Kemalangan Bas SP Bumi Treler Di Jeli Kelantan Pemandu Bas Positif Dadah

Kemalangan Bas SP Bumi dan Treler di Jeli Kelantan

Kemalangan diantara bas SP Bumi dan treler di Jeli Kelantan menurut berita dari astro awani menyebabkan 4 orang meninggal dunia dan lainnya cedera. Kemalangan yang berlaku di kilometer 184, Batu 14 Jalan Jeli-Gerik dimana Bas SP Bumi dari Taiping-Kuala Terengganu hilang kawalan dan bergesel dengan treler. Walaubagaimanapun menurut Berita Harian pemandu bas positif dadah methamphetamine. 

kemalangan bas sp bumi dan treler di jeli, bas sp bumi treler kemalangan, bas sp bumi di jeli,
kredit

Takziah kepada keluarga mangsa

Innalillahiwainnailaihiraajiun. Takziah kepada keluarga 4 mangsa yang meninggal dunia dan semoga mangsa yang lain semoga cepat sembuh. Mangsa yang meninggal adalah Hasiah Osman 57, dan anaknya Mohamad Amir Abdul Rahim 16, Nur Afiqah Alimi Mohd Ramli 19, dan Mohd Syafiq Azrol Azni 25. Seorang dari mangsa ini merupakan iaitu Nur Afiqah adalah anak kenalan kakak ipar aRz dan juga merupakan cucu kepada kenalan bapa mertua aRz. 

Jenazah Nur Afiqah akan dikebumikan di sebelah pusara ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol.

Cara Pemanduan Bas SP Bumi

Bas SP Bumi ini sebenarnya agak popular sebagai salah satu pengangkutan awam dari Pulau Pinang ke Terengganu. Bas ini juga yang selalu aRz gunakan ketika pulang ke kampung isteri ketika isteri aRz dalam pantang. Walaupun ada perkhidmatan bas lain, aRz lebih selesa dengan khidmat dan cara pemanduan bas SP Bumi. Mendengar mengenai kemalangan melibatkan bas SP Bumi adalah sesuatu yang mengejutkan. Begitu juga jika memandu pulang sendiri, pastinya akan bertemu dengan bas ini, tetapi cara pemanduannya tidaklah merbahaya. 

Walaubagaimanapun terdapat bas yang memandu secara merbahaya tetapi kurangnya pemantuan dari pihak berkuasa di jalan ini secara kerap. Ia membuatkan pemandu bas lebih suka memandu laju. (termasuk lori/treler/kenderaan persendirian. Tidak pernah juga aRz bertembung dengan SPAD ( mungkin waktu rondaan dan waktu perjalanan aRz tidak sama) sepanjang perjalanan pulang ke kampung isteri. Melainkan pemeriksaan tetap di beberapa tempat sebelum ke Tasik Banding. Mungkin pemantauan oleh pihak berkuasa terutama disebelah malam perlu dikuatkuasakan dan diperbanyakkan. Memang ada bas yang memandu laju dan agak merbahaya.

bas sp bumi kemalangan di jeli, gambar kemalangan bas dan treler di jeli,
kredit

Sikap Pemandu juga antara faktor kemalangan

Selain jalan yang bengkak bengkok dan rosak, kabus di sebelah malam serta binatang liar sikap pemandu sendiri juga antara faktor yang menyebabkan kemalangan di Jalan Gerik-Jeli-Kelantan.Sikap pemandu yang mengabaikan keselamatan juga faktor mengapa berlaku kemalangan bukan saja di jalan ini tetapi dimana-mana sahaja. Sepanjang pernah melalui jalan ini memang ada pemandu yang bersikap pentingkan diri, memandu laju dan merbahaya seperti memotong dalam jarak yang tidak selamat, mengikuti rapat kenderaan dihadapan dan sebagainya. Itu belum termasuk yang memandu dalam keadaan mengantuk.

Pengalaman aRz pernah melihat kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa punca dari pemandu mengantuk. Ini juga satu sikap pentingkan diri. Jika mengantuk sepatutnya mencari tempat selamat untuk berehat seketika.

Hentian Selamat di Gerik-Jeli 

Antara hentian yang selamat jika hendak berehat yang kebiasaannya aRz berhenti untuk berehat adalah Hentian Perah, Hentian Titiwangsa, Hentian Petronas Jeli, dan mungkin terdapat beberapa hentian lagi. Jangan pentingkan diri dan ingin cepat sampai sehingga merbahayakan diri dan keluarga.

Harapan aRz semoga pemantauan oleh pihak berkuasa dapat dilakukan sekerap yang mungkin terutama di waktu malam. Mungkin cukup jika hanya terdapat kenderaan pihak berkuasa ianya pasti dapat mengurangkan kelajuan kenderaan besar dikawasan ini. Begitu juga pemeriksaan secara tetap ujian air kencing, lesen memandu serta pemeriksaan lain oleh JPJ dan pihak berkuasa lain sebelum bas bertolak dari stesen.

Hati-hati ketika memandu jangan pentingkan diri serta jagalah keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mangsa yang meninggal dunia. Insyaallah.

Comments

  1. Bas ni popular di Terengganu, dulu cuma bas awam je.
    Tiap kali ank balik kolej naik bas hati tu selalu cuak, tapi pulangkan je pada Allah, doakan keselamatan anak.

    ReplyDelete
  2. Innalillah wainnalillah hirajiun, al fatihah..

    ReplyDelete
  3. Innalilahi..
    Pemantauan dan penguatkuasaan patut dilakukan secara berkala..

    ReplyDelete
  4. simpati..apakan daya kita arz

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cikgu etuza...sudah ketetepan Illahi

      Delete
  5. sudah ketentuanNya

    jom tukar link blog,
    kembaraminda7.com

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah buat mangsa yang meninggal..Semoga semua pemandu bas sentiasa di pantau dan harus sentiasa berhati² semasa memandu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemantauan wajib dijalankan...sebab manusia seringkali terlupa..

      Delete
  7. dulu selalu naik bas ni ke tronoh

    ReplyDelete
  8. betul la ... pemandu bas memang selalu bawa laju sangat

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, kak ana cukup ngeri nak baca berita sebegini, sedih sangat .

    ReplyDelete
  10. tak semua benda kita kena positif,terutamanya dadah

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih