Pengharaman Vape Di 20 Universiti Awam
Pengharaman vape di 20 Universiti Awam malah sekiranya dikenakan pengharaman di Malaysia sekalipun arzmoha.com tetap menyokong usaha yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. Pengharaman ini dipersetujui 20 Universiti Awam dimana keputusan tersebut dicapai oleh Naib-Naib Canselor yang bermesyuarat pada jumaat lepas.
Pengharaman vape juga merupakan keputusan yang tepat adalah disebabkan Universiti merupakan zon hijau. Pihak universiti juga diberikan kuasa autonomi dan berhak menentukan hukuman atau tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan pengharaman ini tambah Menteri Pendidikan Tinggi. Selain itu kerajaan juga tidak akan masuk campur dalam hukuman yang dikenakan.
sumber : awani.com
Mengapa Vape Perlu Diharamkan
Kenapa arzmoha.com menyokong pengharaman vape? Antara sebabnya adalah vape adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah, membazir wang dan penghisap vape juga sama seperti penghisap rokok tidak tahu menghormati hak orang lain. Perbuatan menghisap vape juga mengikis adab dalam menghormati orang lain terutama di kedai makan dan tempat awam.
Teringat pula kata seorang kawan yang berada di Jepun katanya orang Jepun menghisap rokok di dalam ruang yang disediakan. Seandainya tiada tempat untuk menghisap rokok maka mereka tidak akan merokok ini kerana sikap menghormati dan jika menghisap di tempat awam dianggap kurang sopan. Begitu hebatnya sikap dan adab mereka di negara maju. Apa komen anda mengenai penghisap Vape? Komen yang baik baik ya.
Jumpa Lagi