![]() |
Kesesakan Jalan Raya di Machang ketika musim perayaan |
Salam. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Kembali bekerja.
Macammana dengan raya korban tahu ini? ada sesiapa ingin berkongsi pengalaman melapah lembu?
Belum ada rezeki tahun ini untuk sama-sama turut serta dalam Korban tahun ini.
Belum ada rezeki tahun ini untuk sama-sama turut serta dalam Korban tahun ini.
Insyaallah pada tahun hadapan.
Kena niat awal, rancang ekonomi insyaallah dipermudahkan.
Kena niat awal, rancang ekonomi insyaallah dipermudahkan.
Baik berbalik pada tajuk entri.
Yaaaa....
Terperangkap dalam daerah Machang hingga Tanah Merah. Dari waktu Asar hingga masuk waktu Isyak.
Lama kan? sebenarnya nak lepasi kawasan ini lebih kurang 20minit dengan kelajuan 80km/j.
Inilah yang perlu dilalui bagi mereka yang dari Utara nak ke Pantai Timur semasa musim perayaan.
Semasa Hari Raya aidilfitri tempohari saya terselamat kerana cuti panjang. Tetapi untuk Hari Raya Aidil Adha terpaksa tempoh juga.
Adakalanya terdetik di hati saya. Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun, bermacam cukai yang dikenakan. Tetapi tidak mampu menaiktaraf jalan ini yang sudah menjadi jalan utama untuk ke Pantai Timur.
Bermacam persoalan bermain di fikiran saya ketika menghadapi jem/kesesakan ini.
Apakah sekiranya ada tol baru jalan ini hendak dinaiktaraf. Apakah yang akan bermain di fikiran pelancong yang melalui kawasan ini ketika musim perayaan? Atau pihak berwajib tunggu sehingga kadar kematian meningkat akibat dari kemalangan baru hendak menaiktaraf Jalan Utama Machang-Tanah Merah ini?
Atau kerana berlainan politik di negeri ini?
Saya tinggalkan persoalan ini buat anda menjawab didalam hati.
Sepanjang kesesakan ini Cik Puteri mood 'ok' tengok gambar dibawah.
p/s: maaf kamera blackberry kualiti agak teruk.
![]() |
Cik Puteri mood masih ok |
![]() |
Sempadan Tanah Merah berakhir kesesakan. |
![]() |
Jambatan Tanah Merah satu lorong antara punca kesesakan. |
Sampai sini saja. Mudah-mudahan ada perancangan yang baik bagi menaiktaraf jalan utama ini di dalam budget 2015 oleh Dato' Seri Najib Razak.
Jumpa Lagi.