalu besar hasil kamera trick. Yang sebenarnya saiznya tidaklah terlalu besar. Tengok gambar di bawah.
Saiz sebenar Ikan Semilang 2009 pertama terbesar |
Ya masih teringat lagi pengalaman pertama menaikkan ikan yang agak besar dan berat dengan gear yang murah 3 ball bearing. Pada awal rasa seperti mata kail sangkut di celah batu. Tapi tak putus asa berusaha dan usaha, rupanya ikan semilang yang dulunya saya pernah melihat seorang Apek menaikkan sama besar ditempat yang sama. Alhamdulillah rezeki saya berjaya naikkan pula selepas beberapa bulan. Kalau tengok bagaimana bengkoknya rod pancing boleh agak tak berapa beratnya? Saya sendiri pun tak pasti berat sebenar tapi yang pasti rasa isinya memang sedap.
Semoga tahun 2015 akan kembali memanggil semula Critical SeaChild untuk turun menawan ikan-ikan gelama, senangin, duri, semilang dan pari. Memancing tepi laut ini tak perlukan belanja yang besar. Mungkin dalam RM 100 boleh cukup untuk lengkap turun memancing. Hobi yang telah lama ditinggal mati. Masing-masing ada komitmen tersendiri. Harap bertemu kembali.
Jumpa Lagi.
p/s: saja nak rungkaikan sikit mengenai entri sebelum-sebelum ini. Tetiba cerita bab jeti dan ikan. Tapi dalam hati rindu hobi lama :)