Cepat Sebelum Terlambat | Jeti Nelayan Jelutong

Lanscape, jetty, Nelayan, Fisherman, kenangan, gambar cantik, arzmoha
| arzmohdhaniffa photography | Jetty Nelayan Jelutong Expressway

Salam. Isnin. Permulaan hari baru dalam minggu baru. Tahun Baru.
Semoga semua ceria selalu. Jangan lupa mensyukuri nikmat yang dimiliki.
Baik apa kena mengena "cepat sebelum terlambat" dengan jeti usang ini.
Sebenarnya ini adalah gambar jeti di sekitar Jelutong Expressway, sebuah lebuhraya yang dirasmikan oleh Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi Bekas Perdana Menteri Malaysia. Walaubagaimanapun nama lebuhraya ini telah pun ditukar kepada Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu iaitu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tapi nama baru agak panjang dan susah jugak nak disebut, jadi bagi sesetengah orang pulau pinang masih selesa menyebut Jelutong Expressway @ J.E.

Ok saya terus ke point yang paling penting. Cepat sebelum terlambat, sebenarnya jeti nelayan ini bakal pupus untuk selama-lamanya yang mana bakal ditenggelam dek pembangunan yang sanagat cepat di pulau pinang ini. Jika tidak silap pembangunan tepi laut ini adalah diatas syarat perjanjian dalam pembinaan J.E.

Dah lama sangat teringin nak bergambar kat jeti ini dengan cik puteri tapi belum berkesempatan. Masa yang terbaik untuk bergambar disini adalah 7 pagi dan 5.30 petang jika matahari naik dan turun dalam keadaan cuaca yang baik. Ramai juga yang sudahpun abadikan gambar outdoor perkahwinan disini dan tidak kurang pula bagi peminat landscape photography.

Jika anda bukan dari pulau pinang boleh berhenti seketika dan rakamkan gambar kenangan sebelum meneruskan perjalanan pulang. Jeti ini sangat dekat dekat Jambatan Pulau Pinang. 
Jumpa Lagi.

Jeti, Nelayan, gambar cantik, arzmoha, pulau pinang, landscape
| arzmohdhaniffa photography | Jeti Nelayan jelutong Expressway

{ 23 comments.. read them below or add one }

Cik Pinz Cik Pinz 5 Jan 2015, 08:08:00
Setuju dengan Arz. Lama-kelamaan jeti tu akan lenyap sebab projek tambak pantai tu dah macam berleluasa sangat. Dulu kalau pi kerja lalu situ boleh nampak laut. Sekarang nampak bangunan ja.
aRz MoHa aRz MoHa 5 Jan 2015, 10:14:00
betul CP. Pemabangunan terlalu pesat. Tapi sampai mengorbankan keindahan alam semulajadi tiada gunanya
Ai Syah Ai Syah 5 Jan 2015, 11:33:00
Dunia modenisasi menenggelamkan alam semulajadi.

Laut memang sangat cantik dan menenangkan.

Cantik gambar.. (Y)
Amanina Mads Amanina Mads 5 Jan 2015, 12:06:00
Dok lalu pun xsempat singgah arz.. hurm bakal pupus tu yg sedih. Kt kg prmatang damar pasir ada lg jeti
lia lia 5 Jan 2015, 12:11:00
nmpk damai jer kawasan ni...
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 5 Jan 2015, 12:12:00
Itulah nilai sebuah pembangunan, pasti ada saja yang harus dikorbankan..
Anizz Annisa Anizz Annisa 5 Jan 2015, 13:19:00
hari mendatang susah dah nak tengok pemandangan indah dekat jeti nie kan..
Cik Pinz Cik Pinz 5 Jan 2015, 16:28:00
sayang betulkan..kalau tidak lepak tepi tu boleh tengok tanah besar..
Diana Rashid Diana Rashid 5 Jan 2015, 17:09:00
dah lama tak lalu kat jambatan pulau pinang tu...
Dr Singa Dr Singa 5 Jan 2015, 20:09:00
dah lama dah rasa nak berhenti bila lalu situ tapi macam susah parking je..
zarul farhana zarul farhana 5 Jan 2015, 22:50:00
kat mna ya..xperasan plak... xpa nant pegi penang..nak cari bergambar kat situ...
Farrah MF Farrah MF 6 Jan 2015, 01:26:00
Sedihnya bila lokasi2 indah begini hilang 'ditumpaskan' pembangunan.
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 7 Jan 2015, 16:50:00
Cantik tempat ni Arz..Lagi cantik sebab photographernya yang bijak bermain snapo snap hehehe ..
aRz MoHa aRz MoHa 7 Jan 2015, 16:53:00
kawasan tempat saya memancing. ikan sembilang, ikan pari, ikan senangin, ikan duri...hilang buat selama-lamanya
umi alya umi alya 7 Jan 2015, 18:44:00
Cantiknya pemandangan tu..
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jan 2015, 02:44:00
tempat ini senang untuk berhenti Dr Singa. Lokasi sebelah gerai Gulai Ikan Semilang
Katnyss Deen Katnyss Deen 8 Jan 2015, 14:07:00
Subhanallah, cantik. Tapi, sedih bakal lupus dek pembangunan yang pesat.
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 11 Jan 2015, 04:47:00
Jeti ni kalau banjir memang taktahan ni...
Nampak x kukuh..hehe
Jari Manis Jari Manis 11 Jan 2015, 09:31:00
ishh...x berani nk meniti atas titi tuh...nampak x kukuh...kalau kena hujan panas memang reputlah kayu2 kat jeti tu...

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih