Skip to main content

Liebster Award tagged by FAMF Tower




Salam. Liebster Award. Tag by FAMF Tower.
Sebenarnya dah lama kena tag. Tapi tak sempat nak buat. Hari ini baru sempat siapkan.
Siap bersyarat. Syaratnya rasa pecah kepala nak menjawab.


Syarat-syaratnya adalah 
Mention the person who nominated you with a link to their blog
Answer the 11 questions asked
Nominate 11 other blogger with a smaller following but with lots of potential
Create 11 of your own questions for them to answer.
Notify your Nominate

Jawapan kepada soalan FAMF Tower

1. Satu tarikan utama pada blog anda
- Gambar yang cantik (perasan tak sudah)

2. 1 karakter kartun kegemaran.
- Kurosaki Ichigo

Ini adalah watak utama dalam kartun bertajuk BLEACH diterbitkan dalam edisi komik serta animasi.
Suka karakter ini adalah disebabkan sifatnya yang tidak kenal erti mengalah


google image : Kurosaki Ichigo
3. 1 buku yang berjaya memotivasikan anda
- Jangan Berhenti Berlari
Sebenarnya banyak lagi buku tetapi buku ini yang sedang saya baca sekarang

google image 
4. 2 entri tahun ini yang menjadi kegemaran

5. 2 orang yang akan anda cari bila perlukan 'teman bicara'
- Isteri saya dan Kawan sekolah (kawan paling rapat)

6. 2 pulau yang ingin anda lawati
- Pulau Redang
- Pulau Mabul, Sabah

7. 3 elemen penting dalam blog anda yang paling anda titikberatkan
- Kualiti gambar
- Penulisan
- Komen dari pembaca blog

8. 3 perkara yang membuatkan anda ingin terus berblogging
- Rakan blogger
Kagum dengan sikap rakan blogger yang saling membantu dan memberikan semangat.
- Berkongsi gambar (dari tersimpan dalam 'cakera keras')
- Minat

9. 3 perkara yang anda buat pada masa lapang
- Luangkan masa dengan Cik Puteri
- Bersukan
- Membaca buku

10. 3 perkara yang buat anda tertekan
- Gambar yang dirakam hilang
- Blackberry 'hang'
- Orang tengok saya buat kerja atau menaip entri

11. 5 perkataan yang menggambarkan diri anda secara ringkas
Simple Aktif Pemalu Peramah Bertanggungjawab

Soalan Saya untuk mereka yang di'tag'

1. Apa yang membuatkan anda 'update' entry terbaru?
2. Apakah Filem (movie) yang paling anda minati?
3. Bila waktu yang paling anda suka berblogging (pagi, petang , malam)?
4. Apakah tujuan jangka panjang anda berblogging?
5. Apa yang anda buat bila tidak ada idea untuk update entry terbaru?
6. Apakah blog saya cepat untuk loading?
7. Bila dalam kesukaran siapa yang paling anda ingat ketika itu ?
8. Apakah anda pernah menghargai mereka dengan buat entry mengenai mereka? Jika ada sertakan link
9. Apakah status anda? (pelajar, bekerja)?
10. Adakah anda menyimpan gambar ketika kecil?
11. Apakah pengalaman paling teruk yang pernah anda hadapi masa kanak-kanak?

Saya tag:
Amy J
Yun Sing
Hidayu Ayumie
TunSha
Sobri Yaacob
Montana
Ana Jingga
Etuza
Anies
Arol
EkjozBuluh

Tiada paksaan kalau rajin jawablah :)
Jumpa Lagi

perghhh baru siap entry ini.

Comments

  1. Ter baikk..Pulau Mabul bestnyerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tengok kawan-kawan nak pergi memang cantik

      Delete
  2. alamakkk kene tag...
    tq arm...
    tapi harap maklumla kalau terperap lame ye..
    mmg payah nak jwb soalan2 cmni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelan-pelan ya...apappun wajah baru blog terbaik

      Delete
    2. Hehehe terima kasih arz..
      Ayu done jawab soalan arz tau
      http://hidayuayumie.blogspot.com/2014/10/libster-award-by-arzmoha.html?m=1

      Delete
  3. Asalamualaikum ya..bersabar tadi loading very late..Etuza tunggu ja, sebab nampak makluman kena tag, tag apa baru Etuza tahu ..ini rupanya..ok sahut cabaran..insha allah..

