Sokong Minat dan Impian Orang Tersayang
Seperti yang kita maklum, sekarang ini musim cuti sekolah, keputusan UPSR baru sahaja diumumkan dan SPM yang sedang berlangsung. Tetapi entri ini bukan sahaja untuk musim macam aRz sebutkan tadi tapi sampai bila-bila laaa....Ianya berkaitan minat dan impian anak-anak, atau orang tersayang di sekeliling kita.
![]() |
Cik Puteri | Teluk Bayu Teluk Kumbar Penang |
"Kalau nak mimpi yang tinggi-tinggi mimpilah. Tapi kau harus yakin dengan mimpi itu, Dan temukan jalan yang terbaik dalam meraihnya. Jangan fikir perjalanan dalam meraihnya akan mulus." -sedutan dari filem Sang Pemimpi karya andrea hirata
Dalam kehidupan kita, pastinya kita dapat melihat setiap manusia itu mempunyai minat, cita-cita dan impian yang lain-lain. Kita tidak boleh memaksa orang untuk meminati apa yang kita minat. Cuma sebagai orang yang rapat contohnya seorang ibubapa kepada seorang anak, kawan kepada kawan rapatnya, abang kepada adik, pakcik kepada anak sedaranya kita perlu memberi sokongan terhadap minat mereka walaupun berlainan dengan minat kita. ya...sebab antara kita berbeza.
Tetapi...tak semua perlu kita turutkan. Sebagai seorang yang lebih tua, lebih pengalaman, lebih matang kita perlu nasihat sekiranya minat itu bukan sesuatu yang baik untuk masa depan mereka. Contohnya, anak kita minat sangat dengan sukan permotoran, takkan kita nak ikutkan atau sokong dengan mendedahkan anak-anak dengan motor dalam keadaan masih lagi di bangku sekolah?
Setidaknya berikanlah mereka syarat supaya habiskan dahulu pengajian di peringkat lebih tinggi, bina kerjaya kemudian barulah cari minat mereka kembali. Seandainya minat mereka ini tidak menjadi sekurang-kurangnya mereka (anak-anak, kawan, adik) ada kerjaya.
Ini cuma sebagai satu contoh. Mungkin situasi diluar sana berbeza. Dalam bab ini ada beberapa orang yang boleh dijadikan contoh adalah Fynn Jamal, Yuna, Awi Rafael begitu juga Nana Sheme ( hantu atau buaya) yang juga tidak mengabaikan pelajaran dalam mengejar minat dan mungkin ramai lagi diluar sana.
Walaubagaimnapun jangan halang minat dan impian orang tersayang tetapi jangan pula biarkan mereka mengabaikan pelajaran dan kerjaya terlebih dahulu.
syok tgk gambar tu..tenang je