#Cabaran20Hari Gambar dan Ucapan Raya

#Cabaran20hari Gambar dan Ucapan Raya

Gambar dan ucapan raya. Ini adalah entri cabaran paling best. Mana tidaknya gambar dan ucapan raya memang menjadi kebiasaan dipagi raya semua orang akan update. Tetapi kali ini lebih awal. Jadi gambar dan ucapan raya aRz juga tidak ketinggalan terutama buat pembaca setia blog ini, rakan blogger, rakan-rakan yang sentiasa menyokong dari masa ke semasa. Tidak lupa buat sifu blogger dan semua.

Gambar Raya

Setiap tahun pasti ada gambar raya. Jadi aRz ada beberapa keping untuk dikongsikan bersama. Ini juga adalah untuk memberikan motivasi kepada semua agar menghargai masa dan waktu bersama keluarga. Waktu akan terus berjalan meninggalkan kita tetapi gambar akan menyingkap memori dari zaman ke zaman. Rakam. Cetak dan Simpan.

gambar raya, gambar cantik ketika raya, raya, selamat hari raya, poster salam aidilfitri,
Salam Aidilfitri : Raya Sebelum Kehadiran Cik Puteri

Gambar raya diatas sebelum kehadiran Cik Puteri. Ini juga gambar raya pertama sebagai suami isteri. Memang lain raya sebelum kahwin dan selepas kahwin. Yang dah kahwin pasti merasainya, yang belum bersabar akan merasainya juga.

Salam Aidilfitri, ucapan selamat hari raya, selamat hari raya, poster hari raya, arzmohadotcom,
Salam Aidilfitri : Raya keseorangan menunggu kehadiran Cik Puteri

Gambar raya diatas adalah ketika ini menunggu hari Cik Puteri dilahirkan. Ketika ini puan isteri masih ditahan di wad. (Insyaallah ada masa aRz cerita sepenuhnya, belum ada masa sesuai untuk cerita panjang lebar.) Di dalam gambar atas itu bukan Cik Puteri tetapi sepupu Cik Puteri. 

Untuk gambar Raya selepas kehadiran Cik Puteri 2013 tidak jumpa pula letak dimana. grrrrr.... Untuk Gambar raya 2014 boleh KLIK SINI.

Insyaallah untuk tahun ini. Pagi Raya aRz update samada di blog atau insta.

Jadi jom follow 
FB Page : arzmohadotcom
IG : @arzmoha

Ucapan Raya

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin. Kepada semua yang mengenali diri ini yang tidak lari dari membuat kesilapan serta masih banyak kelemahan di dalam berblogging dan juga berkawan. aRz MoHa juga memohon ampun dan maaf zahir dan batin. Semoga Hari Raya kali ini membawa seribu makna buat kita setelah kita melalui Ramadhan yang penuh barakah dan semoga memperoleh kebaikan sepanjang tahun.

Jumpa Lagi.



{ 21 comments.. read them below or add one }

SalbiahM SalbiahM 12 Jul 2015, 06:46:00
hahaha..Arz memang suka pakai baju Melayu Johor ek?
Zafirah Kama Zafirah Kama 12 Jul 2015, 15:23:00
Raya dengan cik puteri yang semakin banyak keletah... Best kann
Nina Mads Nina Mads 12 Jul 2015, 16:41:00
selamat hari raya buat arz sekeluarga
Amelia Amelia 13 Jul 2015, 00:24:00
lawa isteri abg Arz. tapi abg Arz macam kureng sikit #merajukpunyapasal. abe we lagi kacak. eh
Zai Zamree Zai Zamree 13 Jul 2015, 10:31:00
Selamat Hari Raya Arz....

errr...kt Jelutong ke tu?
Farrah MF Farrah MF 13 Jul 2015, 16:45:00
Selamat hari raya buat Arz dan keluarga. Moga Syawal tahun ini penuh keceriaan dan lebih bermakna :)
Ana Jingga Ana Jingga 13 Jul 2015, 21:45:00
sempat gak tu haha Amy.. :)
Ana Jingga Ana Jingga 13 Jul 2015, 21:47:00
salam aidil fitri buat adinda aRz Moha dan isteri yang manis jelita serta anakanda Cik Puteri Ayu.. Maaf zahir dan Batin dari kak ana sekiranya pernah mengguris rasa. :)
Unknown Unknown 14 Jul 2015, 00:11:00
inshaAllah akan tiba masanya nak rasa perbezaan mcm tu..hehehe..
Jari Manis Jari Manis 14 Jul 2015, 13:59:00
Selamat hari raya buat arZ sekeluarga...dah terima lum kad raya dari sis JM...dh lama hantar
ummul azkee ummul azkee 15 Jul 2015, 03:12:00
manisnya isteri arz...hahaha..skodeng blog tgk wife arz...hihihihi
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 16 Jul 2015, 23:13:00
ooowah kira Cik Puteri lahir time nak rayalah eh ? hehehe..
comel sngt nanti citer tau..
izzeyda izzeyda 21 Jul 2015, 09:11:00
selamat hari raya arz.. tak sabar nak tau story seterusnya..
zarul farhana zarul farhana 27 Jul 2015, 13:08:00
cik puteri lahir bulan syawal la
MasturaDin MasturaDin 28 Jul 2015, 11:29:00
comey sangat sepupu Cik Puteri tu..
arzmoha arzmoha 28 Jul 2015, 15:35:00
gelak-gelak...saya memang suka makan orang yang suka gelak #buatserius
arysha_fayyadh arysha_fayyadh 29 Jul 2015, 11:50:00
Assalam arz,
kenangan kan3
raya seorang, berdua & bertiga gitew :)
Unknown Unknown 4 Aug 2015, 22:30:00
Pic nampak nice.... menarik sekali...

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih