Hobi | Memancing Perlukan Kesabaran

Hobi | Memancing Perlukan Kesabaran 


Habuan Memancing

Salam. Sabar itu separuh daripada iman. Hobi memancing itu pula memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tidak semua hari matahari memancar dengan indahnya kadangkala disulami mendung.
Bila bercerita bab pancing semua akan fikirkan tentang ikan besar. Tetapi bukan semua hari anda akan dihampari senyuman disebabkan tertawannya ikan-ikan besar.
Ehhh....tiba tiba cerita bab memancing ni pasaipa?

baca sini dulu.


Kalau ada niat dihati nak join geng pancing dan mengharapkan ikan-ikan besar. Ambil joran simpan. Lupakan niat murni itu. Pasaipa cakap macam tu aRz MoHa? Dari pengalaman saya dan geng Critical Seachild yang semakin hari semakin critical. Ada kala membeli umpan bagai nak buat Char Koey Teow. Tapi pulang dengan tangan yang kosong. Kenapa? Tak Percaya?

Baik sebelum saya panjangkan lagi cerita bab kesabaran memancing ini. Kebiasaan perkara yang perlu dititikberatkan sebelum keluar memancing adalah paras air pasang surut, Kalendar bulan Islam, umpan dan peralatan.

Untuk mengetahui jadual air laut pasang/surut web yang menjadi rujukan utama adalah


Memang agak tepat. Walaubagaimanapun Kalendar Islam juga perlu dilihat. Dalam kalendar ada hari-hari yang mana air laut mati. Perkara ini amat penting bagi yang memanding di tepi laut. Tetapi saya lupa tarikh-tarikh tersebut. Insyaallah bila saya dapat saya akan update semula. Dari pengalaman saya dan geng memang bila air laut mati memang kurang hasil tangkapan. Paling teruk seekor atau dua ekor saja dapat itu pun sangat kecil.
**UPDATE Mengikut kalendar bulan Islam (HIJRAH) 5-9hb, 19-23hb adalah waktu dimana air laut mati. Yang mana perbezaan pasang dan surut hanya sedikit. Sebagai contoh pasang 2.5m surut pula 1.5m. Dari pengalaman saya jika memancing di pantai pada tarikh ini memang kurang hasil memancing
Hasil tangkapan paling besar :)

Memancing di tepi laut ini perlu tahu juga umpan. Kebiasaan saya dan geng guna umpan udang, kerang atau umpun-umpun (jarang). Umpan udang paling mudah tercabut dari mata kail. Umpan hidup belum pernah cuba. Mungkin dari segi kos agak mahal.

Peralatan bila memancing di tepi laut perlu bawa banyak sebab kemungkinan tersangkut pada batu atau terputus adalah tinggi. Jadi perlu persiapan yang banyak atau pulang lebih awal.

Baik itu dari segi persediaan fizikal. Mental juga perlu bersedia. Kesabaran perlu tinggi. Mana tidaknya ada hari terlalu panas. Ada hari hujan. Ada hari hasil banyak. Ada hari seekor pun tak singgah di mata kail. Ada hari terlupa bawa joran. Ini pun pernah terjadi. Excited sangat. Kalau orang cerita bab mancing dapat ikan besar-besar tapi sebenarnya ada hari langsung tiada ikan. Mungkin perkara ini tidak diceritakan.

Apa yang terjadi kalau boleh dikatakan sehari tiada langsung ikan ditawan? Apa akan jadi kalau tersilap dalam membaca jadual air pasang surut?

Menunggu. Gambar Hak Milik Critical Seachild

aRz MoHa Sedang Membuat Perambut Ditengah Panas. Gambar Hak Milik Critical Seachild
Mancing Sambil Tidur. Gambar Hak Milik Critical Seachild

Baru tukar Port Tidur Lagi. Gambar Hak Milik Critical Seachild

Baca Doa atau Jampi?. Gambar Hak Milik Critical Seachild

Ikan Tak Mahu Makan Umpan Baik Tidur. Gambar Hak Milik Critical Seachild

Tidur Buka Mata. Gambar Hak Milik Creatical Seachild

Adakala Menjadi Komando Di Pesisir Pantai. Gambar Hak Milik Critical Seachild.

Memang tidak dinafikan bila umpan tidak disentuh atau erti kata lain tiada tangkapan, memang menguji KESABARAN. Tekanan lain macam. Pening juga satu hari, saya memancing dari pagi sampai lewat petang seekor ikan pun langsung tak dapat. Tapi bertemu dengan pemancing lain yang hasil tangkapan mereka agak memuaskan. Itulah dinamakan Rezeki. Ianya Milik Allah.

"Jika kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga."

"Kalau mental belum bersedia jangan jadi pemancing tegar"

Setakat inilah cerita hobi memancing yang masih belum ada tanda-tanda untuk kembali semula. Insyaallah jika dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, saya berkongsi lagi mengenai Hobi ini.

Jumpa Lagi.






{ 39 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 9 Jan 2015, 15:14:00
Hehehehe. Saya antara mereka yang tak boleh memancing. Pernah ikut kawan mancing, sudahnya mereka mancing, saya g mandi laut. Hahahahahaha. Pasal air laut mati tu. Ada eh? Baru harini dengar. Ilmu tu.
Suria Amanda Suria Amanda 9 Jan 2015, 15:24:00
Betul tu..tp kan Abah SA x sabar bila bab memancing ngan adik ipar...dah dibelinya jala..dia sekarang pi Sungai je menjala...huh..pueh hati dapek banyak katanya..hahahaha
SalbiahM SalbiahM 9 Jan 2015, 16:12:00
macam-macam ilmu kena belajar kalau nak jadi kaki pancing tegar ni ye..saya memang tak boleh la, sebab saya restless bila kena duduk sesaja.bukan orang penyabar macam ayah saya..hehe.besar ikan dalam gambar atas sekali tu, memang puas kalau dapat.
Unknown Unknown 9 Jan 2015, 17:25:00
saya tak minat memancing..macam bosan..lagi2 kalau cuaca panas..heheheh
AnonymousAnonymous 9 Jan 2015, 17:55:00
hehehe mak kalo tengok ni mesti teruja..
dia ske mancing.. slalu ayah teman..
Etuza Etuza 9 Jan 2015, 18:50:00
tak apalah aRz..kan dah berusaha..agaknya ..saja Allah nak lihat kesabaran aRz..di laut Etuza tak pernag memancing tapi di anak sungai banyak kali dan tak hampa lah ada ja..ikan paling besar tu pun ada Etuza dapat ..goring semua hummm! rangup woooi...
Etuza Etuza 9 Jan 2015, 18:51:00
hehehe..alooo tidur pula lah ..syok tul kan..tak terik kah...
Ana Jingga Ana Jingga 9 Jan 2015, 23:03:00
kak ana langsunglah tak boleh nak memancing aRz, tak sabar dalam bab menunggu ni hehe..kalau boleh nak cepat je,tu yang pi pasar je pancing dgn RM hehe :)
Umialya Umialya 10 Jan 2015, 10:18:00
Kalau dah minat tu, ralit jer menunggu joran mengena..
drshikinzainal @ ekin drshikinzainal @ ekin 11 Jan 2015, 04:43:00
Besaq sungguh no..
Besaq jari kelingking...
Yang atas tu lebih besar dari lengan manusia.
Anizz Annisa Anizz Annisa 11 Jan 2015, 08:45:00
amboiii besaq ikan..hihi... memancing perlukan kesabaran.. xpernah lagi cuba pengalaman memancing..hihi..
Jari Manis Jari Manis 11 Jan 2015, 08:49:00
rupanya bukan mudah nk pegi menancing ni perlu buat kajian juga ye perlu ambil kira "paras air pasang surut, Kalendar bulan Islam, umpan dan peralatan."

