Kanak-Kanak Mempunyai Kuasa Luar Biasa

Kids, kanak-kanak, boy, kids world, gambar cantik, kids photography
| arzmohdhaniffa photography | Kids

Salam. Dunia kanak-kanak sangat indah. Indahnya kerana memiliki kuasa yang luar biasa.
Setiap kanak-kanak memang dilahirkan bersama-sama kuasa ini. Apakah kuasa itu?
Jom baca untuk mengetahui kuasa luar biasa itu.
Kids, Kanak-kanak, Girl, Nephew, kids world, gambar cantik, kids photography
| arzmohdhaniffa photography | Nur Damia Safia
Sebelum itu, entry ini adalah berlanjutan dari Wordless Wednesday #19 | Choose Your Colour.
Kuasa luar biasa yang saya maksudkan adalah kuasa pengaruh. Bukan kuasa superhero macam spiderman, superman, ottoman, dan lain-lain. Kebiasaannya kita dengar kuasa pengaruh ini biasanya ada pada Pemimpin, Artis dan Selebriti, Orang Kaya, Orang Yang Berjaya, Orang Berilmu dan lain-lain.
Hari ini saya nak terangkan sikit kuasa pengaruh kanak-kanak bersama-sama gambar kanak-kanak yang mengindahkan dunia kita.

Sepertimana yang ditulis oleh Saudara Amin Idris didalam bukunya

Magnet Diri : Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya
kanak-kanak mempunyai 3 kuasa pengaruh.

Kids, kanak-kanak, Nur Alyaa Batrisyia, girl, kids world, kids photography
| arzmohdhaniffa photography | Nur Alyaa Batrisyia senyum
girl, kids, kanak-kanak, kids world, kids photography, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Nur Dayana dengan celotehnya
1. Kuasa senyuman dan ketawa : Menyebabkan orang dewasa rasa terpikat dan sanggup memberikan apa sahaja kerana kecomelan hasil senyuman dan ketawa seorang bayi.

Kids, girl, baby, kids photography, gambar cantik, kanak-kanak
| arzmohdhaniffa photography | Tangisan Izara
marah, kids, jeling, girl, kids photography, gambar cantik,
| arzmohdhaniffa photography | Nur Damia merenung tajam
2. Kuasa tangisan dan keluhan : Tangisan bayi mampu membuatkan orang di sekeliling bayi menjadi resah dan gelisah serta memberikan tumpuan dan sanggup melakukan apa sahaja bagi menenagkan bayi. Sehinggakan seorang dewasa yang berpangkat tinggi pun sanggup menjadi seperti budak untuk meredakan tangisan bayi.

kids, baby, kids photography, kids world, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Nurul Asyikin
baby, kids, gambar cantik, comel, kids photography, kids world, boy
| arzmohdhaniffa photography | Iz'an
comel, baby, kids, gambar cantik, boy, kids photography,
| arzmohdhaniffa photography | Sufi
3. Kuasa berdiam diri : Ketika berdiam diri, seorang bayi mampu mempengaruhi orang di sekeliling mendekatinya dan membuat apa sahaja bagi menggembirakannya.

Hebat bukan alam kanak-kanak. Malah baru dilahirkan ke dunia beberapa saat sudah mampu menarik perhatian orang di sekeliling kepadanya. Ini bermakna setiap dari kita dilahirkan sudah mempunyai kuasa pengaruh dan perlu digilap. Ibubapa perlu memainkan peranan penting supaya kuasa luar biasa ini tidak hilang begitu sahaja.

black and white, kids, baby, kids photography, boy, kids world, gambar cantik, kanak-kanak comel
| arzmohdhaniffa photography | Kids in Black and White

Setakat ini dahulu perkongsian saya. Semoga bertemu lagi. 

Jumpa Lagi.

p/s: jangan lupa kongsikan kritikan anda atas hasil kerja saya bagi menambah baik kualiti dari masa ke semasa.

