Kuasa Luar Biasa Ubat Gigi

| arzmohdhaniffa photography | Ubat gigi, tisu dan baldi

Salam. Selamat bekerja. Selamat membaca.
Entri sebelum ini mengenai Kuasa Luar Biasa Kanak-kanak. Dah baca? Kalau belum cepat-cepat baca.
Tapi entri kali ini langsung tiada kena mengena dengan entri diatas. Entri kali ini nak ceritakan sikit kuasa luar biasa yang ada pada ubat gigi yang kita selalu guna di pagi hari dan untuk memutihkan gigi.


Kegunaan Lain Ubat Gigi


Kebiasaan dan kekerapan kita guna ubat gigi untuk membersihkan dan memutihkan gigi serta mengharumkan mulut. Tapi zaman emak saya dulu, ubat gigi ni selalu guna untuk cuci emas. Emas yang nampak kabur tak berkilat, boleh dikilatkan semula. Rasanya yang ni ramai dah tahu terutama kaum Hawa. Boleh juga guna untuk cuci cermin atau disapukan pada tangan kalau terkena minyak panas ( yang ni taktau fakta atau auta. Harap Dr Shikin boleh konfemkan ).

Pemutih Lampu Kereta


Ya....ini tajuk utama nak cerita pada semua pembaca. Rasanya dah ramai yang bongkarkan. Tapi saya nak cerita juga. Eksperimen ni terjadi sebabkan oleh Bangla cuci kereta kata lampu kereta saya pudar, kabur. Memang pun. Ini sedikit sebanyak perbualan kami.

 " Incik, lampu kereta ada kotor, cuci ada mau". 

"takmau, vacuum saja"

"kasi shining balik, baru juga"

"takmauuuuu"

Kebetulan saya dah lambat nak hantar wife ke airport.
 ( Tinggal saya ngan Cik Puteri berdua selama 3 hari )

Jadi sambil tunggu dia cuci kereta, saya pun google cara putihkan lampu kereta. Baca, baca dan terus baca. Akhirnya dah faham.

Berapa kos kalau buat di kedai? Saya pernah bertanya harganya lebih kurang RM 60 sebelah. Jadi dua buah lampu RM 120

Mahal kan?

Nampak tak gambar di bawah. Gambar sebelum saya cuci. memang kaburkan?

lampu kereta, putihkan, jernihkan, lampu kereta pudar, lampu kereta malap, arzmoha, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Lampu yang kabur dan pudar

Lampu yang pudar ni memang bahaya. Cahayanya bila waktu malam akan jadi malap.
Nak tukar baru lagi la kos tinggi.

Sampai ja rumah wife belum siap lagi. Cepat-cepat ambil ubat gigi, tisu dan air sebaldi kecik (baldi ka orang panggil bekas tu)

Mulakan eksperimen tu.

1. Ambil ubat gigi, sapu ke seluruh lampu kereta. ( kalau ikut cara google tu suruh guna tisu)
Masa saya cuba tisu macam tak main peranan. Saya guna tangan ja. Sapu biar sampai semua tempat.

2. Biarkan 2-3 minit, jangan lama-lama sangat. Kemudian ambil sedikit air curahkan sikit guna tangan. Teruskan sapu dan sapu dan sapu...

3. Biarkan lagi, pastu basuk dengan air.

Siap.

lampu kereta, putihkan, cuci, lampu pudar, lampu malap, arzmoha, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Lampu Depan selepas cuci kelihatan baru

Baik. Nampak tak perbezaannya. Lega rasa bila eksperimen menjadi. Bagi sesiapa yang mengalami masalah yang sama boleh cuba TIPS PUTIHKAN LAMPU KERETA YANG PUDAR.

Tak perlu keluarkan wang yang banyak dan untuk mencuci di kedai atau tukar lampu baru.

Sedikit tips tambahan. Sapukan sedikit wax, biarkan, kemudian basuh dengan air supaya kejernihan lampu bertahan lebih lama.

Selamat mencuba.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Haaa.... ini barulah betul 'gunakan ubat gigi, barulah putihhhhhh'... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakcik barulahhh putihhhhh

      Delete
    2. so leh x letak di muka ganti Qu Puteh...baru lah putihhhh

      Delete
    3. Jangan cari pasal, sis! Kang muka ku qu-merah-merahan sebab kulit qu-pas!

      Delete
    4. hahahha ada plak sisJM ni...

      Delete
    5. nie kuasa memutih paling power..xyah Qu Qu sangat..ngeh2... :P

      Delete
  2. Replies
    1. nanti akak nak cuba buat kat sliding door & cermin bilik air lah

      Delete
    2. aah la.. esok nak cuba plak dekat cermin.. bilik air..hihi.. gud idea kak farah.. :)

      Delete
  3. lepas ni kalau ada yang jual kat parking tu bagitau je guna ubat gigi..lagi jimat..

    ReplyDelete
  4. wah...resepi baru ni.Agaknya lepas ni semua cermin dan segala macam yang pudar kat rumah saya ni akan kembali bersinar.jangan heran kalau ada benda bersinar dari jauh.rumah saya lah tu. hehe,gurau je...

    petua ni masa dulu-dulu, mak saya buat kat batil dan dulang hantaran tembaga.Tak tahu pulak boleh praktikkan kat lampu kereta.Ini sudah bagu.nice sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul zaman kahwin dulu-dulu mak-mak sibuk kilatkan dulang tembaga

      Delete
    2. good idea. akak nak cuba kat set tembaga arwah nenek akak. dah tak de rupa tembaga dah...

