Bebelan Hati | Blogwalking
Blogger Malaysia apa khabar semua....Blogwalking sudah semestinya suatu perkara yang semua blogger akan buat, mesti buat, dan nak selalu dapat lakukan sebanyak mungkin. Teringat lagi ketika mula-mula berblog, jarang ada rakan blogger tinggalkan komen. Selalu buka dashboard, tengok mana tau ada yang tinggalkan komen, teruja nak baca dan balas balik. Memang tak pernah gagal... Tapi bila semakin bertambah kenalan blogger. Makin banyak komen, tapi tidaklah sebanyak komen di blog Scdha Sein, Jari Manis, Bunda Nora, dan rakan blogger lain (maaf jika tak disebut).
![]() |
Kids | Walking |
Abis tu apa yang nak dibebelkan. Susah sangat ka nak blogwalking? Bukan...bukan...bila semakin banyak kenalan semakin jadi tak tentu arah mana satu nak diterjah...kekadang terfikir idea kak Eny Abdullah buat list, tanda baru dapat kejar semua. Mana yang datang terjah, mana yang lama tak disinggah...Kenalan lama kenalan baru....kalau boleh semua blog aRz nak singgah setiap hari. Kalau boleh nak setiap hari tau khabar semua kawan-kawan. Ada blog yang dulu masa aRz baru nak UP...aRz jarang singgah lagi...antaranya Aimie Mokhtars ( rakan blogger pertama sudi komen itu ini dan ajar cara nak beli nama domain) kemudian ( yang masih dalam ingatan, maaf kalau tak dapat nak sebut semua) Sobri Yaacob, Eshamz Halim, Khamsi Abdullah Arol Mubin dan mungkin ramai lagi.....
Tetapi apakan daya kekadang masa itu sangat terhad. aRz akan mencuba untuk cuba singgah sebaiknya ke blog semua rakan. Dalam mengeratkan lagi Siratulrahim antara kenalan blogger. Terima kasih kerana masih terus menyokong aRz dan arzmoha.com sehingga saat ini.