#Cabaran20Hari Lagu Raya Pilihan

Lagu Raya Pilihan arzmoha.com

Lagu raya pilihan merupakan cabaran kali ini. Memang mencabar. Lagu raya bukan ada satu dua tapi banyak kalau ikut pilihan semua yang dalam simpanan la kan. Tapi setelah di timbang, di rasa, ada beberapa yang menjadi pilihan. Nak tau pilihan lagu apa? Baca kat bawah tu. Tapi ingat jangan lupa tinggalkan komen lagu pilihan anda kat bawah nanti k.

lagu raya pilihan, lagu raya anuar zain, anuar zain, lagu best anuar zain,
google image : Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar zain. aRz bukan peminat Anuar zain, lagilah bukan peminat tegar. Cuma meminati lagu yang dinyanyikan oleh anuar zain. Lagu-lagu itu adalah lagu raya yang dinyanyikan olehnya. 

Lagu ni tak tahulah macam mana leh minat tapi masa belajar dulu kalau dengar lagu ni atas bas memang lain macam mood raya tu. Tapi tak berapa paham sangat makna lagu ni. Sapa leh tolong terangkan skit. Disebakan entry kali ni aRz kongsi lebih dari satu video aRz cuma letakkan link dari youtube.

Bersabarlah Sayang ( <<<klik kalau nak dengar<<)

Satu lagi lagu lama dari Anuar Zain dan Ellina. Semua orang pasti dah tau lagu ni kan? Terkenal sangat lagu ni.

Suasana Hari Raya (<<<klik kalau nak dengar<<)

Sudirman

Lagu ini kalau ada orang kata tak pernah dengar huh...memang tak patut. Tapi mungkin juga lah anak-anak yang baru lahir sekarang ni tak pernah taupun pasal lagu ni. Semua budak kampus pasti menyanyi lagu ini. kena pula tiket habis. Naik bas lompat. Memang feel dia lain macam haha...

Balik Kampung (<<<klik kalau nak dengar<<)

Upin Ipin


Aikk upin ipin pun ada lagu? haha Ini lagu pilihan Cik Puteri. Mana boleh lupa. Sebenarnya sama ja macam lagu Anuar Zain feat Ellina tetapi versi upin ipin. Jom dengar

Suasana Hari Raya versi Upin Ipin (<<<klik kalau nak dengar<<)

Jalil Hamid


Ini lagu terakhir pilihan aRz. Lagu ni kalau tak dengar memang tak sah. Korang macam mana?

Hari Raya (<<<klik kalau nak dengar<<)

Setakat ini dulu lagu pilihan aRz. Macam aRz kata diawal tadi lagu raya pilihan ni banyak cuma ini paling terpilih la. Jangan lupa tinggalkan komen lagu kegemaran anda pula.

Jumpa Lagi



Comments

  1. paling suka lagu Aman Shah - kepulangan yang dinanti..

    ReplyDelete
  2. kita suka lagu : suasana hari raya! Meriahnya bila lagu ni dipasang time nak raya...

    ReplyDelete
  3. Suka semua lagu raya yang lama-lama.. Terutama sekali nyanyian Sudirman dan Mamat Exist..

    ReplyDelete
  4. Best lagu Upin Ipin tu. Haha ^-^

    ReplyDelete
  5. suka lagu kepulangan yang dinanti dan Air mata syawal :)

    ReplyDelete
  6. suka dengar Lagu anuar zain, sanisah huri, aisyah tu sudirman dari jauh Ku pohon maaf

    ReplyDelete
  7. ooooo balik kampunggg.oooo balikk kampunggg *karaoke*

    hati girangggg.perjalanan jauh tak ku rasa

    senang hati ku melonjak sama

    ingin berjumpa sanak saudara

    yg selalu bermainn di mataaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok dia mentang mentang la dah balik kampung

      Delete
    2. amboi seronok sampai karok dekat sini yeeeee

      Delete
    3. @@ alahai tak ada pula emoji tutup telinga kat sini :)

      Delete
  8. bukan minat sesuci lebaran ke..?

    ReplyDelete
  9. x suka anuar zain tapi lagu dia dulu best. jalil hamid tu macam pernah dengar je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik kenapa tak suka annuar zain , amy..hihi :)

      Delete
  10. kak ana suka lagu abang Jamal Abdillah haha :)

    ReplyDelete
  11. hehehe lagu anuar zain time bebudak still win smpai skarng..
    CT suka lagu2 lama compared to yang moden..pening kepala dengar..

    ReplyDelete
  12. Assalam arz,
    he3
    minat jugak yer anuar zain :)
    upin ipin paling win he3

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih