Awesome Food | Cendol Sedap Bukit Jambul, Pulau Pinang

Cendol Melayu Famous Di Penang

Bila sampai di Penang nak tahu kat mana tempat makan menarik. Jadi aRz kongsikan Cendol melayu yang sedap dan famous terletak di Bukit Jambul Pulau Pinang. Cendol sedap pastinya akan menjadi kunjungan ramai orang. Bagi yang mencari cendol sedap di pulau pinang baca selanjutnya.

Cendol sedap, cendol, penang famous cendol, cendol melayu penang, cendol halal penang, arzmoha, bukit jambul, penang
Cendol @ Cendol Pulut Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Pulau Pinang boleh dikatakan atau memang ada yang mengatakan sebagai syurga makanan. Itu bermaksud banyak jenis makanan yang boleh didapati di sini.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua gerai kecil yang menjual Cendol dan cendol pulut yang sangat sedap (sempoi orang pulau pinang kata). Jadi saya nak kongsi bersama anda semua lokasi dimana gerai tersebut, supaya anda semua dapat juga menikmati Cendol yang saya maksudkan ini. Insyaallah kalau boleh mana-mana lagi kedai yang menyediakan makanan yang sedap atau awesome food saya akan kongsikan untuk anda semua.

Tetapi, gerai ini bukan menjual cendol sahaja. Ada Laksa, dan bihun sup jika saya tidak salah.
Semestinya ada makanan lain untuk dinikmati bersama cendol ini.

Cendol Sedap, Cendol Bukit Jambul, Cendol BJ, Pulau Pinang
Google Maps - Street View Cendol Sedap Bukit Jambul

Baik jika anda bukan dari pulau pinang dan ingin ke gerai yang saya maksudkan. Boleh tengok pada gambar dibawah sebagai klu untuk ke gerai ini.
Didalam gambar di bawah tertera Hotel vistana dan Kompleks bukit jambul. Cara mudah untuk ke gerai ini gunakan GPS yang ada dalam gadget anda cari kompleks bukit jambul ataupun hotel vistana. Jika dah jumpa lihat gambar anak panah. Gerai ini betul-betul di hadapan atau sebelah BJ Court Condominium.
Ingat ini adalah gerai kecil. Satu satunya gerai yang menggunakan basikal tolak di situ. Paling penting ada banner Cendol @ Cendol Pulut.

Cendol pulut, Sedap, BJ, Bukit Jambul, Pulau Pinang, arzmoha
Lokasi cendol sedap di bukit jambul, Pulau Pinang
Pulau Pinang, Cendol sedap, Bukit jambul, Lokasi, arzmoha
Gerai hadapan BJ Court Condominium

Jika jumpa jangan lupa tweet saya di aRzMoHa
 Rugi jika tak cuba.

Jumpa Lagi.

{ 55 comments.. read them below or add one }

Vee Sandi Vee Sandi 17 Sep 2014, 17:27:00
suka cendol ... terutama bulan ramadhan .
Etuza Etuza 17 Sep 2014, 17:33:00
huuu pesat ya membangun PP..nak ada pelan di tangan boleh cari.heheheh...nampak sedap cendol..dulu gemar bukan main suka minum ni
Anizz Annisa Anizz Annisa 17 Sep 2014, 17:43:00
sedapnyee..anis memang giler cendol.. aduhh tibe2 teringin nie..huhu
anajingga anajingga 17 Sep 2014, 17:48:00
cendul ni kat mana2pun kalau pekat santan dan gula melakanya pasti lazat kan aRz :)
nur as nur as 17 Sep 2014, 17:58:00
Wah sedapnyeee. laksa mesty lagi terangkat
Sobri Yaacob Sobri Yaacob 17 Sep 2014, 23:05:00
pernah lalu kat tmpat ni bro.. tapi
blum ksempatan nak singgah..next time kalau p peneng..lalu
kat area bkit jambul ni blehlah try pekena cendoi dlu :P
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ 18 Sep 2014, 06:57:00
kalau sedap dan femes mcm tu mesti setiap masa penuh dgn pelanggan
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 18 Sep 2014, 08:06:00
Mai cuba cendol Sungai Petani pulak Arz. ada tempat yang sedap cendol dia..
lia lia 18 Sep 2014, 09:19:00
Amboiiiiih saj ja buat kami meleleh air liur he3... Mmg nmpk sedap tu.
aRz MoHa aRz MoHa 18 Sep 2014, 10:21:00
saya jarang makan cendol. tapi cendol ni buat nak makan lagi.
aRz MoHa aRz MoHa 18 Sep 2014, 10:24:00
kalau nak jalan-jalan di penang jangan lupa bawa GPS
aRz MoHa aRz MoHa 18 Sep 2014, 10:25:00
mari bercuti ke pulau pinang
aRz MoHa aRz MoHa 18 Sep 2014, 10:26:00
betul. tapi cendol ni ada kelainan.
aRz MoHa aRz MoHa 18 Sep 2014, 10:27:00
Laksa penang sedap juga kata wife saya. Saya tak berapa sangat laksa jadi tak boleh komen.
aRz MoHa aRz MoHa 18 Sep 2014, 10:27:00
sobri orang pulau pinang juga. pusing-pusing mesti jumpa
aRz MoHa aRz MoHa 18 Sep 2014, 10:29:00
boleh dikatakan penuh. tapi gerai ini masih kecil.
Princes Yuyue Princes Yuyue 18 Sep 2014, 11:34:00
sedap nya.... :) selalu makan cendol tapi belum jumpa yang betul2 membuatkan yuyu pergi untuk kali ke2 ...huahauhuaa
aRz MoHa aRz MoHa 18 Sep 2014, 11:41:00
cendol ni memang sedap secukup rasa
Jari Manis Jari Manis 18 Sep 2014, 11:48:00
akak suka mkn cendol tapi kalua boleh x naik ais..ngilu gigi..kalau tgk map yg aRz share ni boleh sesat bara akak eh..so better guna khidmat Wave je lah..share lah full address senang nak carik!
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 18 Sep 2014, 14:55:00
kalu hotel vistana tu sy tau ;-)
aRz MoHa aRz MoHa 18 Sep 2014, 15:10:00
bukan taknak guna waze tapi henpon ada prob skit.
Insyaallah tahun depan saya upgrade segalanya hehehe
aRz MoHa aRz MoHa 18 Sep 2014, 15:11:00
Belakang hotel vistana ja.
uncle gedek uncle gedek 18 Sep 2014, 15:24:00
Fuh! siap dengan peta lokasi!
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 18 Sep 2014, 16:46:00
Fuhhh ni mesti sedappp ni kalau tak takkan la siapbagi peta bagai hehehe .........
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 18 Sep 2014, 16:47:00
Arz nanti Kak Lya g sana Arz belanja ok ..hehehe .........
Etuza Ezawarna Etuza Ezawarna 18 Sep 2014, 18:54:00
Etuza guna hp anoroid ni.baru balik dr Ranau jemput anak balik kampung.
Farrah MF Farrah MF 19 Sep 2014, 07:51:00
Cendol tu menggamit-gamit akak dah ni,..
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2014, 23:15:00
Nak bagi orang senang paham uncle
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2014, 23:17:00
ye kak adakala peta lebih mudah dipahami
aRz MoHa aRz MoHa 19 Sep 2014, 23:20:00
Wife saya perkenalkan cendol ni pada saya.
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah 20 Sep 2014, 12:33:00
CN duk Banting, so cendol Banting paling sedap bak cakap En. Titan..hehe
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 21 Sep 2014, 00:43:00
Sempoiiii..
Cendol campur pulut..memang sedap sangat.
aRz MoHa aRz MoHa 21 Sep 2014, 15:55:00
hahah pulut saya tak leh makan banyak. takut malam nanti takleh tido
aRz MoHa aRz MoHa 21 Sep 2014, 15:56:00
Cendol banting sedap jugak rupanya. Ingatkan cendol ini paling sedap di dunia
Eshamz Halim Eshamz Halim 22 Sep 2014, 07:51:00
Wah... bulan 11 kitaorg gi penang masa penang bridge marathon..nanti leh singgah ni... :D
aRz MoHa aRz MoHa 23 Sep 2014, 00:49:00
dah keluar borang ka? huhu insyaallah bleh jumpa nanti
Amy J Amy J 23 Sep 2014, 00:50:00
erk. nasib baik baru beli cendol tadi. haha.. yang saya beli ni pun sedap juga. isi pun banyak. harga berpatutan. saya beli dekat bazaar depan admin Uniten tu. dekat je.. hehe
aRz MoHa aRz MoHa 23 Sep 2014, 11:09:00
cendol kena time panas lagi sedap kan?
Amy J Amy J 23 Sep 2014, 22:31:00
yep. perghhh.. dah terbayang balik dah ni. hahaha
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 25 Sep 2014, 01:44:00
Knape arz, perut sebu ke?
Saya naik angin. Asik burp ek..ek..je.
Tapi, best makan pulut.
Sempoiiii..
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 10:22:00
hahaha beli lagi la nampaknya
aRz MoHa aRz MoHa 26 Sep 2014, 10:24:00
kalau makan pulut biasa sakit urat
Hikayat Seorang Budak Hikayat Seorang Budak 27 Sep 2014, 23:20:00
tengok gambar pon dah tau sedap ni :)
tapi sy tak pernah jumpa yg betol2 sedap.
aRz MoHa aRz MoHa 29 Sep 2014, 10:26:00
Yang betul-betul sedap adalah yang kena dengan citarasa kita :)
Firaz Firaz 22 Oct 2014, 13:25:00
abg ni best la... lengkap dengan street view...

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih