Awesome Food | Nasi Kandar Merlin Pulau Pinang
Awesome Food Nasi Kandar Merlin Pulau Pinang. Nasi kandar Merlin di Pulau Pinang antara salah satu nasi kandar terbaik. Awesome Food kali ini ingin berkongsi mengenai Nasi Kandar Merlin yang menjadi pilihan orang-orang disini. Di Pulau Pinang memang terdapat banyak gerai dan restoran nasi kandar yang berlainan rasa dan menu istimewa. Alang-alang dan singgah di pulau pinang jangan lupa merasai aroma Nasi Kandar Merlin ini.
![]() |
Nasi Kandar Merlin |
Kenapa Di Panggil Nasi Kandar Merlin?
Kenapa dikenali sebagai Nasi Kandar Merlin? Mesti ada yang tertanya-tanya sebab setiap nasi kandar pasti ada 'trademark' tersendiri. Trademark ini sudah pasti akan membuatkan mudah untuk peminatnya mengingati. Namanya berasal daripada kedudukan nasi kandar ini di bawah Bangunan Hotel Merlin Pulau Pinang.
![]() |
Merlin Hotel Penang |
![]() |
Nasi Kandar Merlin |
Kenapa Mesti Mencuba Nasi Kandar Merlin
Setiap Nasi Kandar di Pulau Pinang terdapat keunikan dari rasa dan menunya yang tersendiri. Susah untuk mengatakan yang mana paling terbaik dan sedap. Nasi Kandar Merlin ini hanya dibuka sebelah pagi sehingga tengahari sahaja. Walaubagaimanapun nasi kandar ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dengan tidak membuatkan perut terasa terlalu kenyang atau muak, sebaliknya rasa seakan makan pagi nasi lauk biasa. Kuahnya yang tidak terlalu pekat pastinya akan memberi sedikit keselesaan buat pengunjung yang bukan orang pulau pinang mahupun utara yang sudah biasa dengan nasi kandar. Mengenai harga tidaklah terlalu mahal memang anda patut mencubanya.
![]() |
Merlin Nasi Kandar Penang |
Lokasi Nasi Kandar Merlin
Lokasi bangunan hotel merlin dan nasi kandar Merlin ini terletak di Lebuh Penang. Buat mereka yang bukan orang pulau pinang jangan terkeliru antara Lebuh Penang dan Jalan Penang. Lebuh Penang terletak berhampiran Padang Kota Lama atau Esplanade. Kemudahan parking dikawasan ini janganlah dirisaukan kerana bersebelahan bangunan ini terdapat bangunan parking bertingkat. Bagi memudahkan anda, sila rujuk peta dibawah.
Semoga anda semua dapat menemui Nasi Kandar Merlin Pulau Pinang, memang rugi jika tidak mencuba. Memang rugi jika ke Pulau Pinang tidak mencuba semua nasi kandar yang ada. Setiap nasi kandar pastinya mempunyai berlainan rasa dan menu.
jangan lupa baca Awesome Food yang lain.
Jumpa Lagi