Tebus Drypers Wee Wee Dry Mini Pack Untuk Cik Puteri
Drypers Wee Wee Dry Mini Pack di Drypers Baby Club. Dalam entri sebelum ini aRz ada kongsikan MENEBUS DRYPERS MENGGUNAKAN MATA TERKUMPUL DI DRYPERS BABY CLUB. Hari ini nak kongsikan sikit barang yang aRz tebus dah pun sampai. Memang mengambil masa tetapi ianya telah dimaklumkan di dalam email akan mengambil masa antara 4-6 minggu.
![]() |
Cik Puteri dan Drypers Wee Wee Dry Minipack |
![]() |
Drypers Wee Wee Dry Minipack telah sampai |
Penghantaran walaupun dijanjikan antara 4-6 minggu tetapi sebenarnya lebih awal dari yang dijanjikan. Penghantaran menggunakan Nationwide Express. Dengan mata terkumpul lebih dari 2000 aRz gunakan 1700 mata untuk 20 keping Drypers Wee Wee Dry Minipack. Walaubagaimanapun dari pengalaman Cik Puteri yang lebih banyak menggunakan lampin pakai buang Drypers lebih tahan berbanding jenama lain. Sebab itu juga aRz memilih Drypers.
![]() |
Email mengenai penghantaran ( abaikan "puan") |
Untuk pengetahuan semua Drypers Baby Club boleh didaftarkan hanya untuk ibu mengadung dan mempunyai anak bawah 5 tahun. Dalam kes aRz ni lain sikit sebabnya Puan Isteri tak sempat daftar jadi aRz daftar sendiri jela. Sekiranya anda ingin mendaftar pastikan guna nama isteri anda.
aRz juga ada kongsikan mengenai perkara ini di Instagram aRz boleh follow dengan click DISINI. Begitu juga aRz kongsikan gambar Cik Puteri. Bagi ibu-ibu yang mengandung dan ibu yang mempunyai anak bawah 5 tahun jangan lupa mendaftar Drypers Baby Club. Banyak kelebihannya.
Jumpa Lagi.