{ 42 comments.. read them below or add one }

zarul farhana zarul farhana 16 Jan 2015, 07:12:00
betul tu... terasa rindunya pada ank buah yang kecil sekali tu...
Farrah MF Farrah MF 16 Jan 2015, 07:24:00
Berharganya bila dpt captured pelbagai expressions & emosi si cilik. Betul, mereka mmg ada byk kuasa luar biasa ;)
Cik Zaza Cik Zaza 16 Jan 2015, 07:40:00
tangisan mereka pasti membuatkan hati tak keruan.. senyuman mereka dapat mengubat kedukaan di hati..
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar 16 Jan 2015, 10:38:00
Indah kan zaman kanak-kanak. Fikir keseronokan jer. Hehehehe
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 16 Jan 2015, 12:18:00
Sememangnya benar. Mereka sememangnya begitu istimewa sekali..
Jari Manis Jari Manis 16 Jan 2015, 13:16:00
anak2 abe MKL dah besar2 kan..so perlu tunggu 'kelahiran' cucu lah nanti hihih
Jari Manis Jari Manis 16 Jan 2015, 13:18:00
zaman kanak-kanak pr budak-budak adalah zaman atau usi di mana mereka belu mboleh berfikir dgn waras dan bertindak dgn bijak..masih perlu b=perhatian dari org dewasa...jd tak mustahil setiap gerak geri mereka mendapat perhatian so susulan dng itu 'terbitlah' istilah mempunyai kuasa luar biasa...ada tarikan magnet di situ
aRz MoHa aRz MoHa 16 Jan 2015, 15:17:00
benar tu bro haffizul. tak perlu fikir apa-apa...dunia penuh keseronokan.
aRz MoHa aRz MoHa 16 Jan 2015, 20:26:00
masa saya belum ada anak mmg rindu sangat kat anak buah...
aRz MoHa aRz MoHa 16 Jan 2015, 20:31:00
Kuasa yg buatkan ibu bapa yang sebelum ini tak mampu terjaga tengah pagi jam 3 4 pagi, boleh terjaga
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 16 Jan 2015, 22:48:00
Yup..baru saya sedar akan 3 kuasa ni.
Saya pun memang akan turutkan jugak mereka ni.
aRz MoHa aRz MoHa 17 Jan 2015, 19:34:00
setuju cik zaza. Kuasa luar biasa ini kalau senyum.. perghh cair
Nani Nani 17 Jan 2015, 22:56:00
wajah baby dan kanak-kanak sgt suci, sejernih hati mereka..
Lynn Munir Lynn Munir 18 Jan 2015, 13:27:00
Betul tu Arz Moha,anak-anak sering menimbulkan perasaan teruja untuk didekati.
Orang marketing mesti suka dengan pendedahan fakta ni ;-)
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 18 Jan 2015, 15:31:00
sha mmg dr dlu lg suka jaga budak2, kdg tu mmg mrh juga sbb nakal..tp xsmpai hati nak mrh..dorg ada kuasa muka 20sen haha kan..
SalbiahM SalbiahM 18 Jan 2015, 16:05:00
betul tu..teringat pada anak-anak buah dan kerja lama saya yang banyak berinteraksi dengan kanak-kanak ketiga.kalau bad mood macamana pun, tengok senyuman ikhlas budak-budak boleh buat kita rasa nak senyum jugak..nice pics!
SalbiahM SalbiahM 18 Jan 2015, 16:06:00
ketiga tu typo, nak tulis tadika...hehe
luna paris luna paris 18 Jan 2015, 21:42:00
kikikii.... tumpang gelak sekaki.. ^^
luna paris luna paris 18 Jan 2015, 21:48:00
ohh... baru la tahu rahsie ni.... pasni nk wat2 tatau la ngan anak buah.. hahahaha (jahat giler!)
Cik Pinz Cik Pinz 19 Jan 2015, 11:31:00
setuju..CP kalau stress kerja akan bawak anak sedara pi shopping sambil makan-makan..hilang stres bila dengan kanak-kanak ni..
Sue Sopian Sue Sopian 19 Jan 2015, 13:24:00
setiap ekspresi emosi kanak-kanak membuatkan kita juga turut tersentuh, happy, sedih, gelisah dan bermacam lagi rasa yang menguasai diri kita.. mmg betul kanak-kanak mempunyai daya tarikan yang tersendiri. kuasa mereka mampu melemahkan hati kita.. :)

best dapat capture setiap saat dan detik ketika itu.. :)
NJihe.am NJihe.am 21 Jan 2015, 00:00:00
Suka tengok budak kecil. Comel! penenang jiwa..
zarul farhana zarul farhana 21 Jan 2015, 08:09:00
sekarang dh ada ank sndri, tiap2 hari leh tatap kn...
zarul farhana zarul farhana 21 Jan 2015, 08:11:00
baru2 exam psikologi...ada belajar mengenai kanak2 juga...
hainom OKje hainom OKje 21 Jan 2015, 15:44:00
Terlampau perfect dah gambo tu Arz.....takde apa yg nak di kritik...
Emmm....betul jugak tu....kanak kanak mmg ada kuasa luar biasalah..
aRz MoHa aRz MoHa 21 Jan 2015, 16:25:00
tingginya pujian kak hainom okje. terima kasih saya ucapkan.

tanpa kuasa luar biasa ini mana mungkin mampu mengubah mood seseorang kan?
aRz MoHa aRz MoHa 21 Jan 2015, 16:44:00
jangan la macam tu. sian anak buah
aRz MoHa aRz MoHa 21 Jan 2015, 16:48:00
itu fikir budak-budak ketiga tu apa. ok baru faham. Tapi kalau budak-budak suka nangis pun stress juga kan hehehe
aRz MoHa aRz MoHa 21 Jan 2015, 17:05:00
saya sebelum ada anak sendiri memang anak buah selalu kena kidnap CP
aRz MoHa aRz MoHa 21 Jan 2015, 17:07:00
yup saya setuju dengan kata-kata Sue Sopian. Tapi hairan kenapa masih ada yang mendera kanak-kanak
luna paris luna paris 25 Jan 2015, 08:08:00
kne wat sumtin yang laen.. baru anak buah ingat kite.. hahahaaha.. =D
mama 3farhanah mama 3farhanah 25 Jan 2015, 12:46:00
Memang hebat kuasa anak-anak ni. Hati pun boleh jadi tak keruan dek penangan mereka.
Dah mula rindu anak-anak..
Faarihin Talip Faarihin Talip 25 Jan 2015, 14:33:00
Perkongsian yang menarik. Memang hebat sungguh kuasa anak-anak kecil ini.
Gambar pun cantik!
Amanina Mads Amanina Mads 25 Jan 2015, 21:59:00
hebat kuasa kanak2 ni sampai . nice sharing bg siapa saja yg sukakan kanak2
Anizz Annisa Anizz Annisa 27 Jan 2015, 00:43:00
zaman kanak2 xpayah pikir masalah.. kita dengan dunia kita je..huhu
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 27 Jan 2015, 18:08:00
Kanak2 insan istimewa..Ank2 kita punyai kuasa yg hebat..
Amy J Amy J 4 Feb 2015, 00:10:00
orang yang dah ada anak2 ni lagi terasa kuasa tu. diorang insan yang suci hati. sebab tu kita rasa happy je, rasa tertarik dengan diorang. suka tengok Sufi. comel >.<
Norniwanie Nasarudin Norniwanie Nasarudin 4 Feb 2015, 00:16:00
betul tu..wanie sendiri ada rasa rindu yang luar biasa dekat anak buah...rinduu...

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih