![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Kids |
Salam. Dunia kanak-kanak sangat indah. Indahnya kerana memiliki kuasa yang luar biasa.
Setiap kanak-kanak memang dilahirkan bersama-sama kuasa ini. Apakah kuasa itu?
Jom baca untuk mengetahui kuasa luar biasa itu.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Nur Damia Safia |
Sebelum itu, entry ini adalah berlanjutan dari Wordless Wednesday #19 | Choose Your Colour.
Kuasa luar biasa yang saya maksudkan adalah kuasa pengaruh. Bukan kuasa superhero macam spiderman, superman, ottoman, dan lain-lain. Kebiasaannya kita dengar kuasa pengaruh ini biasanya ada pada Pemimpin, Artis dan Selebriti, Orang Kaya, Orang Yang Berjaya, Orang Berilmu dan lain-lain.
Hari ini saya nak terangkan sikit kuasa pengaruh kanak-kanak bersama-sama gambar kanak-kanak yang mengindahkan dunia kita.
Sepertimana yang ditulis oleh Saudara Amin Idris didalam bukunya
Magnet Diri : Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya,
Magnet Diri : Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya,
kanak-kanak mempunyai 3 kuasa pengaruh.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Nur Alyaa Batrisyia senyum |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Nur Dayana dengan celotehnya |
1. Kuasa senyuman dan ketawa : Menyebabkan orang dewasa rasa terpikat dan sanggup memberikan apa sahaja kerana kecomelan hasil senyuman dan ketawa seorang bayi.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Tangisan Izara |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Nur Damia merenung tajam |
2. Kuasa tangisan dan keluhan : Tangisan bayi mampu membuatkan orang di sekeliling bayi menjadi resah dan gelisah serta memberikan tumpuan dan sanggup melakukan apa sahaja bagi menenagkan bayi. Sehinggakan seorang dewasa yang berpangkat tinggi pun sanggup menjadi seperti budak untuk meredakan tangisan bayi.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Nurul Asyikin |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Iz'an |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Sufi |
3. Kuasa berdiam diri : Ketika berdiam diri, seorang bayi mampu mempengaruhi orang di sekeliling mendekatinya dan membuat apa sahaja bagi menggembirakannya.
Hebat bukan alam kanak-kanak. Malah baru dilahirkan ke dunia beberapa saat sudah mampu menarik perhatian orang di sekeliling kepadanya. Ini bermakna setiap dari kita dilahirkan sudah mempunyai kuasa pengaruh dan perlu digilap. Ibubapa perlu memainkan peranan penting supaya kuasa luar biasa ini tidak hilang begitu sahaja.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Kids in Black and White |
Setakat ini dahulu perkongsian saya. Semoga bertemu lagi.
Jumpa Lagi.
p/s: jangan lupa kongsikan kritikan anda atas hasil kerja saya bagi menambah baik kualiti dari masa ke semasa.