Juara Pencetus Ummah 2015
Pencetus Ummah merupakan sebuah program realiti Islamik di Astro Oasis. Semalam merupakan Mimbar Terakhir untuk musim ini. Semalam ada masa terluang untuk mengikuti rancangan ini sehingga habis. Mimbar terakhir kali ini hanya tinggal empat PU sahaja iaitu PU Syed, PU Amin, PU Taha dan PU Zaid. Juara bagi musim ini jatuh kepada PU Syed Tahniah diucapkan yang merupakan seorang Guru J-Qaf.
![]() |
Juara Pencetus Ummah 2015 |
![]() |
Tempat Kedua Pencetus Ummah 2015 |
![]() |
Tempat Ketiga Pencetus Ummah 2015 |
![]() |
Tempat Keempat Pencetus Ummah 2015 |
Hebatnya Ayah PU Amin
Masing-masing mempunyai kisah tersendiri cuma yang menarik perhatian aRz, sebagai Parenting Blog semestinya kepada Ayah PU Amin. Walaupun kekurangan dari segi penglihatan tetapi berjaya mendidik anak menjadi insan yang berguna. Sejak akhir ini pun kita dapat lihat, segelintir bapa-bapa yang diberi segala nikmat bukan saja dari segi deria tetapi diberi kekayaan, kesihataan dan ilmu sekalipun masih gagal dalam membentuk dan mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya. Mudah-mudahan kisah ayah PU Amin ini dijadikan contoh buat kita semua.
Adakalanya kita menjadi lupa saat dikurniakan kesihatan yang baik, ilmu yang banyak dan kekayaan. Lupa pada siapa? Lupa pada Maha Pencipta. Kita lupa amanah sebagai seorang ibu dan bapa yang menggalas tanggungjawab untuk mendidik anak-anak supaya mengenali Maha Pencipta iaitu Allah SWT. Akhirnya anak-anak jauh dari landasan sebenar. Kisah ayah PU Amin juga sebagai satu kisah yang perlu dijadikan pengajaran terutama buat penulis blog ini juga akan amanah yang sedang digalas sebagai seorang Abah.
Setakat ini dahulu, TAHNIAH buat semua Pencetus Ummah semoga dapat terus menyebarkan ilmu mendidik masyarakat. Insyaallah
Jumpa Lagi
Salam Jumaat.