      Delete
  5. tutup kedai la pasni sbb smua org ikot tips ni he3

    ReplyDelete
  6. bab cuci emas tu memang pernah buat lah aRz, memang shining balik emasnya..ni yg terbaru tahu pula ttg cuci lampu kereta, nice sharing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tahu kak ana. Terus eksperimentasi

      Delete
  7. Salam singgah, banyak tip guna ubat gigi sebenarnya, selain untuk cuci bilik air..hehe. Credit to gambar yang menarik dengan entri best!

    berminat sponsor giveaway? klik sini: http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html , Nak join pun boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Insyaallah berkesempatan saya join

      Delete
  8. first time tahu..lepas ni boleh try tgk la...

    ReplyDelete
  9. Mmg selalu dengar pasal kehebatan ubat gigi ni. Cuma belum pernah cuba jer Arz....
    Nantilah nak cuba jugak bersihkan gelang ni ha...

    ReplyDelete
  10. pernah cuba juga guna ubat gigi untuk cuci cermin..memang berkilat macam baru cermin tu..

    ReplyDelete
  11. yang putihkan lampu kereta tu baru saya tahu.. boleh la saya mencubanya juga nanti.. terima kasih berkongsi..

    ReplyDelete
  12. Oooo... benda baru tau ni, boleh cube nanti, lampu keta satu yang sebelah tu dah macam tu dah... harap2 berjayalah...

    ReplyDelete
  13. Tq sharing this tips. Nak cuci kat kedai ada yg ambik RM200 utk 2 lampu. JIMAT sangat!!!!

    ReplyDelete
  14. Wah menarik ni.. saya pun baru tau ni. Thanks sharing Arz.. Mcm ni barulah putih... kalah Qu putih ni huhu.. :D

    ReplyDelete
  15. Wahhh.....terima kasih banyak la untuk perkongsian ni. Kalau tak kopak lah saya Rm 200 utk
    servis putihkan semula lampu kereta. Syukur alhamdulilah. Great info. Thanks Moha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama kat lynn. Kongsikan apa yang saya tahu untuk kebaikan semua

      Delete
  16. Replies
    1. hehe qu puteh saja minggu ni

      Delete
    2. hahha... kak ira pon terjebakk jugakk..hihihi

      Delete
  17. Assalammualaikum... arzmoha,

    terima kasih tip2 nie... tak tahu pulak boleh bersihkan lampu nie guna ubat gigi...

    mselim3

    ReplyDelete
  18. Mengilatkan barang kemas pun boleh tau...

    ReplyDelete
  19. dah jimat kos dengan guna ubat gigi ni :)

    ReplyDelete
  20. boleh gune untuk putihkan sisi singki... pastu pasang lagu industan... gosok dan beranganlah sampai tahun depan! ahahahha =p (men2 je..)

    ReplyDelete
  21. Thanks sharing. Lepas ni boleh buat sendiri. Jimat pun.

    ReplyDelete
  22. wah.. bagus juga ni. leh jimat pergi hantar bengkel. tapi nanti ubat gigi cepat habis plak. >__<

    ReplyDelete
  23. aRz guna Darlie eh..pesal x guna sensodyne ahahahaha...
    sis JM pernah dgr kalau ada jerawat batu kat muka letak ubat gigi golgate esok pagi mensti pecah jerawat tu...rupa nya byk kegunan ubat gigi ni selain putih kan gigi

    hurmm...ni mesti keta MyVi kan tul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'aa lah JM kreatif juga blogger aRz ni..ada petua hal kerete..so TQVM

      Delete
    2. ha'a..entri begini yang mendapat HITS yang tinggi Cikgu

      Delete
  24. wah nak try buat ..ikut aRz..murah tu ..darlie memang antara ubat gigi yang sesuai dengan gigi Etuza, tak sangka ada kegunaan lain..entry terlepas ni baru baca...tq kongsi yang baik ya

    ReplyDelete
  25. nice sharing arz.. baru tau zaman dlu org guna bersih brg kemas. mak guna sabun ja. yg bab kena ekzos moto lepas tu letak ubat gigi kwn yg bg tau so far ubat gigi memang banyak kegunaan

    ReplyDelete
  26. baru tahu ubat gigi ni banyak jugak kegunaannya. selama ni tahu pakai aje :D

    ReplyDelete
  27. Tips terbaik, murah dan berkesan..:)

    ReplyDelete
  28. Tips yg menarik hanya dgn ubat gg jer..Mudah murah dan berkesan..nice sharing arz

    ReplyDelete
  29. Wowww...lip lap lah lampu lepas ni.
    Arz dah buktikan benefit ubat gigi ni.

    ReplyDelete
  30. ha, bagus sangat tips ni. hahahaha. tapi saya xde kereta. maybe boleh praktikkan dekat kereta ayah dengan ummi saya. hehe

    ReplyDelete
  31. Wahh..nice ni...banyak juga kelebihan ubat gg ye..bagus2..mudah dan jimat...

    ReplyDelete
  32. Lom cuba lagi...trima kasih tips ni,terbaik

    ReplyDelete
  33. waahhh..
    betul ke..
    lama cari cara nak putihkan lampu kerete...
    time kasih...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih