![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Sungai Sedim, Kulim |
Salam. Hampir terlupa. Hampir juga tak ingin cerita.
Hari Cuti sempena Hari Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua rakyat malaysia menggunakan waktu cuti yang ada sebaiknya. Ada yang bercuti, ada yang mengemas rumah, ada yang bercamping, berkelah (saya la tu) dan ada jugak yang berkunjung ke rumah sanak saudara. Rakyat Malaysia sememangnya bersopan santun.
Saya juga menggunakan sebaiknya hari cuti untuk berkelah di Sungai Sedim. Itupun selepas berbincang yang panjang di dalam whatsapp. Bagus juga teknologi yang ada. Guna sebaiknya. Begitu juga dengan masing-masing membawa lauk atau menu sendiri dan berkongsi ketika di sana nanti.
Sungai sedim rasanya tidak asing bagi orang utara. Kesejukan airnya, kecantikan permandangan persekitarannya, dan sentiasa dipenuhi pengunjung.
Untuk pengetahuan anda semua di mana terletaknya Sungai Sedim ini. Sungai Sedim terletak di daerah Kulim. Yang mana jika anda membuat pencarian di google search pasti menjumpainya. Ada beberapa blog di bawah pemerhatian saya mereka menyediakan tempat penginapan dan aktiviti disana. Sebelum itu jika anda yang ingin ke sini buat kali pertama digalakkan menggunakan GPS, waze dan sebagainya bagi memudahkan perjalanan.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | The Tree Top Walk |
Ini antara Papan Tanda untuk ke Sungai Sedim. Ikut sahaja papan tanda "the tree top walk".
Insyaallah dengan mudah menjumpai jalan ke Sungai Sedim. Untuk pengetahuan anda berdekatan Sungai Sedim ini ada beberapa lagi sungai yang juga selalu dikunjungi oleh peminat air terjun.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Perjalanan menuju Lata Sedim |
Ini antara permandangan sebelum sampai ke Sungai Sedim. Menenangkan.
Di Sungai sedim atau lata sedim ini ada berbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya yang paling utama adalah berkelah dan mandi manda. Aktiviti yang lain adalah:
Water rafting,
jungle tracking,
summer camp,
flying fox,
river cross
Untuk aktiviti lain ikuti apa yang saya beritahu di atas tadi. Terdapat beberapa blog yang menyediakan perkhidmatan ini. Ada satu lagi yang menarik di Sedim ini adalah The Top Tree Walk.
Saya pun tidak sempat untuk mencuba berjalan di The Top Tree Walk. Insyaallah di lain hari.

| arzmohdhaniffa photography | tempat yang sesuai untuk berkelah |
![]() |
| arzmohdhaniffa phtography | Cik Puteri melihat air sungai |
Kita sering terdengar kes kencing tikus terjangkiti di kawasan perkelahan. Ini mungkin juga disebabkan oleh sifat kita yang tidak pandai menjaga kebersihan. Oleh itu dalam memilih tempat berkelah haruslah jauh dari kawasan lunggukan sampah dan kelihatan bersih. Ini hanyalah langkah berjaga-jaga.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Sesi potraiture sebelum mandi-manda |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Salah seorang dari 11 orang anak sedara |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Potraiture of my brother and her daughter |
Seperti biasa sebaik tiba di sesuatu tempat ambil gambar dulu.
Setakat ini saja disambung Part 2. Dalam masa terdekat. Part 2 pastinya lebih kepada aktiviti utama. Mandi-manda serta sedikit sebanyak gambar Sungai atau Lata Sedim ini.
Setakat ini saja disambung Part 2. Dalam masa terdekat. Part 2 pastinya lebih kepada aktiviti utama. Mandi-manda serta sedikit sebanyak gambar Sungai atau Lata Sedim ini.
Jumpa Lagi.