Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu
Tetamu raya paling ditunggu-tunggu. Bila tiba saja Hari Raya pastinya akan ada sedikit ruang dihati kita menanti seseorang. Setiap orang pasti ada ceritanya. Setiap orang pasti merindui seseorang di pagi raya. Siapa pula tetamu raya paling ditunggu-tunggu pemilik blog www.arzmoha.com ini? Jom teruskan membaca.
google image : tetamu raya paling ditunggu-tunggu |
Tetamu raya paling ditunggu-tunggu. Seharian suntuk aRz memikirkan siapa? Tetapi tak terkeluar diingatan ini. Kalau dulu zaman sekolah menengah tu adalah tetamu yang dinanti. Tapi itu cerita lama, untuk apa dikenang. Masa yang berlalu biarkan berlalu, "bagai helang yang berterbangan". hehe
Selepas pemergian arwah mak dan abah, adakalanya muncul dalam kotak pemikiran inilah tetamu yang paling ditunggu-tunggu, mengucup kedua tangan dan memohon ampun dan maaf. Indahnya pagi raya bersama kedua ibubapa. Tetapi percayalah "yang pergi tidak akan kembali lagi". Alangkah beruntungnya mereka yang masih mempunyai ibubapa, dan alangkah ruginya jika tidak PULANG BERHARI RAYA.
Adakalanya geram juga rasa hati, bila begitu mudah ada yang mengatakan "untuk berjimat jangan balik kampung". Mereka adalah tetamu yang ditunggu-tunggu oleh ibu dan bapa mereka. Mungkin tunggu saat anak-anakmu sudah besar panjang, umur kamu sudah di hujung usia, tatkala itu anakmu menghantar pesanan ringkas "abah maaf kami tidak dapat pulang, ini proses penjimatan" waktu itu barulah kamu sedar "jangan balik kampung.
Dalam keadaan ekonomi sangat baik pun masih ada yang tidak pulang ke kampung menziarahi ibu dan bapa. Berapa ramai yang masih lupa diri. Berapa ramai yang mengejar kekayaan sehingga lupa pada ibu bapa. Tambahan pula dalam keadaan ekonomi sekarang. Saranan yang dibuat di kaca televisyen, sedikit sebanyak memberi kesan pada mereka yang kurang menghargai ibubapa.
Ingatlah "Kamu adalah tetamu yang ditunggu-tunggu" di pagi hari raya. Wahai anak bangsa pulanglah berhari raya walau bagaimana keadaan sekalipun.
Salam Ramadhan 1436H
Jumpa Lagi