Gambar Yang Menjelaskan Penglihatan Orang Rabun
Rabun. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan oleh kerana itu penglihatan menjadi kabur. Ya...Rabun juga boleh dikategorikan sebagai kekurangan. Mereka yang rabun biasanya memerlukan bantuan kaca mata untuk melihat lebih jelas. Bagaimana orang rabun ini melihat? Bagaimana penglihatan mereka? Pernah terbayang? Gambar-gambar dibawah sedikit sebanyak menjelaskan bagaimana penglihatan orang rabun.
![]() |
Rabun |
Gambar ini menjelaskan bagaimana orang rabun melihat.
Untuk pengetahuan semua aRz juga merupakan seorang yang mempunyai kekurangan ini dimana rabun jauh sejak dibangku sekolah. Ketika membuat kaca mata, aRz juga berhadapan dengan silau yang agak teruk menambah lagi gangguan sekiranya memandu di malam hari. Sebelum ini ada terbaca di web mengenai jurufoto menghasilkan gambar seperti ini untuk menjelaskan bagaimana penglihatan orang rabun. Tetapi aRz cuba untuk menghasilkan sendiri gambar supaya dapat menjelaskan bagaimana penglihatan yang rabun dengan bantuan kamera DSLR. Jom saksikan.
![]() |
Mencari Kaca Mata |
Adakala aRz juga mengalami sedikit kesukaran mencari kaca mata. Dengar seakan pelik bukan. Tetapi ianya hakikat bila mana di malam hari ditambah dengan bingkai kaca mata berwarna hitam. Teraba-raba mencari. Beginilah juga ketika aRz bermain badminton tanpa memakai kaca mata, hanya mengagak sahaja dimata bulu tangkis berada.
![]() |
Roti Gardenia |
![]() |
Menonton Televisyen |
Menonton Televisyen. Orang yang rabun jauh seperti aRz kalau menonton televisyen tanpa kaca mata biasanya akan duduk paling dekat dengan televisyen. Tapi macam mana kalau menonton di Warung, atau Restoran Mamak kalau tanpa kaca mata? Memang penglihatan seperti gambar diatas. Dengar suara saja. Lagi sukar jika menonton perlawanan bola. Pemain pun hampir tak nampak apatah lagi mengesan dimana bola berada.
![]() |
Membuka Pintu |
![]() |
Membaca Buku ( Lebih kepada Rabun Dekat) |
Membaca. Jika membaca buku mungkin agak sukar bagi mereka yang rabun dekat. Tetapi aRz ketika dibangku sekolah memang agak sukar untuk membaca dengan baik sekiranya terlupa membaca kaca mata. Jawapnya pinjam buku kawan. Tetapi semakin meningkat tingkatan aRz lebih suka mencari tempat di bahagian depan.
![]() |
Memandu Di Malam Hari Ketika Hari Hujan |
Memandu di malam hari dan ketika hujan. Tanpa kacamata memang suatu perkara yang amat bahaya. Ditambah dengan silau memang sukar untuk melihat dengan baik. Di hari siang mungkin penglihatan aRz masih baik kerana tidaklah terlalu rabun jauh. Walaubagaimanapun bagi mereka yang menghadapi situasi penglihatan seperti gambar diatas perlulah mengambil langkah membuat pemeriksaan mata dan membuat kacamata bagi memudahkan memandu ketika waktu malam dan mengelakkan kesukaran dan kesusahan yang akan mengakibatkan orang lain seperti kemalangan dan sebagainya.
![]() |
Pandangan Di Malam Hari |
Pandangan di malam hari. Bila malam ia bermakna cahaya makin kurang. Bila cahaya semakin kurang penglihatan juga semakin kurang jelas. Sekiranya berjalan atau ronda di malam hari mungkin inilah penglihatan bagi seorang yang rabun. aRz juga tidak terkecuali, tetapi dengan teknologi serba canggih hari ini mampu membantu orang yang rabun penglihatan seperti aRz dapat melihat dengan baik.
Jangan Salahgunakan Nikmat Penglihatan
Jangan salah gunakan nikmat penglihatan. Bersyukur jika kita dikurniakan penglihatan yang baik dan gunakan untuk melihat perkara yang baik serta membawa kepada rasa bersyukur. Mereka yang rabun seperti aRz atau lebih lagi hanya mampu bercita-cita sahaja untuk menjadi juruterbang, pasukan beruniform, dan juga kerja-kerja yang melibatkan penglihatan yang baik.
Walaubagaimanapun, orang yang rabun memiliki satu kelebihan iaitu terselamat dari melihat perkara yang tidak baik dipandang. Semoga kekurangan ini menjadi satu kelebihan. Tetapi jangan lupa bersyukur dengan nikmat yang ada walaupun sedikit kerana orang yang rabun masih lagi mampu melihat berbanding mereka yang tidak dikurniakan penglihatan.
p/s: Perkongsian ini bukanlah untuk mengatakan keburukan atau kekurangan orang yang rabun penglihatan tetapi hanyalah sekadar satu perkongsian mudah-mudahan membawa kebaikan dan juga sebagai satu cara kreatif mengambil gambar untuk memberi pengajaran.
Jumpa Lagi.