Penangan Zul Handy Black Tersingkir Gegar Vaganza

Zul Handy Black Tersingkir Dari Gegar Vaganza 2015

Zul Handy Black tersingkir dari Gegar Vaganza semalam. Untuk pengetahuan semua aRz agak kekurangan masa untuk di melayan siaran televisyen tidak kira samada program realiti ataupun drama mahupun filem terbaru. aRz sendiri akui aRz banyak terlepas menghayati filem-filem terbaru dipasaran. Kadangkala ada rasa macam memilih sedikit dalam menonton filem. Ok lupakan. Isu sebenar entri kali ini Zul Handy Black tersingkir dari Gegar Vaganza.

zul handy black, gegarvaganza 2015, zul handy black tersingkir,
Zul Handy Black. kredit astro gempak

Penyokong Zul Handy Black Mengamuk Di Twitter

Kebetulan semalam adalah kali pertama aRz tonton Gegar Vaganza. Kebetulan juga berada di rumah kakak, sambil lepak anak sedara buka siaran yang menayangkan Gegar Vaganza kalau ikut nak tengok Travelling Beruang saja tapi...biarlah...Semalam merupakan kali pertama dan mungkin terakhir melihat aksi Zul Handy Black dengan lagu Rossa. Walaubagaimanapun memang tak mencabar kerongkong Zul dengan lagu ini. Lagi tak patut disingkirkan. Suara mirip Awie. Habis saja Zul Handy Black di keluarkan saja aRz tweet seperti gambar dibawah.

peminat tidak percaya zul handy black tersingkir gegar vaganza, peminat mengkritik zul handy black tersingkir, patutkah zul handy black tersingkir, luahan hati peminat gegarvaganza.
Tweet #zulhandyblack #gegarvaganza

Tak sampai beberapa minit dari aRz tweet tiba-tiba banyak pula "notification" masuk, rupanya beberapa pengguna twitter lain 'retweeted'. Bila check semula makin ramai yang tweet tidak puas hati Zul Handy Black tersingkir. Masing-masing meluahkan pendapat masing-masing mengenai zul handy black tersingkir.

tweet dari peminat zulhandy black







Twitter

Secara tidak langsung inilah kali pertama tweet aRz aktif hanya kerana hashtag #zulhandyblack dan #gegarvaganza. Memang penangannya agak mengejutkan bagi pengguna Twitter suam-suam kuku macam aRz ini. Walaubagaimanapun pendapat aRz suara Zul Handy Black memang terbaik dari dulu lagi. Cumanya kalau dapat lagu Rossa takkanlah dia nak ubah jadi rentak Metallica. Macam tak rasional kan? Apapun inilah program realiti tv. Lihatlah bagaimana minggu hadapan yang dikatakan penuh kejutan atau mungkin ini kali terakhir aRz menonton #gegarvaganza.

Jumpa Lagi.

{ 22 comments.. read them below or add one }

SalbiahM SalbiahM 2 Nov 2015, 16:54:00
memang tak puas hati dia keluar..bukan senang mat rock nak nyanyi lagu acah-acah cute..kejam betul lah
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 2 Nov 2015, 17:03:00
tau xpe..ptutnya sheeda tu kuar..huhuuh
Permatabiru Permatabiru 2 Nov 2015, 17:27:00
macam nk tgk plak gegarvaganza...semalam layan travelling beruang...melepas tgk zul handyblack hihi
Farrah MF Farrah MF 2 Nov 2015, 17:42:00
Akak pun tak puas hati tgk si zul tu keluar,..dan a bit pelik bila Syeeda kekal. Bukanlah nak kata dia tak bagus, tapi penyanyi2 lain lebih hebat& baik performancenya.
Farrah MF Farrah MF 2 Nov 2015, 17:44:00
Hahaha memanglah dia nyanyi mcm flat sikit kan,..tapi bab acah2 cute tu memang comel :)
anajingga anajingga 2 Nov 2015, 18:59:00
tak tengok lagi gegar vaganza ni walaupun ramai yang masuk tu era2 zaman kak ana hihi :)
Daddy Ziyyad Daddy Ziyyad 2 Nov 2015, 19:32:00
Saya pun takde masa nak tgkTV sangat....Jujurnya, saya tak tengok Gegar Vaganza...
Tapi,penyanyi2 dulu mmg saya respek..suara mereka, memang "suara emas"
ikhwan yusuff ikhwan yusuff 2 Nov 2015, 19:40:00
hahahaha... kan.. saya pun terkejut ingtkan sheeda yg kluar..
aRz MoHa aRz MoHa 2 Nov 2015, 21:23:00
Perasan tak dia ada golek sikit hehe
aRz MoHa aRz MoHa 2 Nov 2015, 21:24:00
Perasan tak dia ada golek sikit hehe
Scha Nazri Scha Nazri 2 Nov 2015, 22:26:00
Itu lahh tak sangka sungguhh wuwuwu
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 3 Nov 2015, 10:16:00
Zul buat muka manja... Itu pasal terkeluar... Keh Keh Keh...
el el 3 Nov 2015, 10:34:00
no komen ok
x tengok haha
aRz MoHa aRz MoHa 3 Nov 2015, 11:39:00
betul...dia ada buat muka manja...ala-ala rossa hahaha
Kira Sakura Kira Sakura 3 Nov 2015, 15:50:00
kami pun layan jugak. tetiba terlayan. sebelum ni mana nak layan program2 mcm ni hahahaha. tp diakui zul handy black antara yang baik. ingatkan sheeda tu yg keluar huuuu
Cik Ash Cik Ash 3 Nov 2015, 19:31:00
tak sokong gak zul keluar kita pun minat dia
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 4 Nov 2015, 08:12:00
saya ada tengok jugak episod yg 2 mggu lepas... baru ni xdapat tgk, kat umah xda astro,,, aritu pun tgk kat kg... tp saya suka tgk gegarvaganza yg ni dr yg thn lps...
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 4 Nov 2015, 12:25:00
sy bc td kt ramly ms zul x de peningkatan dlm nyanyian wpn dah msk 3 mggu ;-)
Anizz Annisa Anizz Annisa 5 Nov 2015, 08:19:00
tu la terkejut jugak dia keluar.. memang layan gegarvaganza musim ni.. sbb penyanyi rmai best2..hihi
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 5 Nov 2015, 12:38:00
Xleh nak komen.. sebab x tgk.. hehehe.. tapi dasyat gak penangan artis dan rancangan realiti tv nie..
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 9 Nov 2015, 07:26:00
Ramai juga peminat Zul Handy Black ni ya..suara dia pun memang sedap juga kan
umi alya umi alya 14 Nov 2015, 09:54:00
akak lagilah, langsung tak ikuti perkembangan

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih