Budget Raya 2015
Budget raya. Kalau sebut pasal budget raya mungkin ramai yang rasa malas nak fikir. Bila raya banyak perbelanjaan nak digunakan. Kalau nak disenaraikan sudah tentu banyak. Jangan sampai ada yang meminjam hanya untuk sambut raya dengan meriah. Dalam entri kali ini aRz ceritakan sedikit mengenai budget raya dan cara mengatasi masalah ketika raya yang mana mungkin mampu membantu sedikit di masa hadapan.
![]() |
Budget Raya | Cabaran dan tips |
Budget Raya 2015
Tahun ini agak sama seperti tahun-tahun lepas juga. Selepas berkahwin kebiasaannya budget lebih tinggi dari zaman bujang. Ketika bujang apalah yang hendak difikirkan sangat. Tapi bila sudah berkahwin budget bujang ditambah budget isteri ditambah budget anak. Memang agak tinggi. Benarlah orang kata "pengalaman mengajar erti kematangan". Jangan diharap pada bonus raya, dan gaji berdekatan raya. Budget aRz tidaklah semewah mana. Cukuplah untuk berhari raya dalam meraikan Hari Raya Puasa. Bagaimana memastikan budget mencukupi ketika hari raya?
Tips Budget Raya
Disini aRz selitkan sedikit cara aRz memastikan budget raya tidak lari atau kekurangan wang selepas hari raya. Kalau semua nak diharap pada duit gaji memang tak lepas. Walaubagaimanapun kalau ada yang boleh dijimatkan sudah tentu perlu berjimat. Antara cara mengatasi budget raya adalah
1. Main kutu
Kebanyakkan pejabat ada main "kutu", bukan kutu rayau tapi kumpul duit secara berjemaah dan diagihkan mengikut bulan cabutan. Main kutu adalah cara terbaik memastikan budget raya anda. Tapi kalau cabutan selepas raya itu adalah wang untuk selepas raya. Kalau bukan untuk budget raya mungkin boleh digunakan untuk tujuan lain, wang kecemasan, budget percutian atau lain lain.
2. Berbelanja Raya Awal
Ini bermaksud beli atau tempah baju raya lebih awal. Tak payah tunggu design terbaru sangat. Kalau untuk wanita yang suka sutera tak semestinya dekat raya baru keluar design baru. tempah lebih awal menggunakan wang gaji setiap bulan. Cara ini juga mengurangkan bebanan kewangan ketika menghadapi raya.
3. Bersederhana
Bersederhana adalah cara yang terbaik. Kalau boleh baju yang masih elok dan boleh dipakai pakai sajalah. Bukannya orang hafal semua baju raya kita. Cukuplah sepasang dua. Bukan artis sangat pun. hehe...
aRz rasa setakat ini saja dulu Budget raya dan tips menghadapi raya dengan tenang dan aman. Jangan boros dihari raya. Bulan puasa mendidik kita menjadi insan yang mengenang kesusahan orang lain kenapa mesti boros dan lalai di hari raya? Jom ubah cara perbelanjaan kita.
Jumpa Lagi.
#Cabaran20Hari #Day11