Cabaran20Hari Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa
Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa. Amalan ini sememangnya di amalkan oleh umat Islam di Malaysia. Ianya merupakan amalan yang baik dan boleh dikategorikan sebagai sedekah. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Amalan berbalas juadah di bulan puasa sememangnya sangat unik dan mengelakkan pembaziran. Tetapi amalan ini kadangkala disalahgunakan. Bagaimana disalahgunakan itu?
![]() |
Egg Tart gambar sekadar hiasan |
aRz kalau boleh tidak mahu mengulas kebaikan amalan berbalas juadah di bulan puasa ini, sebaliknya ingin mengupas isu disalahgunakan amalan ini. Sudah pasti amalan ini jika diniatkan kerana Allah SWT maka ianya menjadi satu ibadah. Beruntung bagi mereka yang berebut-rebut melakukan kebaikan di bulan puasa. Apatah lagi jika amalan berbalas juadah ini dikongsikan bersama jiran yang kurang kemampuan dan tidak mengharapkan balasan.
Bagaimana Disalahgunakan Amalan Berbalas Juadah
Penyalahgunaan amalan ini kebiasaannya berlaku pertamanya dengan mengharapkan balasan daripada jiran yang mungkin masakannya lebih sedap, atau jiran ini rajin membeli juadah di bazaar ramadhan atau lain lain sebab dan bukan ikhlas kerana Allah SWT. Sebagai contoh dia buat 'cokodok' tetapi mengharapkan kurma kambing. Sedap pula kurma kambing.
Kedua. Amalan berbalas juadah dilakukan ketika sudah berbuka. Ini bermaksud pemberian selepas juadah tidak habis dimakan. Rasa macam tak habis baru nak bagi pada jiran. Ini satu amalan yang juga tidak baik. Bukankah sebaik-baik pemberian adalah dari apa yang kita sayang.
Terakhir adalah segelintir peniaga bazaar ramadhan menjadikan masjid tempat menghabiskan juadah atau makanan yang tidak habis dijual. Padahal sebelum waktu berbuka tak terniat pun nak sedekah pada masjid untuk Umat Islam berbuka. Tetapi selepas waktu berbuka kuih masih banyak barulah nak diletakkan di masjid. Jadi kalau nak sedekah pada mereka yang berbuka di masjid sedekahlah lauk atau kuih yang baru masak dan bukannya yang tidak habis dijual.
Amalan berbalas juadah di bulan puasa ini satu amalan yang baik tetapi jangan sesekali disalahgunakan. Mudah-mudahan kita berolehi pahala dan diterima oleh Allah SWT sebagai satu ibadah.
Selamat Berpuasa
Jumpa Lagi.
#Cabaran20Hari #Day8