Salam. Budget 2015. Apa harapan anda semua?
Tatkala ini saya pasti ramai yang mendengar Budget 2015 secara live melalui live streaming, radio mahupun televisyen. Rasanya penjawat awam yang paling mendengar budget sebab ada satu bab yang paling disukai iaitu bonus dan kenaikan gaji. Itupun kalau ada.
APA HARAPAN SAYA PADA BUDGET 2015
Banyak sebenarnya harapan saya dalam budget 2015. Tapi kalau nak cerita semua harapan mungkin kena karang 720 patah perkataan lagi. Tetapi apa yang paling penting adalah budget yang tidak menekan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Jangan sampai yang kaya semakin kaya, Yang miskin semakin miskin.
Benar rezeki datang dari Allah S.W.T. bukan dari kerajaan, pemimpin mahupun majikan. Tetapi sebagai Khalifah di bumi Malaysia sepatutnya mencontohi Rasulullah dalam setiap apa saja yang kita lakukan. Janganlah pembangunan semakin rancang tetapi akhlak masyarakat semakin rosak akibat dari terlalu mengejar kemodenan.
Sama-sama kita mendengar Budget 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak.
Jumpa Lagi.
Harap ada berita baik buat golongan berpendapatan rendah.
#budget2015

semoga bajet2015 ni banyak berita baik