![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Kasut Cik Puteri |
Salam. Benci Bilang Cinta. Itu tajuk lagu kumpulan Radja.
Bukan nak cerita bab lagu kumpulan radja. BUKAN. Kali ini nak cerita pengalaman sempena tahun ini 2015 sudah selangkah ke alam 3 series. Kalau ikut bulan belum masuk lagi. hehe
Benci. Biasanya ini adalah ungkapan buat mereka yang bercinta. Betul tak? Tapi entri ini bukan nak cerita bab cinta. Benci ini lebih jauh lagi. Pernah tak kita dengar dulu-dulu orang kata "Jangan dok benci sangat nanti yang tu hang cinta sangat"
Saya juga ada terbaca mengenai ayat ini
"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" - Surah Al Baqarah
Terlintas semula di fikiran teringat di zaman persekolahan. Dari sekolah rendah benci sangat subjek Pendidikan Seni. Bila tengok kawan-kawan lukis dengan cantik, terlintas dalam hati ini bukan bidang saya. Benci.
Bila tiba di zaman sekolah menengah, mengadap bab Sejarah, Pendidikan Seni, Akaun dan juga Lukisan Bangunan. Ini subjek paling benci.
Saya cerita sikit bab sejarah. Waktu subjek Sejarah, mata macam ada gam. Masa di sekolah teknik boleh kata satu kelas tidur, apa lagi bertambah kebencian pada subjek ini. Tapi hairan Cikgu Sejarah langsung tak marah, tiada paksaan katanya. " Saya tak rugi, Yang rugi awak semua" ingat lagi kata-kata Cikgu Sejarah.
Pendidikan Seni. Bila masuk sekolah menengah, dengan kena buat batik. Kena guna kemahiran tangan. Arghh benci.
Akaun. Baru masuk hampir 3 bulan, saya dah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik sebab tak mahu berhadapan dengan subjek akaun.
Bila masuk sekolah teknik, ada subjek Lukisan Kejuruteraan. Subjek ini paling saya minat. Tapi keputusan SPM dapat A2 hanya tidak kuasai bab Lukisan Bangunan. Benci bermula bila cikgu ganti mengajar. Cara pengajaran lain. Benci benci benci. Saya tinggal bab ini. Budjet boleh lulus cemerlang tanpa kuasai bab ini.
Sampai Bila Hendak Benci
Sampai bila nak benci? Kita hanya merancang Allah menentukan. Angkuhnya saya benci apa yang saya rasa tak boleh nak sehaluan. Tetapi Allah Maha Besar.
![]() |
google images Lukisan Senibina (bangunan) |
Lukisan Bangunan. Saya tinggal sebab benci. Hari ini merupakan kerjaya sepenuh masa saya dalam bidang senibina. Yang saya benci itu saya dah sebatikan hampir 10 tahun.
![]() |
google images - Prinsip perakuanan |
Akaun. Subjek yang saya benci yang saya kata matematik pelik itu. Saya dah lalui 2 kertas di IPTA. Saya berjaya lalui walaupun saya benci suatu masa lalu.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | |
Seni. Photography juga antara seni. Yang saya rasa benci sangat dengan seni hari ini saya minat dan menjadi kerjaya part time dan hobi saya. Kerjaya fulltime saya juga antara bidang seni.
Sejarah. Subjek yang dulunya saya benci. Hari ini banyak buku-buku sejarah yang saya baca. Walaupun bukan sejarah Malaysia tetapi sejarah Tamadun Islam. Paling membuatkan saya tersenyum. Saya perlu membaca semula sejarah Malaysia bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka sebab perlu berhadapan dengan subjek Malaysia Current Issue. Semoga dipermudahkan.
Semuanya ada hikmah disebaliknya. Boleh jadi apa yang saya benci bukan sebab benci tetapi tidak mahu berusaha. Jadi saya tetap perlu berhadapan dan berusaha bersunguh-sungguh.
Seringkali juga saya dipesan
" Jangan lari dari masalah tetapi hadapinya dengan tenang "
Semoga perkongsian ini memberi kebaikan kepada mereka yang membaca entri ini. Mungkin alami perkara yang sama. Mudah-mudahan menjadi pendorong untuk mereka terus berjaya. Jangan terlalu membenci
Jumpa Lagi.