Skip to main content

Cepat Sebelum Terlambat | Jeti Nelayan Jelutong

Lanscape, jetty, Nelayan, Fisherman, kenangan, gambar cantik, arzmoha
| arzmohdhaniffa photography | Jetty Nelayan Jelutong Expressway

Salam. Isnin. Permulaan hari baru dalam minggu baru. Tahun Baru.
Semoga semua ceria selalu. Jangan lupa mensyukuri nikmat yang dimiliki.
Baik apa kena mengena "cepat sebelum terlambat" dengan jeti usang ini.
Sebenarnya ini adalah gambar jeti di sekitar Jelutong Expressway, sebuah lebuhraya yang dirasmikan oleh Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi Bekas Perdana Menteri Malaysia. Walaubagaimanapun nama lebuhraya ini telah pun ditukar kepada Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu iaitu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tapi nama baru agak panjang dan susah jugak nak disebut, jadi bagi sesetengah orang pulau pinang masih selesa menyebut Jelutong Expressway @ J.E.

Ok saya terus ke point yang paling penting. Cepat sebelum terlambat, sebenarnya jeti nelayan ini bakal pupus untuk selama-lamanya yang mana bakal ditenggelam dek pembangunan yang sanagat cepat di pulau pinang ini. Jika tidak silap pembangunan tepi laut ini adalah diatas syarat perjanjian dalam pembinaan J.E.

Dah lama sangat teringin nak bergambar kat jeti ini dengan cik puteri tapi belum berkesempatan. Masa yang terbaik untuk bergambar disini adalah 7 pagi dan 5.30 petang jika matahari naik dan turun dalam keadaan cuaca yang baik. Ramai juga yang sudahpun abadikan gambar outdoor perkahwinan disini dan tidak kurang pula bagi peminat landscape photography.

Jika anda bukan dari pulau pinang boleh berhenti seketika dan rakamkan gambar kenangan sebelum meneruskan perjalanan pulang. Jeti ini sangat dekat dekat Jambatan Pulau Pinang. 
Jumpa Lagi.

Jeti, Nelayan, gambar cantik, arzmoha, pulau pinang, landscape
| arzmohdhaniffa photography | Jeti Nelayan jelutong Expressway

Comments

  1. Setuju dengan Arz. Lama-kelamaan jeti tu akan lenyap sebab projek tambak pantai tu dah macam berleluasa sangat. Dulu kalau pi kerja lalu situ boleh nampak laut. Sekarang nampak bangunan ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul CP. Pemabangunan terlalu pesat. Tapi sampai mengorbankan keindahan alam semulajadi tiada gunanya

      Delete
    2. sayang betulkan..kalau tidak lepak tepi tu boleh tengok tanah besar..

      Delete
    3. kawasan tempat saya memancing. ikan sembilang, ikan pari, ikan senangin, ikan duri...hilang buat selama-lamanya

      Delete
  2. Dunia modenisasi menenggelamkan alam semulajadi.

    Laut memang sangat cantik dan menenangkan.

    Cantik gambar.. (Y)

    ReplyDelete
  3. Dok lalu pun xsempat singgah arz.. hurm bakal pupus tu yg sedih. Kt kg prmatang damar pasir ada lg jeti

    ReplyDelete
  4. nmpk damai jer kawasan ni...

    ReplyDelete
  5. Itulah nilai sebuah pembangunan, pasti ada saja yang harus dikorbankan..

    ReplyDelete
  6. hari mendatang susah dah nak tengok pemandangan indah dekat jeti nie kan..

    ReplyDelete
  7. dah lama dah rasa nak berhenti bila lalu situ tapi macam susah parking je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ini senang untuk berhenti Dr Singa. Lokasi sebelah gerai Gulai Ikan Semilang

      Delete
  8. kat mna ya..xperasan plak... xpa nant pegi penang..nak cari bergambar kat situ...

    ReplyDelete
  9. Sedihnya bila lokasi2 indah begini hilang 'ditumpaskan' pembangunan.

    ReplyDelete
  10. Cantik tempat ni Arz..Lagi cantik sebab photographernya yang bijak bermain snapo snap hehehe ..

    ReplyDelete
  11. Cantiknya pemandangan tu..

    ReplyDelete
  12. Subhanallah, cantik. Tapi, sedih bakal lupus dek pembangunan yang pesat.

    ReplyDelete
  13. Jeti ni kalau banjir memang taktahan ni...
    Nampak x kukuh..hehe

    ReplyDelete
  14. ishh...x berani nk meniti atas titi tuh...nampak x kukuh...kalau kena hujan panas memang reputlah kayu2 kat jeti tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...