Zul Handy Black Tersingkir Dari Gegar Vaganza 2015
Zul Handy Black tersingkir dari Gegar Vaganza semalam. Untuk pengetahuan semua aRz agak kekurangan masa untuk di melayan siaran televisyen tidak kira samada program realiti ataupun drama mahupun filem terbaru. aRz sendiri akui aRz banyak terlepas menghayati filem-filem terbaru dipasaran. Kadangkala ada rasa macam memilih sedikit dalam menonton filem. Ok lupakan. Isu sebenar entri kali ini Zul Handy Black tersingkir dari Gegar Vaganza.
Penyokong Zul Handy Black Mengamuk Di Twitter
Kebetulan semalam adalah kali pertama aRz tonton Gegar Vaganza. Kebetulan juga berada di rumah kakak, sambil lepak anak sedara buka siaran yang menayangkan Gegar Vaganza kalau ikut nak tengok Travelling Beruang saja tapi...biarlah...Semalam merupakan kali pertama dan mungkin terakhir melihat aksi Zul Handy Black dengan lagu Rossa. Walaubagaimanapun memang tak mencabar kerongkong Zul dengan lagu ini. Lagi tak patut disingkirkan. Suara mirip Awie. Habis saja Zul Handy Black di keluarkan saja aRz tweet seperti gambar dibawah.
![]() |
Tweet #zulhandyblack #gegarvaganza |
Tak sampai beberapa minit dari aRz tweet tiba-tiba banyak pula "notification" masuk, rupanya beberapa pengguna twitter lain 'retweeted'. Bila check semula makin ramai yang tweet tidak puas hati Zul Handy Black tersingkir. Masing-masing meluahkan pendapat masing-masing mengenai zul handy black tersingkir.
![]() |
tweet dari peminat zulhandy black |
![]() |
Secara tidak langsung inilah kali pertama tweet aRz aktif hanya kerana hashtag #zulhandyblack dan #gegarvaganza. Memang penangannya agak mengejutkan bagi pengguna Twitter suam-suam kuku macam aRz ini. Walaubagaimanapun pendapat aRz suara Zul Handy Black memang terbaik dari dulu lagi. Cumanya kalau dapat lagu Rossa takkanlah dia nak ubah jadi rentak Metallica. Macam tak rasional kan? Apapun inilah program realiti tv. Lihatlah bagaimana minggu hadapan yang dikatakan penuh kejutan atau mungkin ini kali terakhir aRz menonton #gegarvaganza.
Jumpa Lagi.