    ReplyDelete
  4. hahahha sokong ct, kalau gambar hilang memang stresssss sangat... bengang yang melampau2.... digital ni bermasalah jugak sebenarnya... hiks

    thx bro arz sebab tag :)

    ReplyDelete
  5. amboi aRz: tag kak ana ye..terima kasih nnt kak ana cuba respon ye, Insyaa Allah..jawaban no 1 memang betullah tarikan pertama kak ana ke sini ialah foto2 cantik dari aRz..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan marah ya kak Ana. tiada paksaan pun. tak buat pun tak apa...

      Kalau betullah itu tarikannya terima kasih kak ana

      Delete
  6. Heheh memang stress! Tapi itulah yg kerap berlaku pada akak. Tangan ni pintarrr sangat. Tau2,..aikk gambar hilang?!

    ReplyDelete
  7. Thanks, aRz sebab sudi jawab.
    Tertarik baca perkara yang buat aRz tertekan tu - Orang tengok saya buat kerja atau menaip entri
    Heheh rimaskan,..jadi serba tak kena dibuatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak farrah...rasa segala idea yang mencurah-curah tiba-tiba hilang

      Delete
    2. Memang! Memang! Daripada boleh buat kerja dengan elok, huru-hara jadinya!

      Delete
  8. Pulau Mabul. Best tu jom next year gi sana. CP dah plan nak gi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah...belum ada apa-apa peancangan nak bercuti lagi tahun depan

      Delete
  9. Teringin nak lawat Pulau Sipadan..:)

    ReplyDelete
  10. pergh...suka baca buku tu...bagus leh dapat byk ilmu..sis JM ni kalau lapang ngadap blog je seharian x mkn pun x kesah ahahah

    psst : nasib baik x kena TAG ahahahaah

    ReplyDelete
  11. Saya pun terjadi jugak...entah macam mana boleh hilang sedangkan buat back up bagai.

    ReplyDelete
  12. kalau gambar hilang memang ting tong jap..hahah... anis pun suka baca buku.. lagi2 novel..hahah... mabul island best... bile la dapat pegi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka jugak novel...tapi novel islamik

      Delete
  13. insya allah akn jwb tp x tau bla akn publish... smpn dlm draft je ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelan-pelan ya...saya pun jawab lambat juga

      Delete
  14. saya pun tak boleh orang tengok saya menulis entry. segann. ahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. batul. segan dan rasa macam tak reti nak taip apa

      Delete
  15. dr. zaharuddin @ UZAR memang best. suka baca tulisan beliau lebih2 lagi kalau berkaitan muamalat.

    ReplyDelete
  16. alamak, nama saya ada.. mekasih tag! hehe..

    1. gambar abang Arz amek memang cantik pun. x dinafikan.

    kalau xde orang puji, siapa lagi nak puji hasil usaha kita sendiri kan? hehe.

    2. banyak2 anime, saya pun suka Bleach! dengan detective conan. hahaha.lain x suka

    3. pulau mabul memang best ke?banyak kali gak dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pujian yang ikhlas :P

      bleach memang gila sampai tak tidur malam...masa belum kahwin la
      Pulau Mabul...boleh pengsan....bangun...pengsan semula

      Delete
  17. saya dah buat ^^,

    http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/10/liebster-award-13-abang-arz-moha.html

    ReplyDelete
  18. Sama lah kita.. redang dan mabul antara wishlist aku... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dapat sampai ke pulau mabul...bleh tengok gambar pulau mabul

      Delete
  19. Pulau mabul.memg cntik kan

    ReplyDelete
  20. Apa yang perasannya?
    Betullah gambar2 kat blog arz moha mmg cantik.
    Sentuhan seni photographer gituu..

    ReplyDelete
  21. Memang gambar-gambar dalam ni semuanya cantik-cantik.
    Saya pun takleh buat kerja kalau orang duk tengok...stress rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang tak boleh orang tengok kita buat keja kan?

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...