Kalau jenis x sabar like sis JM ni mmg x sesuai..sgt x sesuai kalau di ajak pegi memancing..kalau nak pancing ikan di pasar mmg boleh

sampai ada yg tertidur menunggu..mereka memang seorang yg penyabar..minat punya pasal kan
Jari Manis Jari Manis 11 Jan 2015, 08:49:00
"Penang juga satu hari saya " ke Pening?
Farrah MF Farrah MF 11 Jan 2015, 16:51:00
....dan akak tidak miliki kesabaran itu. Huhuhu
Pernah ikut abah gi mancing, rasa seksa sangat tunggu ikan ;)
Amelia Amelia 11 Jan 2015, 20:11:00
ha'a betul. menguji sangat kesabaran.. ayah saya dengan pak cik saya suka sangat memancing. kadang2 tu on the spot je g berdua. hahaha. kadang2 dapat tangkapan besar, kadang2 xde pape... kalau ada passion tu xpela. adik saya pun macam dah berminat.
zarul farhana zarul farhana 12 Jan 2015, 19:26:00
mcm2 gaya nak memancing ada.. memancing smbil tdo pon boleh...
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:14:00
amboi dia mandi laut. kena mata kail satgi haha. Haffizul Iskandar. Memang ada bagi yang memancing di pantai atau kawasan pesisir pantai perlu tahu air laut mati sebab pada tarikh ini hasil pancing sangat kurang kerana perbezaan air pasang dan surut sangat sedikit
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:21:00
mana aci menjala kak Suria hahaha. memang dapat banyak la
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:23:00
setiap bidang hobi memang banyak ilmu kena tuntut. Kalau tiada ilmu susah juga kan?
Sama juga macam Salbiah melancong ke Australia mesti kena ada ilmu.
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:25:00
panas tu memang tak boleh lari. tak semua tempat ada pohon untuk berteduh. Walau ada tempat berteduh bahang panas laut tetap terasa
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:26:00
wah mak suka memancing rupanya. Mancing haruan ka?
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:29:00
itu bukan gaya memancing. Tapi gaya bosan sebab tiada ikan. Masa ni kami masih belum faham "air laut mati"
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:53:00
memancing ni boleh jadi gian....huhu
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:54:00
menunggu orang pancing memang seksa. tapi kalau mancing sekali seronok.
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:55:00
tido bukan tunggu ikan tapi tunggu kawan-kawan yang takmau balik sebab geram tak dapat ikan lagi hahaha
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:56:00
ikan kecik tu masak apa sedap? huhu
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:56:00
betul umi alya, kadang tak sedar waktu berjalan
arzmoha arzmoha 12 Jan 2015, 21:57:00
bukan sabar menunggu ikan saja. Tapi kena sabar selepas memancing, kulit akan terbakar mengelupas dan bertukar gelap huhu
Jari Manis Jari Manis 12 Jan 2015, 23:30:00
ye lah...statement yg di tulis tu...salah ejaan rasanya :-)
Jari Manis Jari Manis 12 Jan 2015, 23:31:00
tetapi kekadang boleh hilang sabar..kalau sis JM yg jenis kurang sabar nih
arzmoha arzmoha 13 Jan 2015, 09:47:00
fuh alert juga sis JM. Saja nak tengok siapa yang baca sampai habis :P
Ciktie Ciktie 14 Jan 2015, 11:38:00
macam-macam gaya rupanya si pemancing ni ya. siap lentok bagai hikhik..
HAMIDIsP HAMIDIsP 15 Jan 2015, 13:03:00
Kalau kolam pancing SP dah siap sepenuhnya, mungkin Arzmoha dan rakan-rakan blogger boleh travel ke tempat SP suatu masa nanti..:)
Farrah MF Farrah MF 15 Jan 2015, 23:18:00
Betulla,..akak rasa kalau time tu akak memancing sama mungkin feel dia lain kot. In a way, hobi ni boleh didik sabar hehehe
Nina Mads Nina Mads 25 Jan 2015, 22:25:00
xpernah pi mancing.. hehhe.. memancing kt mana tu arz? mcm kt area taman negara ja
arzmoha arzmoha 26 Jan 2015, 01:12:00
ni area hadapan tesco jelutong. Tapi dah pupus ditelan pembangunan

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih