Skip to main content

#Cabaran20Hari Kenangan Terawih Di Masjid Masa Zaman Kanak-Kanak

Cabaran20Hari Kenangan Terawih Di Masjid Masa Zaman Kanak-kanak

Kenangan Terawih Di Masjid Masa Zaman Kanak-kanak. Cabaran kali ini ingin berkongsi kenangan terawih masa zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak ini biasalah belum matang, banyak main, tetapi tetap nak pergi terawih kerana ramai kawan yang pergi. Bila ingat balik kenapa pergi terawih mungkin antaranya boleh keluar malam, main mercun, dan jumpa kawan-kawan. Dalam banyak pengalaman pasti terpahat satu kenangan yang mungkin tidak boleh dilupakan. Jom teruskan baca perkongsian ini.

kenangan terawih, zaman kanak-kanak, kanak-kanak solat,
kredit to google

Ceritanya begini, ketika zaman kanak-kanak aRz menetap di sebuah kampung di Pulau Pinang. Boleh dikatakan majoriti kanak-kanak disini akan menghadiri kelas petang/madrasah untuk pengajian ilmu agama. Ianya diajar oleh ustaz dan juga ustazah. Ustaz-ustaz ini pula memang selalu berjemaah di masjid disini. Jadi setiap pelajarnya dikenali dan sentiasa diperhatikan. Syukur kerana waktu kecil lagi diberi pendedahan mengenai agama di madrasah ini dan dibimbing oleh ustaz yang sentiasa ingin menjadikan anak muridnya yang terbaik. Semoga Allah SWT sahaja yang membalas jasa dan pengorbanan mereka dengan rahmat dan kasih sayangNya. Tidak lupa untuk Ustaz yang sudah kembali ke Rahmatullah.

Solat jangan main-main


Ketika menjelangnya Ramadhan, ketika zaman kanak-kanak dahulu sekitar tahun 90-an biasanya pada hujung tahun dan boleh dikatakan ketika cuti sekolah. Jadi masa yang terluang dihabiskan dengan program bersama kawan-kawan kampung, dari pagi sampai ke malam. Rasanya ketika zaman ini mak dan abah aRz pun tak risau tentang kemana aRz pergi pasti ada saja yang tahu. Entahla mungkin cara hidup di kampung begitu hampir seluruh kampung orang kenal anak siapa kemana dia pergi dan sebagainya. Puas bermain di siang hari berjumpa pula di masjid pada malam hari.

Ketika solat terawih kebiasaannya kanak-kanak cepat 'boring' fikiran terganggu dan suka bermain. Walabagaimanapun tidak berani buat bising sebabnya ustaz yang mengajar di Madrasah juga antara yang hadir ke solat terawih mahupun solat fardhu. Biasanya kalau nak main perlu keluar dari masjid. 

Dijadikan ada satu hari ketika solat terawih berlangsung aRz dan kawan-kawan bergurau sehingga tak sedar mengganggu makmum lain padahal ketika itu sedang solat. Biasalah kanak-kanak lagi. Belum matang untuk fikir mana yang baik mana yang buruk walaupun sentiasa dipesan oleh ustaz jangan main ketika solat. Habis saja solat terawih salah sorang dari ustaz bertanya siapa yang bermain. Waktu ini tak ada seorang pun berani menipu, jujur mengaku. Ustaz tanya lagi pernah tak dipesan jangan main ketika solat dan ganggu orang lain solat? "ya" kami serentak jawab. Akibatnya malam itu kena lempang.

Kalau dizaman sekarang ini sudah tentu menjadi viral atau sudah mungkin laporan polis dibuat. Tetapi hikmah dari lempang tersebut, ianya membentuk kami supaya tidak lagi bermain ketika solat. Selepas dari 'lempang' itu juga aRz mula menjadi perhatian ustaz tersebut. Mula dilantik sebagai pengawas madrasah, imam ketika solat zuhur madrasah dan antara 10 penghafal terawal dalam kelas. Syukur lempang tersebut bukan untuk menyakitkan tetapi untuk menyedarkan. 

Bila fikir kenangan terawih, pastinya ini kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Semoga perkongsian ini memberi makna untuk sesiapa saja yang membaca tulisan ini. Insyaallah.

#Cabaran20Hari #Day9


Comments

  1. Haah..

    Kalau sekarang, mesti ustaz tu dah kena "macam2" ...

    ReplyDelete
  2. Kesiannya sampai kena lempang, takpe la untuk menyedarkan kita juga...

    ReplyDelete
  3. kena lempang zaman dahulu perkara biasa dalam mendidik,tetapi sekarang jadi manusia yang berjaya

    ReplyDelete
  4. hihihi...biasalah kan, bebudak memang nakal.tulah, zaman 90-an dulu bulan puasa selalu jatuh masa cuti panjang.so, memang seronok 'memeriahkan' surau.

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang tak macam dulu 2 la..

    ReplyDelete
  6. serious la kena lempang? fuh, nasib baik dah x buat. budak skang je manja. pantang di tampar dicubit, kena saman lak

    ReplyDelete
  7. Assalam arz,
    cara didikan zaman dahulu paling berkesan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...