#Cabaran20Hari Tetamu Raya Paling Ditunggu-Tunggu

Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu

Tetamu raya paling ditunggu-tunggu. Bila tiba saja Hari Raya pastinya akan ada sedikit ruang dihati kita menanti seseorang. Setiap orang pasti ada ceritanya. Setiap orang pasti merindui seseorang di pagi raya. Siapa pula tetamu raya paling ditunggu-tunggu pemilik blog www.arzmoha.com ini? Jom teruskan membaca.

tetamu raya, tetamu raya paling ditunggu, arzmohadotcom, tetamu dinanti, tetamu istimewa pagi raya,
google image : tetamu raya paling ditunggu-tunggu


Tetamu raya paling ditunggu-tunggu. Seharian suntuk aRz memikirkan siapa? Tetapi tak terkeluar diingatan ini. Kalau dulu zaman sekolah menengah tu adalah tetamu yang dinanti. Tapi itu cerita lama, untuk apa dikenang. Masa yang berlalu biarkan berlalu, "bagai helang yang berterbangan". hehe

Selepas pemergian arwah mak dan abah, adakalanya muncul dalam kotak pemikiran inilah tetamu yang paling ditunggu-tunggu, mengucup kedua tangan dan memohon ampun dan maaf. Indahnya pagi raya bersama kedua ibubapa. Tetapi percayalah "yang pergi tidak akan kembali lagi". Alangkah beruntungnya mereka yang masih mempunyai ibubapa, dan alangkah ruginya jika tidak PULANG BERHARI RAYA. 

Adakalanya geram juga rasa hati, bila begitu mudah ada yang mengatakan "untuk berjimat jangan balik kampung". Mereka adalah tetamu yang ditunggu-tunggu oleh ibu dan bapa mereka. Mungkin tunggu saat anak-anakmu sudah besar panjang, umur kamu sudah di hujung usia, tatkala itu anakmu menghantar pesanan ringkas "abah maaf kami tidak dapat pulang, ini proses penjimatan" waktu itu barulah kamu sedar "jangan balik kampung. 

Dalam keadaan ekonomi sangat baik pun masih ada yang tidak pulang ke kampung menziarahi ibu dan bapa. Berapa ramai yang masih lupa diri. Berapa ramai yang mengejar kekayaan sehingga lupa pada ibu bapa. Tambahan pula dalam keadaan ekonomi sekarang. Saranan yang dibuat di kaca televisyen, sedikit sebanyak memberi kesan pada mereka yang kurang menghargai ibubapa.

Ingatlah "Kamu adalah tetamu yang ditunggu-tunggu" di pagi hari raya. Wahai anak bangsa pulanglah berhari raya walau bagaimana keadaan sekalipun.

Salam Ramadhan 1436H

Jumpa Lagi


Comments

  1. hehe.. tunggu sapa tu zaman sekolah menengah..??? wink wink

    ReplyDelete
  2. Tunggu na Nani mai Penang. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah untuk kedua orang tua Arz.

    ReplyDelete
  4. al Fatihah buat arwah, banyakkan berdoa sebagai anak yang soleh, In shaa Allah.

    ReplyDelete
  5. al-fatihah buat kedua-dua ibu bapa arz..

    ReplyDelete
  6. semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman

    dulu ms bujang..mmg ada yg ditunggulah
    skrg ni malas dah nak tgu..haha

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah untuk Arwah ibubapa Arz..
    Setuju dengan Arz kepulangan anak-anak sentiasa dinanti ibu bapa..

    ReplyDelete
  8. Tunggu Incik Kesayangan je la datang rumah raya..hihihi

    ReplyDelete
  9. yeayyy saya dah berada di rumah :)

    ReplyDelete
  10. Assalam arz,
    betoi3
    semua ibu bapa memang menanti kepulangan anak kan3

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih